Kalaupun kamu putera berjulang tinggi..mahupun puteri berdaulat melangit untuk semalam...Hari ini, kita tetap berdiri sama...Dan harap, kalaupun ada esok, biarlah ada pelangi. Dan hujan ini...berhenti sekejap, melepaskan lelahnya......Rehanis Hanie
Saturday, December 29, 2012
~Moist Chocolate Cake~
Resepi ni aku kongsi from my sahabat FBku Chef Arm...ada masa nanti blhlah cuba buat sendiri. TQ Chef Arm kerana sudi berkongsi resepi.
* Bahan A ( Diayak Bersama ) : -
* Bahan A ( Diayak Bersama ) : -
280g Tepung Gandum
40g Serbuk Koko
2 Sudu Teh Serbuk Penaik
1 Sudu Teh soda Bikarbonat
* Bahan B : -
2 Sudu Teh Nescafe ( larutkan Dengan 1 Sudu Teh Air panas )
280g Marjerin
200g Gula Halus
5 Biji Telur Ayam
1 Sudu Teh Esen Vanila
250g Coklat Masakan ( Dicairkan )
1/4 Cawan Air Sejuk ( Betul2 Sejuk )
* Cara Penyediaannya : -
1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
2. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan yang telah dicairkan dan kacau.
3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan air sejuk dan dikacau sebati.
4.Masukkan ke dalam acuan kek.bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c
selama 1 jam 30 minit.Angkat dari ketuhar dan sejukkan.siap untuk
disajikan.
Friday, December 28, 2012
~✿ ܓoRIenTaSI TaHuN SaTu 2013 ✿ ܓ~
Hari ini 28 Disember 2012...minggu terakhir tahun 2012...bermula orientasi Tahun 1 di SJKC Mentakab Satu. Sempat kurakamkan kehadiran ibu bapa dan wajah2 ceria bakal anak-anak didikku...Kehadiran yang penuh dengan harapan , semoga tercapai segunung impian...
Monday, December 24, 2012
~Kerana AKu Guru BaHaSa Melayu~
Yang ni aku copy drp sahabat Fb aku.....Yahya Sufi Hj Abdullah sbb akupun guru Bahasa Melayu...so, memang itulah tugas aku...
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BAHASA MELAYU
1. Mengetahui secara terperinci perkara-perkara dengan subjek yang diajarkan dan sukatannya.
2. Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk penggunaan BBB.
3. Menjalankan tugas dengan jujur dan penuh rasa tanggungjawab.
4. Menyediakan rancangan pengajaran masing-masing berdasarkan rancangan pengajaran tahunan yang telah ditetapkan dan merekodkannya dalam folio/buku rekod mengajar.
5. Merancang tugasan yang sesuai sebagai pengukuhan pengajaran yang telah dijalankan.
6. Memeriksa setiap latihan, tugasan atau folio pelajar dan memberi komen yang akan membantu meningkatkan minat serta prestasi pelajar dalam mata pelajarannya.
7. Menghantar buku latihan kepada Guru Kanan Subjek atau Ketua Jabatan apabila dikehendaki berbuat demikian.
8. Memeriksa kertas ujian selaras dan peperiksaan serta menyerahkan markah pelajar kepada penyelaras tingkatan dan pihak UPPM pada masa yang ditetapkan.
9. Membuat analisis keputusan ujian selaras dan peperiksaan bagi kelas-kelas yang diajarkan.
10. Mengambil berat kemajuan akademik pelajar melalui intervensi serta berusaha menanamkan nilai-nilai sahsiah yang baik dalam kalangan pelajarnya.
11. Mengadakan kelas-kelas tambahan dan klinik bahasa untuk tujuan pengayaan dan pemulihan apabila diperlukan atau mengikut jadual program PGG..
12. Membantu Penyelaras Tingkatan dan Guru Kanan Subjek mengendalikan program-program serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh unit sepanjang tahun.
13. Mengendalikan persatuan yang berkenaan dengan mata pelajarannya apabila dilantik menjalankan tugas tersebut.
14. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA, Jabatan Pelajaran Negeri atau pelbagai pihak.
15. Menghadiri setiap mesyuarat unit dan jabatan yang dikendalikan oleh Guru Kanan Subjek atau Ketua Jabatan yang berkenaan dengan mata pelajaran yang diajarkannya.
16. Mengawasi pelajar ketika ujian dan peperiksaan mengikut jadual yang telah ditentukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.
17. Menilai pencapaian pelajar serta mengesan kelemahan dan kekuatan mereka bagi tujuan meningkatkan prestasi P&P.
18. Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku/folio Rekod Mengajar dan menyerahkannya kepada Ketua Jabatan mengikut jadual yang telah ditentukan.
19. Melaksanakan tugas-tugas berkala yang lain dari masa ke masa daripada Penyelaras Tingkatan, Guru Kanan Subjek, Ketua Jabatan atau yang diarahkan oleh Pengetua.

Saturday, December 15, 2012
Friday, December 14, 2012
~Solat Sunat Hajat~
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
Selepas solat, beristighfarlah kepada Allah sebanyak yang boleh. Sesudah itu bacalah doa ;" Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Maha Bijaksan dan Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan empunya Arash yang besar. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Aku bermohon kepada- Mu segala yang mewajibkan rahmat- Mu dan segala yang menjamin keampunan- Mu, mendapat keuntungan dari segala kebaikan dan selamat dari segala dosa. Janganlah Engkau biarkan adanya dosa pada diriku melainkan Engkau ampunkanlah dan jangan biarkan adanya kesusahan melainkan Engkau lepaskannya dan janganlah biarkan hajat yang Engkau meredainya melainkan Engkau makbulkannya wahai Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani."Kemudian mintalah sebarang hajat yang berbentuk kebaikan.
Sumber : Perkongsian daripada salah seorang rakan FB buat bacaan sendiri.
Monday, December 10, 2012
~Zaman Kanak-kanakku~
Pengenalannya.....ni gambar aku masa kecik-kecik..nampak mcm comel je...tapi sayang hanya sekeping gambar ni yang masih ada dlm simpananku.
Indahnya tatkala dapat mengintai zaman sekolah rendah (1977-1982), teringat guru-guru lama...Alhamdulillah kerana ada dunia FB..masih dapat bertemu dan bertanya khabar akan guru-guru kesayanganku. Jasa kalian tidak mampu kubalas meskipun dengan segunung intan, tak terbalas rasanya. Hanya doa diiringkan semoga guru-guruku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu. Terima kasih Cikgu!
Buat sahabat-sahabat tersayang...zaman kanak-kanak bersama kalian sememangnya indah.tTerima kasih semua...Buat buah hatiku...hahahaha.. zaman Cinta Monyet...terima kasih... kerana aku sempat merasai keindahannya. Gembira tgk kegembiraanmu bersama insan tersayang....Aduhaiii....zaman kanak-kanak yg masih terbayang dalam ingatan.
Biarpun gambarnya kelabu dan comot..namun segalanya terpahat seribu KENANGAN.

Guru-guru kesayanganku SK Jengka 16 (1978-1982) — with Cikgu Abu Latifei Sani, CIKGU NORDIN, CIKGU Razali Umor, USTAZ SOFI, CIKGU ZULKIFLI, Cikgu Rosni Bt Abdullah, CIKGU PUA, CIKGU SANI, Cikgu Hairanah Mohd Salleh and CIKGU SYUKUR. |
Buat sahabat-sahabat tersayang...zaman kanak-kanak bersama kalian sememangnya indah.tTerima kasih semua...Buat buah hatiku...hahahaha.. zaman Cinta Monyet...terima kasih... kerana aku sempat merasai keindahannya. Gembira tgk kegembiraanmu bersama insan tersayang....Aduhaiii....zaman kanak-kanak yg masih terbayang dalam ingatan.
7 tahun (1977), masa ni di SK Jengka 15..menumpang — with fahizatul rohayu, latipah mohd salleh, Tipti Asmah, Marliah Awang, suzana, and Dee Husni. |
Gambar ni kelabu..kenapa ya?..kata2 tu yang penting..sejak dari sekolah rendah lagi dok rajin simpan..falsafah dan falsampah orang, suka buat koleksi sendiri.. — with Rafar Ahmad and Razali Umor. |
8 tahun — with Cikgu Razali Umor |
12 tahun....masa ni dah ada org yang minat (zaman cinta monyet)....hishhhh...kalaulah mak tahu.....mati aku!!! |
12 tahun-jamuan perpisahan Tahun 6...masak bihun sup sendiri dengan Cikgu Razali...indahnya masa ni — with Razali Umor. |
Gambar Kelasku 1982- Kelas 6 Hijau |
Jamuan Perpisahan Tahun 6 (1982) — with Shahrol Hamiza Abdullah. |
Masa ni 11 tahun..... gi rombongan ke Kuala Lumpur... |
Arwah Guru Besar yang sangat menyayangiku....semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yang soleh..Aamiin.. Al-Fatihah. |
Biarpun gambarnya kelabu dan comot..namun segalanya terpahat seribu KENANGAN.
Sunday, December 9, 2012
~Along & UTM Jalan Semarak~
28 Mei 2012 Along mendaftarkan dirinya di UTM Jalan Semarak. Kini hanya menjadi kenangan kerana Along mendapat tawaran belajar di INTECH UiTM. Hanya sempat beberapa bulan di sini. Walau di manapun Along belajar, doa ibu, abah dan adik2 tetap mengiringimu.
Gundah hati ibu kerana sekali lagi kena berpisah... |
~My Kitty~
Ibunya Hanya Kucing Jalanan...Tetiba datang mengHANTAR Rezeki....namun kini sudah berTUAN.
Dah besar..tapi masih menyusu.... |
berebut susu dgn adik...nak tergelak tgk gelagat Si Putih... |
♥♥♥J乇NJaレaN LaGI 2012♥♥♥
♥♥♥レo√乇 U All♥♥♥ レo√乇 My StuD乇NtS♥♥♥
Lepas ke Cameron Highlands kami bergerak pula ke Lost World... Cuti..... aduhai cuti..bestnyer gi jalan-jalan...lupakan sekejap kerja di sekolah.
Lepas ke Cameron Highlands kami bergerak pula ke Lost World... Cuti..... aduhai cuti..bestnyer gi jalan-jalan...lupakan sekejap kerja di sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)