Alhamdulillah...badan anak bongsu aku yg sorang ni blh tahan la juga...dah lebih berat daripada badan aku...tapi hari ni Achik masih mampu dikalungkan pingat...Alhamdulillah..teruskan kecemerlangan. Ibu tetap berdoa yang terbaik untuk anak2 ibu. |
Kalaupun kamu putera berjulang tinggi..mahupun puteri berdaulat melangit untuk semalam...Hari ini, kita tetap berdiri sama...Dan harap, kalaupun ada esok, biarlah ada pelangi. Dan hujan ini...berhenti sekejap, melepaskan lelahnya......Rehanis Hanie
Sunday, October 21, 2012
~SukAn dI SeKolah NaIm~
Sunday, October 14, 2012
~Terima Kasih My Hubby~
8 September 2012...selesai saja tugasan..rasa tak boleh tahan lagi..mata membengkak semacam..terpaksa pulang awal dr tempat meeting, bekejar ke HOSHAS Temerloh, terus rujuk pakar..
Ya Allah, besarnya dugaan yang Kau berikan kepadaku...hanya sebelah mata sahaja mampu memandang, kepala berdenyut2, rasanya aku seakan tak mampu menanggung keperitan yg teramat sangat...Ya Allah, sakit yg Kau timpakan padaku ini mungkin tarbiyahMu, Ampunilah dosa2ku Ya Allah.
7 hari bertapa di rumah, loya rasa tekak pabila sehari 16 biji antibiotik terpaksa kutelan..dunia luar terasa begitu asing, senyuman sememangnya tak mampu kuukirkan lagi meskipun radang pada mataku beransur pulih.
Esok jumpa doktor pakar lagi...Semoga aku akan kembali tersenyum. Terima kasih my hubby kerana melayan setiap detik kesakitanku dengan penuh kasih sayang.

Thursday, October 4, 2012
♥ Ada KaLaNya...♥
Ada
kalanya aku ingin menguiskan kakiku..
Di hamparan pasir yang putih...
Aku
juga ingin terbang mencecah tingginya awan
Menikmati indahnya ciptaanMU.
Namun,
Biarpun hanya dalam angan,
Aku merasakan betapa kerdilnya diriku
ini dalam kebesaranMU.
Lantaran itu..
Sebagai suntikan sanubariku,
Kuakui
untuk mendapat kejayaan..
Tidak sesingkat awan menjadi hujan,
Pasir
menjadi debu
Dan awan menjadi abu....♥
Subscribe to:
Posts (Atom)