photo 627201q5jaigt1eg.gif

Friday, September 14, 2012

~ Petua Anak Selalu Keluar Malam ~

Sebenarnya malas nak bercerita..tapi bercerita jugalah..mengenangkan ank aku si angah ni..hobinya keluar malam..kadang2 risau aku dibuatnya. walaupun dah berjanji nak balik awal tapi kadang2 tu tersasar juga. Pengaruh kawan2 buat aku betul2 risau mengenangkan dia baru form 4, tahun depan dah SPM. Sambil2 berFB dapat juga aku berkongsi ilmu ni. InsyaAllah akan aku amalkan membaca surah Ar Rum ayat 31 bacaannya sbyk 33 kali. Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi.Mudah2an paparan di sini dapat juga dimanfaatkan bersama.

31. "Hendaklah kamu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadanya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik."





Ayat 31 ini juga boleh dijadikan doa agar isteri, suami atau anak menjadi taat kepada Allah

Cara mengamalkannya ialah :

1.Bacalah ayat 31 ini (sebagai doa) sebanyak 33x setiap kali selepas solat dan mohonlah hajat anda kepada Allah Ta’ala.

2.Boleh juga dibacakan ayat ini dan ditiupkan ke dalam air minuman. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pasangan (suami/isteri) atau anak anda.

InsyaAllah, yakinlah, dengan kemuliaan dan keberkatan ayat al-Quran yang anda amalkan sebagai doa ini, pasti mustajab dan meninggalkan kesan positif.
 

Rujukan :
http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/01/surah-ar-ruum.html
http://www.ahadees.com/arabic-surah-30-60.html

5 comments:

  1. salaam .. tmksh .. akn sy coba .. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. salaam .. tmksh .. akn sy coba .. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, terima kasih, akn sya amalkan. In shaa Allah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Terima kasih kerana berkongsi ilmu, in shaa Allah akan sya amalkan.

    ReplyDelete
  5. T.kasih atas perkongsian ilmu
    Insha Allah sama2 kita amalkan

    ReplyDelete