photo 627201q5jaigt1eg.gif

Sunday, September 25, 2011

Bersama Along di MTD

Semalam 24 September 2011, aku dan hubby ikut serta sambutan Hari Raya Aidil Fitri di MTD. Kalau ikutkan hati memanglah sibuk terutamanya hubby aku..budak2 baru je abis trial SPM, paper budak kena tanda, markah nak cepat pulak tu. Mengenangkan tahun ni tahun akhir Along di MTD..terpaksa juga pergi.






























Gembira aku apabila melangkah je kaki ke dalam dewan, terdengar suara macho Along, jadi MC rupanya Along hari tu. Syukur Alhamdulillah Along ada keberanian...mungkin mewarisi bakat aku kot...suka bercakap dan berhujah. Hujung tahun lepas lagi cikgu dah perasan bakat Along ni....Selepas tu selalulah Along jadi MC untuk apa2 acara kat MTD. Perbarisan Akhir Tahun 2010 ari tu pun along jd MC juga...memang gembira aku tengok Along...Sekarang dah ada byk jawatan di MTD...dah betul2 nampak kepimpinannya.
















Cuma satu yang aku masih risau.....SPM Along,Trial baru2 ni hanya mampu dapat 5A je...Harap2 SPM ni, keputusannya lebih cemerlang. Ibu mana yang tak nak tengok anak2nya berjaya....Untuk Along, ibu dan abah, tok dan wan serta adik2 sentiasa mendoakan yang terBAIK ..untuk Angah juga..Selamat menempuhi PMR minggu hadapan...Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.


Buah apa ni?




Buah ni namanya "Buah Kote Mamak" kihkihkihkih nak sebutpun cam terasa malu....Mamak manapun saya tak tau la ya...jgn marah ye sapa2 yang kacukan mamak tu..bukan nak mengata...sama ke?hahaha..entahlah yeaa..


Dalam bahasa saintifik buah ni di panggil SAMANEA SAMAN. Kat kampung aku memang banyak...dulu2 la...sekarang ni dah tak ada...Buah ni blh makan tau...Dulu2 tak de apa nak makan, bila petang2 terasa lapar, cari je Buah Kote Mamak ni. Kadang2 panjat pokok, kadang2 kait je dgn galah.



Buah ni masa mudanya berwarna hijau, apabila masak berwarna hitam. Kalau nak makan kulitnya kena dipecahkan sbb memang keras.Isinya kehitam-hitaman tau, berlapis2 macam asam keping.Buah ni rasanya pahit2 manis dan ada pulak "Candu"nya.Kalau you all nak tahu buah ni ada juga khasiatnya terutamanya untuk mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Ini Namanya Tangkoi Udang

Entahlah....mungkin anak2 sekarang ni dah tak kenal kot dgn nama benda ni. Tapi inilah bendanya yang aku selalu gunakan masa di kampung dulu untuk mendapatkan anak2 udang yang dinamakan "udang padang".
Benda ni namanya "TANGKOI"

Gambar ni aku copy je dari wall kawan aku di FB...Tq sbb bagi aku idea nak tulis kat blog ni...bukan apa utk simpanan sendiri je..


Haaaa ni pulak cerita udang padang...Nilah rupanya udang tu..


Udang padang ni memangnya sedap di makan apatah lagi jika dicampurkan dengan kerabu yang nenek buat...Perghhhh memang sedap giler. Ada juga orang kampung aku yang gunakan udang ni untuk menghasilkan belacan.

Kalau you all nak tahu tangkoi ni diperbuat daripada kain jarang, biasanya nenek aku selalunya gunakan kelambu yang dah lama tapi masih elok dan tak terkoyak....Kalau terkoyak memang tak boleh guna..nanti udang keluar laaa..hehehehe..


Umpannya pun senang je...Hanya kepalkan tanah liat kat tepi sungai tu....kemudian golek2kan dalam dedak sehingga dedak tu melekat kat kepalan tanah liat tu. Haaa... lepas tu apa tunggu lagi.....letakkan dlm tangkoi dan labuhkan ke sungai. Tunggu beberapa minit, lepas tu angkat perlahan2....
wahhhh, banyaknya udang padang....goreng letak cili dan bawang potongpun sedap juga....

Thursday, September 22, 2011

Masak-Masak Dari Dapur Yanee

Resepi2 ni aku kongsi dari salah seorang rakan FB aku...nampak ok sbb simple...saja2 nak simpan kat sini takut hilang. Jom kita kongsi dan cuba sama2


Ikan Masak Taucu

bhn2;

7 ekor ikn sadin (ape2 ikn pn boleh tp yane suke ikn sadin)
2,3 ulas bwg putih (di mayang)
1 biji bwg bsr (di mayang)
sedikit halia (dihiris halus)
1 sudu bsr cili giling (nk bg pedas2 ckit xnk letak pun xpe)
1/2 cawan air asm jawe
5 sudu taucu
2 biji cili hijau bsr (di belah 2)
1 biji tomato (di belah 4)
sedikit kicap (nk bg kuah dia hitam ckit)

**care2**

goreng ikn yg dh di letak kunyit garam
tumis~~bwg,halia,cili giling biarkn seketika pstu letak taucu dn air asm jawe same kicap....biarkn sedikit kuah dia pekat dn boleh letak ikn..same cili hijau dn tomato..klw ikut resepi ni dia xberkuah sgt.. sdp mkn dgn nsi pns2. (resepi smlm yane dpt dari kngsi resepi yg tu byak kuah yane xberape suke :) citerase msing2..boleh la rase klw xcukup masim leh tmbh grm ckit dgn gule..





Nasi Minyak ( nasi hujan panas)


bahan2:
3 tin beras
4 tin air
1/2 tin susu cair
3 sudu majerin + minyak sapi
bwg merah
halia
bwg besar (di mayang) nk kisar pun xpe...
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
daun pandan
garam

cara:
bwg merah, halia...panas minyak sapi n majerin...tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga...masuk bwg besar, dh layu sedikit masuk bahan kisar...biar garing sedikit, kemudian masuk beras, kacau sekejap...masuk air, susu, daun pandan, garam sket...tutup periuk dan biar sampai nasi kering air...letak warna hijau, kuning dan merah...jgn kacau dlu, tutp dan biar nasik betul2 msk baru
kacau...dah siap :)






Kek Pisang Coklat



5biji pisang mas
1cawan minyak masak
1cawan gula (xnk manis boleh kurangkn gula)
3biji telor
1sk soda bikabonat
1sk krim of tatar
2sudu serbuk koko
2cawan tpng gandum

**semua bhn2 di blander sebati dn di bahagi 2 adunan td..1 adunan di cmpur serbuk koko dn 1 adunan lg dibiarkn wane asal...letak dlm loyang yg dh di gris mjrien...selang selikn adunan nk bg kek belang2**
bakar 45minit 170 api ats bwh...





Muffin Coklat Chip


bhn2:

1/2 cawan mentega cair
1 cawan susu segar (susu kotak ducth lady pn bole)
1 3/4 cawan gula
4 cawan tepung gndum
1 sudu baking powder
secubit garam
1 sudu esen vanila

**semua bhn2 di cmpur sebati (mixer) masukkn dlm acuan dn tabur coklat rice bakar 170 selame 30minit...**







Muffin Mekar


2 cawan tpung
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air suam
1 cawan myak masak
1 cawan serbuk koko
1 sudu nescaffe jika suka...xnk letak pun xpe...
2biji telor

1 sudu serbuk penaik di ayak bersame tpung...

**kesemua bhn dicmpur dn mixer sekejap nk bg bhn2 sebati...masukkn dlm acun dn kukus sampai msak





LOMPANG


bhn2:

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

**Cara-cara

- satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi...

note: resepi ni akn hasilkn kuih lmpang wane coklat sbb ikut resepi ni kite pakai gule merah...klw nk wane hijau tau merah bole letak pewane dn gule merah digantikn dgn gule pasir biase...





KEK OREN


- 1 biji oren sunkist...potong wedges...buang putih d tgh2...potong kecik2 skali kulit...masukkan dlm blend ( dun wori...x pahit)
- 3 biji telur
- 1 cwn mnyak
- 1 cwn gula biasa
- pewarna kuning
- esen oren...( x letak pun x pe )
( blend halus sume bahan diatas ni )

- 2cwn gndum ayak ngan 1sdt baking powder & 1 sdt soda bikarbonat

- masukkan bhn blend dlm bekas tepung...gaul sebati...rehatkan adunan 10-15 min

- sudukan dlm cup...bakar dlm oven yg dah dipanaskan....bakar pada suhu 170....15min....







KEK PISANG COKLAT
belum dibakar yee



5biji pisang mas
1cawan minyak masak
1cawan gula (xnk manis boleh kurangkn gula)
3biji telor
1sk soda bikabonat
1sk krim of tatar
2sudu serbuk koko
2cawan tpng gandum

**semua bhn2 di blander sebati dn di bahagi 2 adunan td..1 adunan di cmpur serbuk koko dn 1 adunan lg dibiarkn wane asal...letak dlm loyang yg dh di gris mjrien...selang selikn adunan nk bg kek belang2**
bakar 45minit 170 api ats bwh...

Wednesday, September 7, 2011

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal



1.Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa







2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102





3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24





4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.








5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.







Insya allah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Terkehel Bantal La Pulak....

Adoiiiiii sakitnya tengkok

Sakit tengkok apabila bangun pagi, pangkal leher terasa sakit pabila memaling ke kiri atau ke kanan. Ada orang kata salah bantal atau terkehel bantal....Mak oiii memang sakit, kadang2 ambil masa sampai 2-3 hari baru terasa ok...

Mudah je kata orang cara merawatnya...
Apa2 hal mai kita cuba...betul ke??


Cara merawatnya  :
Dirikan bantal yang dipakai waktu anda tidur tadi di tempat yang anda tidur, biarkan hingga petang. Tapi jangan lupa....berselawat dulu waktu anda ingin dirikan bantal tu.....Bertawakkallah pada Allah...Insya Allah, mudah kan...

Berfikir Secara Positif


Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikiran positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambil masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak. Lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:
1. Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
2. Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
3. Aku tidak mahu buang masa lagi.
4. Aku tidak mahu lawan cakap orang lagi, jika tidak perlu sangat.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak. Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap orang, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil. Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat 5 waktu.
- Aku akan tumpu pada pekerjaan dan lain-lain hal yang memberi manfaat.

Lihat, kata-kata seperti itu membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, 2 kali atau 10 kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda, maka satu hari nanti tanpa anda sedari, anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah. Fokus kepada apa yang anda mahukan.

PETUA MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT


Petua 1: Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
Petua 2: Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
Petua 3: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
Petua 4: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Petua 5: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling sehingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
Petua 6: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Mak oiiii..susahnya Nak tidur

Memang susah nak lelapkan mata apatah lagi andai jiran di sebelah kaki berdengkur....
Nak tahu kenapa sesorang tu berdengkur? Kata orang...orang yang suka berdengkur ni penuh dgn kasih sayang...betul ke camtu.....kalau kita dah lama kawan ngan dia...maybe kita tahu sikap dia cam mana..cuma kat sini aku nak kongsi je apa yang dikatakan berDENGKUR...



Apa itu berdengkur?
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badandan mempunyai leher yang pendek dan besar.

Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang ituberhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

RAWATAN
Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?

Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Rawatan untuk dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan olehalahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

PENCEGAHAN
Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika kalian mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil kalian lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang