photo 627201q5jaigt1eg.gif

Monday, January 21, 2013

~ Kek Durian ~

Resepi ni aku kongsi daripada sahabat Fb aku Sarina Nayan..Diapun ambil resepi ni drp page FB Chef tapi telah diubah suainya sehingga kek dapat naik dengan gebu. TQ kepada Ina dan tuan empunya resepi asal atas perkongsian.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula
1 cawan isi durian
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecill essen vanilla
sedikit pewarna kuning, hirisan badam dan coklat chip untuk hiasan
 
 Cara-caranya:
1. Blender gula, telur dan minyak hingga kembang.
2. Kemudian masukkan susu dan isi durian, blender lagi.
3. Tuang ke dalam bekas. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikabonat tadi, essen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sebati.
4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan alas dengan kertas kek. Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur dengan hirisan badam dan coklat chip. Bakar selama 1 jam pada suhu 150 dengan api bawah.

Nampak mudah, ada masa bolehlah aku mencubanya. TQ Ina...

~ 17 JANUARI~

Entri yang terlewat aku catatkan....
17 Januari 2013 hari tu bertambahlah lagi setingkat usia aku....dah tua rupa2nya aku ni. Syukurlah kerana dalam usia yang sebegini aku masih dikurniakan oleh Allah SWT kesihatan yang baik dan keluarga yang sempurna. Alhamdulillah.

Terharu juga dengan ucapan dan ingatan daripada kawan2 dalam FB aku. Terima kasih buat kawan2 tersayang atas ingatan kalian buat diriku. Ingatan kalian tetap kuhargai...Semoga Allah SWT memakbulkan doa2 daripada kalian. Doa yang sama juga kupanjatkan buat kalian semua.

Terima kasih atas gubahan ucapan yang kurasa cukup istimewa daripada rakan2 group aku SKHK







Sunday, January 20, 2013

~ANGAH~




Petang2 ni bila duduk sorang2 kat rumah...mulalah hati terkenang gelagat anak-anak. Nasib baiklah aku hanya ada tiga anak teruna....kalau ramai mesti banyak lagilah kerenahnya. Tiga pun rasa macam dah berat je...Mengintai gambar2 angah ni...terasa pulak macam nak catat sesuatu je kat sini...

Sebenarnya tak tahu dari mana nak bermula...balik dari sekolah, sememangnya badan terasa letih...mata usahlah dicerita...kalau dilayan petang2 ni memang akan jadi panjang mimpinya...ketuk2 sikit kat laptop ni harap2 hilanglah ngantuknya...Tak ada apa nak cerita cuma nak letak je gambar angah ni. Gambar nipun dah lama...tahun 2010, masa bercuti di Cameron Highlands hari tu...masa ni angah masih nak lagi ikut keluarga bercuti....Kalau sekarang ni...jgn diajak, dia mesti mengelakkan diri. Tulah Angah....susahnya Angah nak bersama dengan family...

~Achik & Along~

Achik & along yang sentiasa bersama ibu dan abah.Makan & Makan....




Angah....susahnya nak ajak angah jalan-jalan dengan ibu dan abah. Angah lebih suka habiskan masa dengan kawan-kawannya berbanding ibu dan abah. Kadang2 nak ajak balik kampung jengok tok dan wan di kampung pun susah. Dah besar2 ni angah mmg payah kalau nak diajak duduk dalam satu kereta dengan adik. Kalau nak balik kampung, angah lebih suka balik sorang2 naik motornya tu. Akupun kadang2 tak faham dengan sikap angah....tak sebulu dengan adik.
Nilah motor kesayangan angah...tak habis2 make up...takde duit...abah tempat dia membodek..duit ibu minta maaf awal2 laaa sbb ibupun pandai juga make up.

Adik dan along memang sangat akrab walaupun kadang2 bekejar2 bila bergaduh. Dah jauh2 ni....along sentiasa menjadi sebutan di bibir Achik.