photo 627201q5jaigt1eg.gif

Wednesday, January 22, 2014

Mi Segera CePaT Dimasak SeDap Dimakan

Catatan ni sememangnya copy paste je dari blog orang lain, harap2 tuannya halalkan. Sekadar buat ingatan, pada diri dan anakku Si Angah yang suka makan mi segera ni...Harap2 lepas ni dia akan buang terus mi segera ni.....

Kata blog tu...cari kat link ni ye... http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=392257

Mi segera merupakan mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mi tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mi segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mi segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya.
Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.


1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?

Friday, January 17, 2014

17 Januari 2014

Genap sudah umurku 44 tahun....pejam celik pejam celik dah tua rupa2nya aku....
mujurlah rambut di kepala belum memutih namun anak2 yang semakin membesar menjadi pelengkap tuanya aku...

Bersahabat dengan ank2 mmg terasa indah namun kadang2 ada ketikanya aku diuji juga dgn telatah anak2 yang kadang2 tak sehaluan dgn kehendak kita....namun di usia yang sebegini aku berjanji akan cuba juga menghadapi dan menyelami jiwa anak2 yang kdg2 aku sendiripun tak berapa nak faham.

Anak2 penambat kasih,
Terima kasih kerana masih lagi menghargai ibu...terima kasih juga buat En. Suami kerana turut meraikan ulang tahun kelahiranku dan sentiasa bersama2ku menghadapi apa jua situasi dan kerenahku.

Along kata kek ni mahal...seratus lebih...aku senyum ajelah...faham sgtlah tu....Maaf ye Along sbb ibu tak punyai waktu untuk menge"kek"....

Apa2pun terima kasih Along dan anak2 ibu tersayang serta En.Suami tercinta.



tEtaMu Bersarang ReNdAH

Tetamu ni hadir bersarang rendah....sudah dua tiga hari kuperhatikan..hari ni curi2 snap gambar yang ditinggalkan di sudut blkg rumahku di pohon bambu yang baru kutanam......baru 2 biji...menanti esok, akan bertambah lagikah? akan kuintai lagi esok...






Friday, January 10, 2014

LaMaN 3 BuLaN

Pagi2 ni time cuti gini buat apa lagi kalau tak ke sekolah...inilah kerja aku setiap pagi..intai laman..segar mata menatap bunga2 kesayangan yang mewangi di laman dan pokok2 yang semakin merimbun.Baru berusia 3 bulan lamanku namun dapat juga mem"busy'kan aku. TQ my En.Suami kerana sentiasa memahami hobiku.
























































Pokok orkid yang baru disemai...