photo 627201q5jaigt1eg.gif

Sunday, January 22, 2012

Ubah Id Facebook Menjadi Milik Sendiri

Sori jgn marah pada tuan empunya....catatan di bawah ni aku copy & paste je tau....

Jenuh mencari cara mengubah id FB menjadi id sendiri kat Google neh.. sebenar mudah jer, dan dari dulu lagi aku memang pelik kalau2 aku masuk dalam profile FB seseorang, id dia jadi macam milik peribadi pulak. Contoh, bila kita klik pada profile kita akan keluar macam ni :

1.) http://www.facebook.com/profile.php?id=100000657849240. betol dak? okeh skang cube tengok pulak kat FB den, dia keluar macam ni :
2.) http://www.facebook.com/rehanis.hanie

So mendalah2 yang bertele-tele tuh takder bile sape2 je yang tengok profile kite, ataupun kite sendiri. Nak buat macam gane? hah nak bagi tau la nih..

Pertama, klik sini >> http://www.facebook.com/username.

Korang akan dibawa pada satu page di mana, pihak FB akan meminta persetujuan untuk create ID di FB mengikut selera peibadi la, tak payah la aku nak tunjuk step2 dia, simple je cara dia dan mesti buleh paham, walaupun interface FB dah len sikit ^_^..

Kedua, klik la pada link korang >> http://www.facebook.com/rehanis.hanie

Dah siap.. mende lapok macam gini aku baru nak buat sekarang, haha!.. tak lawak tapi malu sikit.

Sumber :
http://adf.ly/4ndrn

Tips memisahkan anak dari kamar tidur ibu bapa

Keperluan memisahkan anak yang berumur lebih daripada dua tahun dari kamar tidur ibu bapa adalah penting. Ilmu keibu-bapaan dalam mengendalikan perkara seumpama ini perlulah dipelajari supaya ibu bapa tidak menghadapi kesulitan seterusnya pada masa hadapan.

Setiap ibu bapa mempunyai pendekatan tersendiri kerana setiap anak juga mempunyai cita rasa mereka sendiri yang berbeza. Oleh itu, pendekatan untuk mendisiplinkan mereka juga perlulah bersesuaian.
Berikut merupakan beberapa tips atau panduan yang boleh dipraktikkan supaya dapat membantu memudahkan lagi ibu bapa melatih serta mendisiplinkan anak-anak.

1. Beri penjelasan. Sebelum memisahkan anak dari kamar tidur, anda perlulah terlebih dahulu memberi penjelasan supaya anak tidak menghadapi satu kejutan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru.

2. Beri galakan dan dorongan secara positif. Walaupun usaha ini tidaklah begitu mudah dan tidak juga dapat diterima oleh anak kecil secepat mungkin, namun ibu bapa perlulah memberi keyakinan dengan menggunakan kata-kata positif dalam bentuk pujukan, belaian dan pujian supaya perasaan yang lebih selesa dapat diwujudkan.

3. Temani anak anda. Pada peringkat awal ibu bapa perlu menemani anak supaya perasaan takut atau keseorangan dapat diatasi. tindakan ini boleh dikurangkan dari hari ke hari sehingga anak anda tidak lagi menangis atau merengek minta ditemankan setiap malam. Peleraian sedikit demi sedikit adalah lebih baik dibandingkan dengan peleraian yang mendadak kerana dikhuatiri anak anda akan mentafsirkan bahawa anda tidak lagi menyayanginya. Malah anak yang berjaya diasingkan seawal mungkin akan lebih berani, yakin serta boleh berdikari.

4. Konsisten dengan peraturan. Kadangkala timbul masalah di mana anak anda menunjukkan tingkah laku negatif semata-mata untuk mendapatkan perhatian supaya ibu bapa mengaku kalah dengan pendiriannya. Di sini lah kesabaran akan teruji. Sekiranya anda menuruti kehendak anak, anda sebenarnya telah mengajar anak untuk terus berkeras hati atau memaksa anda menurut kehendaknya. Sebaliknya jika anda konsisten dengan peraturan yang telah anda wujudkan, anak anda akan lebih menghormati serta akur dengan kehendak ibu bapanya.

Demikianlah beberapa tips yang boleh anda praktikkan untuk mendisiplan anak anda supaya belajar cuba berdikari dari rumah sendiri melalui didikan ibu bapa.

(sumber: Zaman beribu liku: tip dan panduan memahami jiwa remaja
 By Amaludin Abdul Rahman, Noralina Omar)

PAKU DALAM KEPALA???

Dok tgk berita kat tv, aku pelik juga macam mana paku boleh masuk dalam kepala...bila dok skodeng Blog Sikarap ni barulah aku tahu sebab dan puncanya.

Lelaki ini tak tahu ada paku di dalam kepalanya


Dante Autullo bernasib baik setelah sebatang paku berjaya dikeluarkan dari tengkorak kepalanya tanpa sebarang kecederaan. Yang menghairankan ialah Autullo tidak tahu bahawa paku tersebut berada di dalam kepalanya.

Mulanya, Autullo fikirkan bahawa doktor yang merawatnya itu hanya bergurau kerana sebelum ini dia tidak merasa apa-apa kesakitan. Setelah ditunjukkan dengan imbasan x-ray, barulah Autullo percaya.

Bagaimana paku sepanjang 3.75 inci itu boleh masuk kepalanya? Menurut Autullo, dia telah membuat kerja pertukangan di halaman rumahnya pada hari Selasa lalu. Semasa bertukang, dia menggunakan pistol paku dan melepaskan tembakan dan secara tidak sengaja mengenai kepalanya. Autullo kemudian mengatakan bahawa dia merasakan seperti kepalanya ditumbuk selepas paku tersebut mengenai kepalanya. Namun dia meneruskan kerja dan berkata "I thought it went past my ear".

Autullo masih merasa diri sihat sehingga hari terbenam. Tetapi pada pagi sehari selepas itu, Autullo kepeningan saat bangun dari tidur dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia kemudiannya pergi ke hospital dan mengetahui bahawa terdapat paku di dalam kepalanya.

Pembedahan untuk mengeluarkan paku tersebut berjaya dilakukan pada hari Jumaat yang lalu. - The Telegraph

Saturday, January 21, 2012

JOM Cantikkan Wajah



21 Petua mencantikkan wajah ni aku dapat dari salah seorang rakan FB aku...jom kita cuba sama2.


Caranya adalah seperti berikut:

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. InsyaAllah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI

Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.


KULIT MUKA LICIN BERSERI

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.

MEMERAHKAN BIBIR

Sebelum tidur, sapukan sedikit ubat gigi pada bibir anda disertai dengan selawat 3x,

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.


OTAK JADI BIJAK

Masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah.

Thursday, January 19, 2012

KUEH TALAM CENDOL


KUEH TALAM CENDOL


 By :Hasna Isma

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras
4 s/b gula merah
4 s/b gula pasir
3 cawan air
1 s/k garam

Cara

1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dalam kuali non stik dan kacau sehingga agak panas.
3. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan sedikit minyak.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan ini. Pastikan permukaannya kering.


Bahan Lapisan Atas

1 cawan cendul
1 cawan tepung beras
3 s/b tepung jagung 
secubit garam
3 cawan santan pekat

Cara
1. Gaulkan semua bahan kecuali cendul supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan ke dalam kuali tak lekat dan masukkan cendul.
3. Kacau di atas api perlahan agak2 suam kuku.
4. Tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah yg telah dicakar. [Pastikan lapisan bawah tidak basah supaya lapisanan atas akan melekat dengan baik
5. Kukuskan lagi 20 minit.
6. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

Wednesday, January 4, 2012

2012

Sedar tak sedar hari ni dah 4hb Januari 2012, hari pertama ke sekolah. Hari ni kat sekolah pulak ada pemantau namun aku tak kisah la...sebab semuanya dah beres seminggu yang lalu. Untung juga sebab mesyuarat guru kat sekolah aku buat awal..esoknya terus meeting panitia..Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Bila la agaknya tugas panitia BM ni nak diserahkan kepada orang lain? Bukan aku tak mampu nak tanggung tanggungjawab tapi pada hemat aku la..biarlah tugas tu diserahkan kepada cikgu2 lain pulak..biar semua merasa dan ada pengalaman. Memang kdg2 tertekan juga jadi KP ni terutama sekali bila time pelawat/ pemantau datang ke sekolah ataupun time result keluar, aku la agaknya insan yang paling KECUT perut nak dgr result terutamanya dlm subjek BM..meNINGKAT ke meNURUN??...memang la kadang-kala tu ada naik turunnya tapi yang pastinya target aku untuk murid2 yang aku ajar ada peningkatan. Tahun ni tanggungjawab yg berat lagi perlu aku pikul kerana diberi tanggungjawab mengajar kelas pertama daripada 6 kelas..iaitu Tahun 6P dan 5P, rasa terbeban juga la sbb nak pastikan keCEMERLANGan. Banyak lak buku yang perlu ditanda..maklum la sekelas 42 orang murid. 

Walau apapun aku harap yang terBAIK buat anak2ku dan anak2 didikku. Angah dah dapat masuk sekolah yang dia minat..nak jadi chef kononnya. Pergilah Angah...ibu doakan mudah2an Angah berjaya mengejar impian. Untuk Along pulak.. ibu ucapkan Tahniah sebab dah lulus ujian memandu hari ni...kereta Kancil ibu tu...Along guna jelah...tapi kena hati-hati la...bukan kerana ibu sayang kat kereta tu tapi ibu lebih sayangkan nyawa Along. Achik pulak memang bergaya ke sekolah hari ni..segak berbaju biru cuma badan je berisi sikit. Untuk sahabat2 semua aku nak ucapkan juga Selamat Tahun Baru Masihi 2012 biarpun dah 4 hari kita di tahun 2012. 
Dear January,
                       How is February? Please tell March that April said May will be coming before June, I heard that July is getting married in August, How about September and her kids? Please send my greetings to October and don't forget to tell November that all my friendswho reading this will have a wonderful December again!!! 
Have a Happy New Yéar 2012.

Jom Masak Kerabu - Mofabisa Alkasia


KERABU KERANG DENGAN PUCUK PAKU


Bahan Bahan :
1/2 kg kerang
1 ikat pucuk paku-dibasuh dan diambil daun, batang dan pucuk yang lembut-celur hingga lembut.
5 ulas bawang merah ditumbuk halus
2 sudu besar cili kisar/ 3 tangkai cili kering direndam dengan air panas dan ditumbuk halus
1 sudu teh belacan yang telah dibakar
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam jawa / 1 sudu besar pati asam jawa Adabi dicampurkan 1 sudu besar air
segenggam tauge dilalukan air mendidih di dalam penapis- toskan
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Basuh kerang bersih-bersih. Masukkan dalam periuk. Masukkan air secukupnya hingga tenggelam kerang. Didihkan dan tutup api. Kacau sedikit agar kerang masak rata. Kopek kulitnya dan ketepikan.
2. Bancuhkan air asam jawa dengan belacan, bawang, kerisik, cili kisar.
3. Masukkan tauge, pucuk paku dan kerang ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan-bahan yang dibancuh tadi. Masukkan sedikit garam dan gula. Gaul hingga semua bahan sebati.
Dah siaaap…

KERABU SELOM DAN TAUGEH

 
Bahan-bahan:

(hidangan untuk 5 orang)

2 ikat selom (kalau beli kat pasar le… kalau petik sendiri anggaran 2 cekak)- hiris halus
10 sen taugeh- buang ekornya
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris
**5 biji cili padi
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.
*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus… sedap juga…

KERABU JANTUNG PISANG


Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam
*** tumbuk semua bahan A hingga lumat
Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Didihkan air dalam periuk. Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan. Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi….
Selamat Mencuba…

KERABU EPAL



Bahan-bahannya

4 biji epal hijau segar (dihiris nipis memanjang)
2 sudu besar sos ikan 
1/2 cawan kacang tanah disangrai, buang kulit dan kisar halus+ kasar
1/2 cawan udang kering- disangrai dan kisar halus
3 biji limau nipis diperah airnya
garam gula secukup rasa
1/2 labu bawang besar holland dihiris nipis
2 biji cili merah dihiris nipis panjang-panjang 1 inci
Bahan ditumbuk halus:
3 ulas bawang merah
5 biji cili padi akar
3 batang serai dihiris nipis

Cara membuatnya:
1. Potong epal dan rendam dalam air ais agar kekal rangup. Apabila siap bahan lain, baru toskan epal dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan semua bahan. Gaul rata. Simpan dalam peti ais sehingga sedia dihidang.