photo 627201q5jaigt1eg.gif

Monday, January 31, 2011

Puisi Mawar Merah Yang Hilang

Di sini aku menemui puisi
dan terhimpun segala rencah kenangan
dari jendela yang tercekah
pandangan berserakan bintang gemerlapan
menyaksikan rama-rama patah sayap
yang semalam telah berlalu
tinggal aku masih merindu sepi
entah bila akan bertemunya

Saat gugur embun manis
menatap gerimis sinis
telah pergi seorang teman
dan aku merelakan tanpa mencari jawabnya
hanya tinggal secarik puisi yang luka

Dingin dinihari subuh menjelma
sewaktu menjala derita mesranya
masih basah kelopak mata
siapa jua pasti mengingatinya
dan aku hanyalah berserah
dengan doa yang terindah

Dan aku akan terus terkenang
setiap kali mentari menyinsing
bagaikan anak kecil mengejar bayang
tak kering mengucur air
tak pudar warna ingatan
hanya cinta abadi luhur terukir

Kau di sana
yang terpisah hanya zahirnya
biar jauh menduga rasa
bersama hembusan angin yang berlalu
tinggal aku mengisi masa mengutip rindu
dalam getir putaran waktu

Sunday, January 30, 2011

Tiada Tercipta Sempurna

"Dalam episod kehidupan tiada tercipta sempurna,
Tetapi sepanjang hayat terkandung yakin dalam lima waktu,
Jangan pernah letih menggapai cita masa indah,
Dan dalam ruang linang air mata zikir,
Kiranya membuka mata hati bahawa...
Tiada kata seindah Khusnul Kotimah.,
Subhanallah Wabihamdihi,
Subhanallah hil Adzim .... "

Cinta Adalah Racun

Cinta adalah racun yang mematikan,
Yang disemburkan ular hitam yang terletak digua,
Jahanam,
Lantas menebarlah di angkasa,
Lalu turun bertutup butiran embun,
Kemudian dihisap jiwa yang haus,
Maka jadilah ia mabuk sesaat,
Siuman setahun dan
Mati seabad.....


Itu Apa Ya....Itu Bukan CINTA

Tapak tangan kita berpeluh,
Hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada,
 Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana,
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang,
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat,
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya,
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan,
 Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya,
 Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi...
Kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan
Dan tak terfahami...
Menarik kita mendekati dan tetap bersamanya,
 Itulah CINTA.
Kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya,
 Jika demikian, Itu CINTA.
Kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan,
Jika demikian, Itu CINTA.
Kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat ,
Itu CINTA.
Hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih,
 Itu CINTA.
Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia,
Itu CINTA.
Matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk,
Itulah namanya CINTA.

Dia yang bernama CINTA

Jari jemari emasku menari lagi...mungkin untuk kubentangkan tentang kehidupan yang terlalu indah.Ingin kupersembahkan di arena pentas dunia di sebalik tabir senyuman ini atau mungkin tentang cinta dimamah usia ini. Lalu kukumpul secebis kenangan mesra yang terlalu singkat, kupintal menjadi ikatan untuk kujalinkan sebuah persahabatan dengan rasa cinta padu untuk kubentangkan padamu yang mengerti.
          Dalam keheningan dan kedinginan siraman mutiara langit ini, aku merinduimu.................

Rindu yang sukar untuk kuterjemahkan kerana hanya dunia kita yang memahami hakikat kerinduan ini. Aku digoda dan tergoda. Aku jatuh cinta !Ya, aku jatuh !Cinta yang bagaimana ya?Cinta anak kepada ayahnya? cinta adik kepada abangnya atau mungkin cinta hati yang setulusnya untukmu wahai Sang Puteraku....Di Pintu Mahligai hatiku yang jauh di mata.
          Guruku Puan Anisah pernah menyindirku di saat mata kulayu ketika belajar, "Izam, cinta itu terlalu indah dan sukar untuk dilukis pada kertas namun warna-warnanya pasti akan menyerikan hidupmu andainya tetap pilihanmu kerana kita dilahirkan atas rasa cinta kedua orang tua kita, ingin saya berpesan kepadamu, bahawa cinta itu diibaratkan semangkuk air yang penuh,walau kepada siapapun engkau beri namun air itu tidak pernah berkurang kerana cinta itu tetap berbeza antara satu insan kepada satu insan yang lain".
          Mataku hanya terkebil-kebil ketika sindiran tajam guruku itu, mungkin dia hanya perasan yang aku sedang jatuh cinta.Di kala itu aku tidak pusing... jauh sekali untuk menterjemahkan cinta dalam kehidupanku kerana aku masih lagi seorang pelajar pada ketika itu.Bagiku pelajar-pelajar lelaki ramai yang menagih cinta dariku dan kuanggapkan perkara mudah! Semudah membilang 1,2,3 dan...........Namun masih kuingat pesan ibu..."Belajar dahulu dan kejar cita-cita sebelum cinta"Masih kuingat dan tetap kuingat...
          Tetapi kini, cintaku lain dan sukar kujelaskan kerana tabir yang suram gelap itu menjadikan diriku kaku untuk berkata-kata tentang cinta kita! Aku terpegun dan aku mengerti pesanan guruku.Ya, aku mengerti cinta itu tidak sama dan tidak pernah pudar selagi ada hembusan nafas di jasad ini.
          Aku tidak pernah menyesal kalaupun aku jatuh cinta lagi kerana hidup yang indah ini akan lebih berseri bersama cintamu kerana aku telah disuratkan pandai menghargai cinta.Dan kini, kuharap warna-warna cintamu akan menyerikan hidup kita.Terima kasih untukmu yang jatuh cinta dan menyintaiku.Aku ingin menyintaimu di atas sejadah kejujuran dan dengan sepenuh keikhlasan di hati.


Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi Cinta
 

Aku Ingin Menjadi Aku

Aku Ingin Menjadi Aku,
Yang rindu simpulan benang senja

Yang dendam seribu kesumat hati
Yang kasih kembang berjela layu
Yang sayang putih padu tabir

Aku ingin menjadi aku
Yang menanti mutiara embun mentari
Yang mengejar asmara tengkujuh
Yang menagih kasih hujung nafas
Yang memohon jiwa lara membara

Aku ingin menjadi aku,
Yang senyum madu tualang pekat
Yang ketawa pudar hambar sendiri
Yang menjerit batin suara merdu

Yang tangis suara hati sepi lara

Aku ingin menjadi aku
Yang melakar sejarah kudus hitam
Yang melukis mulus seribu liku
Yang mewarna suram kelam gelap
Yang mempamer seribu wajah rindu

Aku ingin menjadi aku,
Yang memujamu alam pasti jati
Yang memuji cintamu menerangi diri
Yang menyintaimu sepenuh hati pasti
Yang mengagungmu

Teddy Bear Hadiah Dari Nah


           Teddy Bear hadiah dari Nah hari ini mengingatkan aku pada nostalgia ini..

Seindah jambangan bunga ini...indahnya persahabatan kita..TQ Nah

          Terimbau kembali 1998...hari pertama aku melangkahkan kaki ke ABS Temerloh. Hari pertama aku menjejakkan kakiku ke lamanmu Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh hatiku begitu gugup sekali.Ntah kenapa....akupun tak pasti...
          Tiga bulan aku tidak ke sekolah. Pertukaran dari SMAH mengambil masa yang begitu lama sekali rupa2nya.Selepas pendaftaran..aku melangkahkan kaki ke kelas di mana aku ditempatkan iaitu 6 RB, tak betul rasanya langkahan kakiku ketika itu..kerana banyak mata tertumpu ke arahku.Malunya aku... hanya Tuhan sahaja yang tahu.
          Kawan-kawan,
          Salam pertama yang aku hulurkan disambut dengan hati yang riang.Tak terasing rasanya aku di situ meskipun aku lewat mendaftar pada ketika itu.
          Kalian dah banyak belajar,sedangkan aku....Dah lama aku tinggalkan subjek Sejarah,kini aku kena berhadapan dgn subjek itu yang sememangnya aku tak suka...mengingat tarikh-tarikh...memang kelemahan aku,tapi kalian banyak membantu..nota2 kalian pinjamkan.Selepas seminggu mendaftar..aku kena berhadapan pula dgn ujian dan peperiksaan...Aduhai hanya Tuhan sahaja yang tahu..Mujurlah aku masih mampu..terkejut juga kerana baru 2 minggu belajar dapat juga aku 2 Prinsipal meskipun grednye tak seberapa ok...tapi masih ok lah....
          Semalam salam Nah bersambut di dada FB...bayangkanlah..sudah hampir 23 tahun tak bertemu....terharu sangat rasanya hati aku...bertemu kembali dengan rakan yang terbaik meskipun hanya di ruang udara...begitu mengusik kalbu. Terima kasih Nah kerana masih ada hadiah buat persahabatan kita...Masih banyak cerita yang boleh kita kongsikan. Coretan ini hanya sekadar melepas rindu 23 tahun yang lalu.



Cutenye Teddy Bear hadiah dari Nah....
 

Saturday, January 29, 2011

Jalan-jalan di Bandar Bersejarah (25 Disember 2010) Slideshow

Jalan-jalan di Bandar Bersejarah (25 Disember 2010) Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Jalan-jalan di Bandar Bersejarah (25 Disember 2010) Slideshow ★ to Melaka by Mawar Merah. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Aksi Guru-guru & Murid-murid Sjkc Mentakab1(12 Nov 2010) Slideshow

Aksi Guru-guru & Murid-murid Sjkc Mentakab1(12 Nov 2010) Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Aksi Guru-guru & Murid-murid Sjkc Mentakab1(12 Nov 2010) Slideshow ★ to Pahang by Mawar Merah / Rehanis Hanie. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Along D'sabah ( Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu Kali Ke-2) Slideshow

Along D'sabah ( Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu Kali Ke-2) Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Along D'sabah ( Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu Kali Ke-2) Slideshow ★ to Sabah by Mawar Merah. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Mandi-manda di Wonderland (25 December 2010) Slideshow

Mandi-manda di Wonderland (25 December 2010) Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Mandi-manda di Wonderland (25 December 2010) Slideshow ★ to Melaka by Mawar Merah. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Friday, January 28, 2011

Lawatan Murid Tahun 6 ke Langkawi 2010) Slideshow

Lawatan Murid Tahun 6 ke Langkawi 2010) Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Lawatan Murid Tahun 6 ke Langkawi 2010) Slideshow ★ to by Mawar Merah. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

CNY tetap meriah di SJKC Mentakab 1

Hari ni 28 Januari 2011 hujan turun renyai-renyai namun tidak mematahkan semangat murid-muridku untuk ke sekolah.

Hari ini juga merupakan hari terakhir mereka ke sekolah sebelum CNY.Tampak gembira dgn kehadiran CNY.Seawal 7.30 pagi murid-murid menuju ke dewan, perhimpunan khas diadakan buat mereka. Sambutan yang sederhana namun memberikan seribu makna.

Masing2 happy...bukan setakat murid je...
Buat kami tenaga pengajar di sini tetap berasa happy maklumlah dah nak cuti.9 hari cuti...lama juga tu.Macam2 program berlegar di minda masing2....murid2 lagi la happy hingga nak bagi homeworkpun masing2 masam mencuka. Namun, happy2 juga... homework aku bagi juga...Jangan marah ye, bukan apa demi kalian juga..tak boleh lupa buku nanti jadi tak tentu.  
Apalagi.....nyanyilah....
Buat sponser2 buah limau terima kasih yang tak terhingga...meskipun limau nampak kurang tahun ni tapi kami dapat juga 3 kotak sorang...
 
Gembira dapat angpau....
Happy Chinese New Year buat warga SJKC Mentakab 1 dan rakan2 yang beragama Buddha.Semoga happy2 selalu,memandu jangan laju2 agar dapat lagi kita bertemu..


Sunday, January 23, 2011

Sepi Sekuntum Mawar Merah

Jika Berulang Kali Kumencuba
memujuk Hati
lupakan Semua
kenangan...

namun Mimpi Bertemu Lagi
di Saat Engkau
tiada Di Sisi...

ku Berpegang Pada Janji

tercipta ... Antara Kita Dulu
hilangmu Tiada Berganti
biarlah ... Begini

ku Belayar Di Lautan
tidak Bertepian
sesekali Disedarkan

ombak Yang Mendatang
aku Seperti Hilang
punca Arah Dan ... Tujuan

aku Puisikan Namamu
bersama Rindu
di Dalam Sendu ...

Sepi Sekuntum Mawar Merah

Saturday, January 22, 2011

Dodol kukus tahi minyak......

Hari ni hubby sorang-sorang je pergi ke pekan sehari. Dibelinya daging dan tulang....suruh buat sup tulang.Dah lama tak makan sup tulang homemade....anak-anak jap lagi nak balik asrama...Nasi lemak bungkus, roti canai dan satu lagi yang dia tak lupa beli ialah dodol kukus.Ingat juga hubby kat aku rupa-rupanya..dodol kukus letak tahi minyak tu memanglah kuih kegemaran aku......Tq hubby...sayang juga rupa-rupanya....

KEUTAMAAN ZIKIR TASBIH

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. :
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Sesiapapun yang mengucapkan 'subhanallah wa bihamdihi' (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya)
seratus kali sehari, semua dosanya akan diampuni Allah meskipun (dosanya) sebanyak buih lautan".

AMAL IBADAH YANG PALING DICINTAI OLEH ALLAH

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “Perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau daripada api neraka”, mereka berkata, “Bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “Bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh kerana itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan petang hari, pada sebahagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) kerana dengan cara itulah kamu akan mencapai (syurga)”.


Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “Apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, "Amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”

Indahnya Kemaafan

Indahnya Kemaafan

Quick & Fun! How Guppies Are Born - starring Big Mama guppy

Friday, January 21, 2011

CHOOSE

"We cannot choose our external circumstances,
but we can always choose how to respond to them."
-
Epictetus (Greek ca. 55–ca. 135)

&
"We cannot choose how many years we will live,
but.. we can choose how much life those years will have.
We cannot control the beauty of our face,
but we can control the expression on it.
We cannot control life's difficult moments,
but we can choose to make life.. less difficult.
Too often, we try to choose & control things we cannot.
Too seldom we choose to control what we can..
our attitude"
John Maxwell
&
I choose to forgive & forget....
and move on....

Sayonara 2010

Sayonara 20102010 penuh dengan cerita suka dan duka. Sebagai manusia biasa, kita mampu merancang, berusaha dan berdoa. Cuma, adakalanya apa yang kita hajatkan, apa yg benar2 kita harapkan.. tidak kesampaian.. kecewa? sudah semestinya. Cuma akal yang membatasi emosi, kalau sudah ditakdirkan sesuatu bukan milik kita dan rezeki kita.. pasrah, reda dan berlapang dada merupakan jalan terbaik. Walau sesukar mana.. kena belajar utk terima ketentuan- Nya.

Melangkah ke usia 41 pada 17 Januari yang lalu sememangnya cukup bermakna bagiku. Terima kasih Tuhan.

Alangkah indahnya takdir ini..

Namun apa yang kuharap....semoga 2011 membawa seribu rahmat buatku dan insan-insan yang sentiasa aku sayangi.....

Welcome 2011

DOA

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Al-Baqarah, Ayat 286
 
 

Hanya Sebuah Novel Yang Tak BerNAMA

Pertemuan dan perpisahan adalah sebahagian lumrah kehidupan.
Namun mampukah kita menerima ia sebagai lumrah.
Mengharap pertemuan yang berkekalan sekaligus kebahagiaan menghiasi segenap ruang hati, berpanjangan.........
Aku menguis pasir-pasir di pantai, mencari sesuatu yang hilang suatu ketika dulu.
Tanpa disangka aku bertemu kembali intan itu. Namun situasinya berbeza.....
Mampukah kasih ini berpanjangan....
DAN
Dapatkah kau abadikan....
Seperti katamu........
Hanya Sebuah Novel Yang Tak BerNAMA

RENUNGAN...

Hidup Biar Berjasa...
Mati Biar Beriman...
Berfikir Biar Berilmu...
Berbicara Biar Berbahasa...
Bergaul Biar Beradab...
Berakal Biar Berakhlak..
Yg Miskin Jgn Dihina...
Yg Kaya Jgn Disanjung...
Yg Lemah Jgn Dipijak....
Yg Berkuasa Jgn Dijulang...
Taburkan Budi Dan Kasih Sayang Di setiap Perhentian 
Sebelum Tibanya Kita Di Perhentian Yg ABADI ..


SESUNGGUHNYA

" Sesungguhnya, ada kala kita merasakan hidup ini terlalu banyak kesedihan dan kedukaan...
Malam kita rasakan terlalu gelap dan panjang.....
Tanpa bulan..
Tapi kita selalu lupa bahawa apabila malam datang, kegelapan yang pekat itu tidak akan berpanjangan...
Akan tiba juga masanya fajar baru menyingsing, dan bumi kembali cerah dengan sinaran...

Demikian juga dengan kedukaan dan kesedihan...Ia datang sebagai sunatullah, sepertinya malam...
Namun tak ada kesedihan yang berpanjangan tanpa ada kebahagiaan...
Pasti ada, walaupun kadang-kadang kebahagiaan yang datang itu hanya untuk sekejap sahaja....
Ia tetap pernah datang...

Apabila Ingin Bersahabat...

Mencari sahabat sejati bukannya mudah.......
Umpama mencari mutiara di dasar lautan