photo 627201q5jaigt1eg.gif

Wednesday, November 30, 2011

Apam Beras







3 cwn tpg beras
1 cwn tpg gandum
2 cwn nasi sejuk
1 3/4 cwn gula
3 cwn air suam
1 paket mauripan.

cara:
1. Blend nasi sejuk + air hingga betul2 hancur
2. campurkan semua tepung, gula, yis dan nasi yg telah di blend tadi dan kacau rata.
3. boleh letak pewarna kalau suka (atau gantikan air tadi dgn air daun pandan.)
4. perap 1 1/2 jam. panaskan kukusan dulu dan kukus dalam acuan kecil/loyang.
4. makan dgn kelapa parut yang di gaul garam sedikit.

KEK OREN

 

Bahan-bahan:
260 gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula halus asingkan 2 camca besar - saya kurangkan jadi 3/4 cawan gula
4 biji telur gred A asingkan kuning dan putih
1 biji buah oren - parut kulit dan perah jus

Cara-cara:
Putar butter dan gula hingga putih.
Masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu.
Masukkan parutan kulit oren dan putar.
Masukkan tepung berselang-seli dgn jus oren hingga habis.
Dalam bekas lain putar putih telur hingga berbuih, masukkan 2 c/b gula halusyg diasingkan dari 1 cawan gula. Putar hingga kental.
Gaul putih telur kedalam adunan tepung dgn kaedah kaup balik sehingga rata.
Bakar 170C dalam 45 minit.
Sedia dihidang.

Talam Pandan- Resepi dr Kongsi Resepi


Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
  • 2 cawan santan cair + sikit garam
  • 1 cawan jus pandan + pewarna hijau
  • 1 sb air kapur
Cara Masak L.Bawah
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
  2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
  4. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
  5. = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 sudu besar tpng jagung
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 1 s/k garam
Cara Masak Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
  4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
  5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
  6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)

Tuesday, November 29, 2011

♥ Perkara2 yang menarik tentang Bercouple? ♥

Maaf andainya t'kasar bahasa...
Andai ada yg terasa maaflah...
Sekadar p'kongsian b'sama...
Saling ingat mengingati...

Antara p'kara yg ber"manfaat" drpd ber'couple' ;


1) Seronok (dpt fitnah)...
2) Seronok (dpt dosa)...
3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...
5) Byk habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)...tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan...
6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...
7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek...kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...
8)Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj....yg lain dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...
10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd saham PAHALA...

Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/kajian t'dapat beberapa sbb yg m'jadi PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi ;

1) Byk sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg b'tanggungjawab utk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak...

2) P'kara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada p'dapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak (Nauzubillah !)... Pd p'dapat mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya b'duaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le. bab nie yg payah nak jawab...ada aje alasan dia org utk melepaskan diri. Org kata kalau dah nak buat tu mmg macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain. Bykkan b'sabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...

3) Sudah m'jadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sbb itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas -ve dan +ve. Hasil drpd pentarbiyahan Islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka t'jadinya perhubungan(kwn2) sebelum ada ikatan yg sah, dan ada setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga kata ibubapa t'sebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg baik dan yg buruk...tp tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) B'tambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga spt cara b'gaul, bercakap, dan sbgnya. Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak p'caya cuba pergi lepak (tujuan utk mengambil iktibar) kat KL... Ada yg elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance nie...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mrk pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend..... mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau takde awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa...lebih2 lg kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi suasana...

7) Lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa le EGO..... ego tak kena tempat...

8) Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2... ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept le mat tu. Ada juga awek yg manja sikit bila nak minta tlg maka lelaki akan t'perasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. Pada kaum Adam pula, jgn la perasan cepat sangat....

9) Ada kaitan dgn fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kesian bila tengok lelaki b'susah-payah untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit aje dgn mudah perempuan t'sebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut...yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi macam tu...

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal mrk (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mrk cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah utk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum b'janji untuk sehidup semati...

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. Yg haram akan tetap haram, sbgmana hadith Rasullullah...

Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(RA): Sabda Rasulullah(SAW) ;

"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)




sumber: zulhijrah.blogspot.com

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.



Sumber: ustazazhar.net

AIR MATA MALAM PERTAMA




“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu. “Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.

“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.



***********



Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali; pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku.

“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.



**********



Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “Abang nak ke mana tu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.” “Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.

Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku. “Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.” “Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya. “Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. “Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.



**********


Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. ” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.

Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. “Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” ” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.

Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.



**********


” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

sumber: iluvislam.com

Kek Karamel






Kek ni dipanggil Kek Karamel sbb ia adlh gabungan kek & 
karamel. Tp rasa karamel dia x sama ngn karamel yg besa 
kita mkn tu sbb karamel ni xde putih telur. Dia cuma guna 
kuning telur. Bahan len sume sama cam puding karamel tu. 

Kek yg terhasil mmg cukup lembut & gebu. 
Teksturnya lbh kurang Kek Kapas@Cotton Cake... 
bg sesape yg pnh mkn Cotton Kek la..
Tp bg sesape yg nk try resepi ni, rasanye lbh baik 
letak pandan paste ke, strawberry paste ke spy 
ada rasa ckit kt kek dia tu

Kek Karamel ni sedap dimakan semasa sejuk... 
Resepi asal amik dr MUNIRA BAHAROM. 
TQ atas resepi ni. Tambah 1 lg versi kek kan..

Bahan2nyee

2 1/2 tbsp gula pasir - tuk karamel

Bahan A - Tuk Puding Karamel
1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
- akak buh 5 1/2 tbsp
3 biji kuning telur
1 tbsp tepung kastad/tpg jagung
1/2 tsp esen vanila
 - campurkan semuanya & kacau perlahan. 
 - tapiskan

Bahan B - Tuk Kek
140gm/ 1 1/2 cwn tepung gandum*
1 tsp baking powder*
- ayak bahan bertanda * sbnyk 3x
70gm gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak-akak guna 46ml sbb senang nk sukat guna cup 
& tbsp

Bahan C - buat meringue
6 biji putih telur 
70gm gula kastor
1 tsp krim tar tar/ klau xde gntikn ngn jus lemon ckit
-klau dua2 xde, x yah letak tp kena pukul lg lama la


Nampak bnyk sgt kn.. tp x la ssh sgt nk buatnyee

Cara2nyeee

1. Masukkn 2 1/2 tbsp gula pasir dlm loyang. Buka api yg 
paling kecil & biar gula mencair & bertukar jd 
agak perang. Warna perang tu jgn terlalu gelap.. takut 
hangus & karamel jd pahit..ble gula dh cair sepenuhnya, 
tutup api, angkat loyang & ratakn karamel di loyang 
cam pic 4 tu...
  
2. Sblm nk buat meringue ni, pastikan sume peralatan dlm 
keadaan kering & x berminyak. Putih telur x 
bercampur ngn walau sedikit kuning telur & air. 
Pastu baru masukkan 6 biji putih telur dlm mangkuk yg 
agak besar. Pukul telur hgga agak kembang. 
Masukkn krim tar tar. Putar lg. Masukkn gula sedikit 
demi sedikit & terus pukul hgga mendapat meringue 
yg kental & bertanduk.. ble terbalikkn mangkuk, 
adunan meringue x jatuh.. 
Bertanduk tu cam dlm pic 4 tu. Ketepikan..

3. Tuk Bahan B. Pukul kuning telur, minyak & air 
hgga kembang. Masukkn gula & pukul lg hgga 
adunan naik sekali ganda @ kembang. Masukkn tepung 
sedikit demi sedikit hgga tepung abis. 
Pukul dgn kelajuan perlahan hgga semuanya sebati...

4. Masukkn adunan meringue sedikit demi sedikit dlm 
adunan kek  dalam Langkah 3 td. Gaul sebati secara kaup
balik. Bahagikan adunan kepada berapa kaler anda inginkan.. 
Akak bahagi 2 je - biru & hijau apple.. 
Sory lupa nk amik pic bg step ni..

5. Amik adunan tuk puding karamel kt atas td. Kacau 
sekejap & tuang dlam loyang yg ada karamel tu...

6. Tuang 3 tbsp adunan kaler biru dlm loyang yg ada 
adunan puding tu. Pastu tuang plak 3tbsp adunan kaler 
hijau di tgh2 atas kaler biru td. Pastu tuang 3tbsp adunan 
kaler biru di tgh2 atas kaler hijau. 
Buat selang-seli hgga adunan abis..
Ble dh abis, jd la cam dlm pic 4 kt ats tu...
  
7. Bakar kek dgn kaedah steam-bath @ double-boil iaitu 
letakkn loyang kek ke dlm 1 lg loyang yg lebih besar dr 
loyang kek yg berisi air mendidih. Tp akak xde loyang besar, 
so... akak guna je loyang yg ada, bubuh air mendidih pastu 
letak loyang atas dulang oven. Pastu letak jaring oven, then, 
baru letak loyang kek kat atas jaring tu. Bakar dgn api 
bawah selama 40min. Pastu bakar ngn api atas bawah 
selama 30min @ hgga kek masak sepenuhnya. Akak letak 
pd suhu lbh kurang 165'C. 
Nota : Pastikan panaskn oven lbh awal

8. Cucuk kek ngn lidi @ kek tester. Klau lidi bersih masa 
di tarik keluar, maknanya kek dh masak. Biarkn kek sekejap 
dlm oven.. Pastu kuarkan kek dr oven & tggu kek sejuk 
sedikit baru kuarkn kek dr loyangnya. Sblm kuarkn tu, guna 
pisau pemotong kek tuk longgarkn kek dr loyang. 
Pastu bru bleh telangkupkn kek & 
kek akan mudah dikeluarkn.. siap pn.. 
masukkn dlm fridge dlu ye.. bru sedap nk makan nnt...

Nota : Nampak x belang2 kek akak tu x bape jelas? 
Yg ni sbb akak buh ckit sgt bagi setiap adunan bg 
setiap lapis. Klau nk, try bubuh 6-8 tbsp adunan masa tuang 
dlm loyang secara berselang- seli..

Tips
1. Masa buat gula hangus/karamel tu, pastikan gula tidak 
terlalu perang baru matikan api. Guna api yg plg kecik. 
Goyang2 @ senget2kn loyang semasa gula mula perang 
kt tepi2 dia supaya gula jd perang sekata & x hangus. 
Klau gula dh terlebih perang, akak nasihatkn buat yg baru.. 
nnt rugi je sbb kek akak rasa pahit jdnya

2. Sebelum telangkupkan/kuarkn kek dr loyang dia, 
sengetkn loyang sedikit & kuarkn air/kuah karamel dia dlu.. 
Masa buat ni, tangan sebelah lg kena pegang kek tu 
supaya x jatuh. Dh kuarkn abis kuah dia, baru telangkupkan 
kek dlm pinggan @ bekas..

Jom kita cuba....

Thursday, November 24, 2011

KONGSI PETUA~Putera Izman

Redakan panas badan..

ambil sebiji buah belimbing kisar dgn segelas air sejuk,setelah itu tapis dan minum airnya minumlah 2 kali sehari selain daripada menurunkan panas badan ia juga blh mencegah beberapa penyakit antaranya sakit kulit dan rabun malam (pastikan anda tidak campur bersama gula)





Petua untuk hilangkan masalah bau mulut...


.kadang-kadang kita tak sedar mulut kita berbau kalau wangi x pe ni bau ....ya allah.... hanya tuhan je yg tahu...hehehe

anda cuma perlu ambil setangkai bunga cengkih dan kunyahlah setiap hari atau anda boleh jugak lakukan seperti ini amalkan dengan berkumur air garam biar suam2 kuku ckit air2...ataupun anda boleh cuba yang ini pulak  mengunyah sedikit beras yang telah dibersihkan...TETAPI MASIH berbau jugak mulut anda mungkin gigi anda rosak atau berlubang itu kena jumpa doktor gigi laa untuk cabut atau tampal....selamt beramal...



Melebatkan bulu kening 

jika anda ingin muka nampak cantik dan mempunyai kening yang menggoda saya ada beberapa petuanya seperti

>ambil sedikit lemak ayam dan sapukan pada bulu kening anda 2x sehari.
>bakar kelapa dan ambil minyaknya setelah itu sapukan pada bulu kening anda
>bakar buah keras sehingga keluar minyaknya dan sapukan pada kening anda.
semoga anda berasa gembira dengan hasilnya nanti...



Tips untuk mengatasi keputihan bagi kaum hawa

masalah keputihan boleh menjadi gatal ditempat alat sulit bagi kaum hawa jadi saya terbaca satu petua ini untuk menghilangkannya seperti anda perlu rebus secekak pucuk pegaga bersama dengan akarnya dengan 2 gelas air,masukkan sedikit garam dan biarkan sampai mendidih,kemudian biarkan sejuk dan tapis....minum 2 kali sehari amalkan sehingga sembuh....semoga berjaya..



Masalah kencing tak lawas??


jangan risau nanti kalau anak-anak atau anda sendiri yang mempunyai masalah ini
cuba amalkan petua ni,,ambil sebiji nenas yang kurang masak,buangkan kulitnya,bersihkan dan ambilkan 2 potong nenaskisar bersama 2 gelas air setelah itu tapis.amalkan meminumnya 2 kali sehari anda akan lihat penyakit anda berkurangan.





Masalah kembung perut??atau angin dalam badan??

 amalkan petua ni...
ambil sebuku halia yg sederhana bersihkannya,kemudian tumbuk jgn sampai hancur, sediakan air panas yang mendidih,halia yang ditumbuk td masukan dlm gelas,tutup gelas tersebut dengan piring biarkan selama 10 minit,setelah itu tapis air halia tersebut bahagikan 2 bahagian segelas diminum segelas lagi disimpan dlm peti sejuk minum ketika perut tidak selesa amalkanya



Jom kita cuba ye..Insya Allah, mudah-mudahan bermanfaat
Sumber:http://wanita-melayu-himpunan-petua.blogspot.com/