photo 627201q5jaigt1eg.gif

Monday, May 28, 2012

Mi KungFu kegemaran Angah

Resepi ni aku kongsi daripada chef kesukaan aku....Thanks to http://hanieliza.blogspot.com/2012/05/mee-kungfu-mee-hongkong-mee-kantonis.html



 MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

Bahan A
500 gm mee kuning
5 biji telur [ dipukul]

Bahan B

100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah 
3 s/b minyak masak
garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Wednesday, May 23, 2012

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR

 Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersed...ia memberi ruang untuk kemasukan makanan.


Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..

Saturday, May 19, 2012

~BATIK CHEESE CAKE~


 

~BATIK CHEESE CAKE~

i) bahan2 kek batik:
400g biskut marie
100g mentega
2 biji telur
50g serbuk koko
100g milo
200ml air
100g gula pasir

cara2nya:
-patah2kan biskut marie
-dlm periuk...cmprkan serbuk koko, milo, gula dn air...guna api yg sederhana...kacau hingga larut
-masukkan majerin sehingga larut dn cair...
-kecilkan api dn masukkan telur}kacau smpai agak2 pekat dlm masa 30 saat n padamkan api..
-masukkan biskut yg telah dipatah tadi dan gaul semua biskut tersebut sehingga btul2 diselaputi coklat
-masukkan kedlm loyang dn tekan2sedikit bg btul2 padat

ii) bahan2nya cheese:
-250g cream cheese(tatura)}amy guna cheese ni..u all nk guna yg lain ikut suka r
-1biji telur ayam }A
-2sb gula halus @ising}klu nk manis bleh up lg...
*putar sehingga kembang dn putih berkrim
----------------------------------------------------------------
-yg ni amy guna loyang bersaiz 8" sbb tu nmpk lebar...nk nmpk tinggi guna r loyang bersaiz 7'~next time amy try saiz 7" plk r
-taruk bahan cheese yg tlah diputar tadi diatas kek batik...
-bakar dlm 5min guna api atas sahaja, suhu 160'c
-paipkan coklat masakan(tlah dicairkan) diatas kek tersebut ikut citarasa sendiri...
-siap
-masukkan kedlm peti sejuk sebelum dipotong dn dihidang...
-tk mengeluarkannya...potong sikit guna pisau dicelah tepi2 loyang tu sbb melekat...
*slmt mencuba!!!
By: Rohaimi Ahmad

Monday, May 7, 2012

Jom Cuba Buat Kek Lumut


Dok intai2 FB kawan2, teringin pulak aku tgk kek ni...hijaunya mmg mcm lumut. Ada masa nanti blhlah aku cuba... nampak mcm senang je...kalau bab2 kukus ni aku mmg suka...Jom kita cuba..
Betul2 macam lumut kan....


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250gm mentega
4 biji telur gred A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco
4 sudu besar serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-caranya:
1.Pukul mentega dan gula menggunakan kelajuan tinggi sehingga kembang dan berkrim
2. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati menggunakan kelajuan sederhana. Ulangi proses sehingga telur habis
3. Masukkan susu dan serikaya dan pukul lagi
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan horlicks dan gaul sebati
5. Masukkan pewarna dan esen vanilla. Sebatikan.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak (2 jam 30 minit )

*** Jangan lupa sapukan dahulu loyang dengan mentega atau minyak

Sunday, May 6, 2012

Cinta itu adalah ujian..

Berkenan aku tgk mawar tu..cantik!!!!
Allah ingin pembuktian daripada hamba-Nya bahawa cinta makhluk tidak melebihi cinta kepada-Nya.

Sekalipun kita masih sendiri, kita sebenarnya tidak sendirian..
 
Dalam setiap denyut nadi, hembusan nafas, langkah kaki dan kerlipan mata....Dia ada. Dia melihat, mendengar dan memahami...
[Shaharani Shaharom]

~IndahNya Hari Ini~



♥ BUKAN....kerana hari ini indah kita jadi BAHAGIA tapi
kerana kita BAHAGIA hari ini menjadi INDAH.

♥ BUKAN...kerana ada RINTANGAN kita
menjadi OPTIMIS tapi kerana OPTIMIS, RINTANGAN menjadi tak terasa
 
♥ BUKAN...kerana MUDAH kita YAKIN
bisa, tapi kerana kita YAKIN BISA semuanya menjadi MUDAH.

♥ BUKAN...kerana semuanya BAIK kita TERSENYUM, tapi
kerana kita TERSENYUM dan REDHA maka semua menjadi BAIK.

♥ Bukan...Setiap hari kita Tidak ada yang MENDUGA tapi
KEYAKINAN kita pada TUHAN, kita bisa menempuh segala.

~ INSYAALLAH ~

~Aku TerLalu CemBURU~

~ Aku cemburu padamu yang selalu khusyuk dalam setiap sujud panjangmu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu meluangkan waktu untuk menghisab dirimu..
~ Aku cemburu padamu yang tak letih menghayati setiap bacaan Al'quranmu..
~ Aku cemburu padamu yang setiap malam membasahi sajadahmu..
~ Aku cemburu padamu yang tak kenal lelah dalam berjuang..
~ Aku cemburu padamu yang selalu sungguh-sungguh dalam setiap amanahmu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga lisanmu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga matamu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga hatimu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu bersahaja dalam keseharianmu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu tersenyum disaat susah dan senangmu..
~ Aku cemburu padamu yang tak pernah berubah saat kau dipuji ataupun dicaci..
~ Aku cemburu padamu yang hafal Al'Quran dan bersikap seperti diajarkan dalam Al'Quran.
~ Aku cemburu padamu yang cinta akhirat namun tak melupakan duniamu..
~ Aku cemburu padamu yang mencintai orang tuamu melebihi dirimu sendiri..
~ Aku cemburu padamu yang selalu bermanfaat bagi orang lain..
~ Aku cemburu…. Benar-benar cemburu….
~ Tapi aku hairan,,kenapa kamu selalu cemburu kepadaku?
~ Aku ingin sepertimu,,namun kamu ingin sepertiku...
~ Tapi ingatlah... Ini bukan hal yang negatif...
~ Jika kita berfikir positif,,
~ Maka ini adalah hal yang positif... Semoga kita saling MEMOTIVASI...
~ Saling CEMBURU untuk merebut perhatian pemilik CINTA ini...
~ Mudah-mudahan kita memperoleh CINTA itu...♥ CINTA ILLAHI ♥
~ Dan bertemu lagi,,dengan muka yang BERSERI di tempat yang ABADI.

♥ SALAM CINTA ♥

~ PETUA MENGELAKKAN PENYAKIT BARAH ~



1. Minum air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

2. Makan tomato kerana ia penuh dengan vitamin C yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

3. Makan kacang soya kerana phytoestrogen di dalam kacang soya boleh membantu melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Ia mengandungi banyak vitamin C.

7. Jangan ketinggalan memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

10. Dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

Wallahu'alam