photo 627201q5jaigt1eg.gif

Monday, May 27, 2013

Selawat Syifa'


Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin,
tibbil qulubi wa dawaaaeiha,
wa `afiyatil abdaani wa shifaaaeha,
wa nuril absari wa diyaaeiha,
wa'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim..

Translation:-

O Allah! Send blessings on our leader Muhammad,
the medicine of hearts and their cure,
the health of bodies and their healing,
the light of eyes and their illumination,
and upon his family, companions, and send peace.

Maksud:-

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W.
yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar
dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit
serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan
dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Sunday, May 26, 2013

~Sahabat Sejati~

Persahabatan itu seperti sebutir berlian, meski tidak besar namun sangat berharga dan perlu dijaga...
KATA ORANG.....

  Sahabat yang DIUJI selalu membanyakkan PUJI.

Sahabat yang DENGKI selalu MENYELIDIKI.

Sahabat yang IRI selalu MENYAKITKAN HATI.

Sahabat yang AMBIL BERAT selalu MEMBERI NASIHAT.

Sahabat yang MENGASIHI selalu MENASIHATI.

Sahabat yang MEMBENCI selalu TIDAK AMBIL PEDULI dan MENJAUHkAN DIRI.

Sahabat mu ialah orang yang MENGINGATKAN mu.

Musuh mu ialah orang yang MENGHASUT mu.

Orang-orang yang berkata penuh KEJUJURAN. 

 Maka ia akan mendapat TIGA KEUNTUNGAN.

Pertama : 
KEPERCAYAAN.

Kedua :
 
KECINTAAN.

Ketiga : 
KEHORMATAN.

( Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu )

Monday, May 20, 2013

Surah Ali Imran, Ayat 31


Naim @ ACHIK

Mengintai Achik di sekolah...SK Mentakab Jaya
Tahun ni tahun terakhir Achik di sekolah rendah..besar sangat harapan ibu untuk melihat anak ibu berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2013. Semoga Naim sentiasa menjadi anak yang soleh dan berbudi pekerti mulia.











Bahasa DIAM



Saturday, May 18, 2013

KEK LAPIS TEMBIKAI (KUKUS)


KEK LAPIS TEMBIKAI (KUKUS)
            Oleh:Syahida Othman
                 cc : www.facebook.com/bukuresepi
Bahan-Bahan:
1 1/2 CWN BUTTERCUP
5 TELUR
1/2 CWN GULA
1 CWN SUSU PEKAT
1/2 CWN HORLICKS
2CWN TPG GANDUM
1SK BAKING POWDER
COKLAT CHIP
PEWARNA HIJAU PERISA PANDAN
PEWARNA MERAH & PERISA STRAWBERRY
(ADUNAN NI SY KURANGKAN GULA, KLU SUKA MANIS LEH LBHKAN GULA)



Cara-Caranya :
-PUKUL KEMBANG BUTTER + GULA SMPAI GEBU
-MASUKKAN TELUR SEBIJI2, MIX LAGI SMPAI KEMBANG & PUTIH
-MASUK SUSU, HORLICKS DAN BHN2 TEPUNG YG DIAYAK
- BAHAGIKAN KPD 3 BKS, WARNAKAN HIJAU, MERAH DAN 1 LG BIARKAN PUTIH.
- MASUKKAN ADUNAN HIJAU DAHULU, KUKUS SMPAI MSK
-KEMUDIAN LAPISKAN WARNA PUTIH, KUKUS
-LAPISKAN WARNA MERAH DAN TABUR COKLAT CHIP, KUKUS SELAPIS2.
ULANG STEP NI SMPAI WARNA MERAH NI ABIS. KUKUS SMPAI MSK
-SEJUKKAN , POTONG 3 SEGI MCM BENTUK TEMBIKAI

✿~INDAHNYA KATA-KATA ~✿




















Cinta Abadi

Tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepada-Nya.


~ADUHAI HATI~


Duhai "DUSTA" darimu aku belajar untuk berkata "JUJUR"...
Duhai "KHIANAT" darimu aku belajar untuk menjadi "SETIA"...
Duhai "LEMAH" darimu aku belajar untuk menjadi "KUAT"...
Duhai "TAKUT" darimu aku belajar untuk menjadi "BERANI"...

Duhai "SALAH" darimu aku belajar untuk menjadi "BENAR"...
Duhai "AMARAH" darimu aku belajar untuk menjadi "SABAR"...
Duhai "AIRMATA"dari mu aku belajar untuk "TERTAWA"...
Duhai "HATI" darimu aku belajar tentang segala "RASA"...
Terima kasih HATI untuk segala-galanya. 

[Nukilan Pena Suara Hati] 

Friday, May 17, 2013

Jasa Yang Dihargai

Terima kasih buat anak-anak didikku....
Terharu rasa hati cikgu apabila seawal 7.10 pagi tika kaki melangkah ke meja sendiri...meja dah penuh dengan hadiah... Biasanya hari-hari lain atas meja cikgu sesak dengan buku-buku yang tidak bertanda. Namun pagi ini 16 Mei 2013....terlerai keletihan menatap penghargaan kalian.Bukan nilai hadiah yang cikgu pandang namun penghargaan itu paling berkesan di lubuk hati cikgu.













16 MEI datang lagi..

Selamat Hari Guru buat diriku dan insan-insan yang bergelar GURU.

Selagi jasa diperlukan In sha Allah ilmu tetap dicurahkan....
Aktiviti sambutan Hari Guru 2013 di sekolahku tetap meriah meskipun sederhana.....










Nombor  aku di sini sejak mendaftar diri mulai tahun 2000