photo 627201q5jaigt1eg.gif

Friday, October 30, 2015

PUDING KASTARD BERKUAH

Perkongsian daripada https://www.facebook.com/siti.fatimahhabibmujahidin

10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
beberapa biji ceri merah utk hiasan
1 sudu kecil perasa vanila


Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.
* Untuk larutkan agar2 tu, masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur.
Untuk versi ketupat ni gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yg berwarna kuning. hati2 kerana puding ni panas.

KUAH KASTARD

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

Wednesday, September 2, 2015

Penawar Gaout

Ramai yang tidak tahu ini lah pokok dapat menghilangkan penyakit gaout dari berulang tidak perlu modal cari dekat rumah anda pasti ada.
Ambil 3 batang dgn akar sekali daun buang dan rebus atau rendam dgn air panas satu hari sekali minum insyaAllah penyakit gaout dapat dihapuskan. Selamat Mencuba.

Dipetik dari FB Roslim Saadon

Sambutan Hari Kemerdekaan 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-58 peringkat sekolahku telahpun dilaksanakan pada 28 Ogos 2015 iaitu pada hari Jumaat. Lagi tiga hari seluruh rakyat Malaysia akan menyambutnya. Walaupun sambutannya agak sederhana namun segala-galanya memberi seribu makna. Salam Merdeka buat
semua.


Tahniah kepada anak-anak didikku iaitu murid-murid Kelas 4M yang turut mengambil bahagian. Dua tiga hari sahaja cikgu melatih kalian, namun kalian dapat mendeklamasi sajak "Memori Merdeka" dengan begitu baik sekali. Kalian memang berbakat.




Terima kasih kepada Cikgu Chen Ka Yoong yang sudi merakamkan detik-detik terindah ini.
 
"Sehati sejiwa
Seia sekata
Bersama membangun anak bangsa
Semoga menuju ke puncak jaya"

Sunday, August 30, 2015

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-58

Merdekakan negara dari penjajahan.
Merdekakan fikiran dari kejumudan.
Merdekakan jiwa dari kesayuan.
Merdekakan diri dari ajakan syaitan.
Merdekakan hati dari keegoan.
Selamat menyambut Kemerdekaan !










Biar Gambar Berbicara


Si Merah D'laman

Cantiknya Si Merah ni..tak jemu mataku memandang.

Petua Hapus Serangga

Petua & ilmu daripada Aremir Putera Ahmad Za'alawi

Jom Cegah / Bunuh / Halau / lupus serangga-serangga perosak di rumah kita... 
Mujarab katanya, akupun belum try lagi, tapi aku berkenan sgt dengan petua ni....jom kita cuba !!! 

Lipas, tikus, kumbang, siput, anai-anai, belalang, kutu, hama, parasit pokok, dan byk lgi ttg serangga perosak tanaman atau dapur rumah anda.
Sunat kita ikhtiar hindar binatang2 kecil ni dr mudaratkan kita dan mendatangkan penyakit. so ambil tindakan ye.

1. Kulit telur :
Dikeringkan dulu, lepas tu tumbuk halus menjadi serbuk spt tepung, simpan dlm botol kaca. Tahan lama disimpan, xmudaratkan manusia.
-tabur di kawasan tanaman anda yg terkena serangan serangga perosak.
-bagi tikus , tabur tmpt laluan tikus itu contoh bawah pintu dapur anda. jgn miss seinci pun laluannya.
-lipas pula sama tabur saja serbuk itu di celah celah dapur anda yg anda pasti laluan lipas.
Sblm malam mulakan tabur.. esok siang pegi kemas pasti byk mayat2 serangga terkulai.. hmm.
-anai anai pula tabur di lubang utama keluar masuk sarang mereka, kalau dpt jumpa sarang lagi bagus. semua akan mati akibat menghidu serbuk kulit telur.



Perkongsian daripada:
Perubatan Islam Al Hak 
Aremir Putera.