Kalaupun kamu putera berjulang tinggi..mahupun puteri berdaulat melangit untuk semalam...Hari ini, kita tetap berdiri sama...Dan harap, kalaupun ada esok, biarlah ada pelangi. Dan hujan ini...berhenti sekejap, melepaskan lelahnya......Rehanis Hanie
Wednesday, September 2, 2015
Sambutan Hari Kemerdekaan 2015
Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-58 peringkat sekolahku telahpun dilaksanakan pada 28 Ogos 2015 iaitu pada hari Jumaat. Lagi tiga hari seluruh rakyat Malaysia akan menyambutnya. Walaupun sambutannya agak sederhana namun segala-galanya memberi seribu makna. Salam Merdeka buat
semua.
Tahniah kepada anak-anak didikku iaitu murid-murid Kelas 4M yang turut mengambil bahagian. Dua tiga hari sahaja cikgu melatih kalian, namun kalian dapat mendeklamasi sajak "Memori Merdeka" dengan begitu baik sekali. Kalian memang berbakat.
Terima kasih kepada Cikgu Chen Ka Yoong yang sudi merakamkan detik-detik terindah ini.
"Sehati sejiwa Seia sekata Bersama membangun anak bangsa Semoga menuju ke puncak jaya"
No comments:
Post a Comment