photo 627201q5jaigt1eg.gif

Saturday, August 13, 2011

Bayangkan Andainya "Aku" Tak Setia

Just cerita untuk dikongsi....

Seketika wajah isteriku mengerut ketika pernyataan itu kuungkapkan semalam. Ada getar kemarahan yang siap terukir dari wajahnya, namun dia masih mencuba menahannya. Belum selesai tarikan nafasnya yang kesekian setelah pernyataan itu, dia terus membalikkan badannya memunggungi aku. Aku tersenyum, " berjaya … " fikirku.

Aku berjaya membuatnya semakin sayang kepadaku. Anda mampu saja melakukan hal yang sama (jika berani) untuk membuat sayang dan cinta pasangan anda tetap bergelora sepanjang masa. Memang, pernyataan itu mampu diimplikasi ketika anda tak segera mengklasifikasikannya. Seperti kejadian malam itu, setelah berbalik dan memunggungi, aku biarkan dia melakukan hal itu selama dia mahu. Kerana aku tahu, di benak hatinya terngiang-ngiang kata-kata: " bayangkanlah bila aku tak setia " dan di matanya, hanya diriku yang singgah di sana.

Dan itu terbukti, setelah beberapa minit aku fikir dia sudah tertidur dan bersikap bodoh dengan ungkapanku yang aneh itu, ternyata dia tidak mampu memejamkan mata dan terus memikirkan kata-kata itu. " Sayang ..., abangkan cuma berkata, bayangkan... dan itu belum tentu terjadi. Abang belum melanjutkan pernyataan berikutnya "

Selang satu jam dari pernyataan pertama, aku ucapkan pernyataan kedua, " Bayangkanlah, bila Abang pergi dahulu dari sayang kembali menghadap Allah ". Serta merta dia berbalik dan memelukku erat, beberapa titis air hening keluar dari sudut matanya yang cantik. Maaf, aku tidak mampu menceritakan kepada anda tentang kehangatan cinta dan sayang malam itu, jika anda tak melakukannya sendiri. Yang jelas, aku berjaya melakukan satu terapi yang tepat untuk tetap membuat isteriku sayang dan cinta kepadaku.

Bagaimana dan mengapa hubungan dapat berlangsung dan dapat gagal? Secara sederhana dapat dijelaskan, Anda tidak dapat menghargai apa yang anda anggap sebagai sesuatu yang memang sudah semestinya anda miliki. Inilah sebabnya mengapa orang-orang tidak merasa berbahagia dengan kehidupan yang mereka miliki. Mereka selalu menginginkan lebih banyak tapi tidak pernah bersyukur terhadap apa yang mereka miliki. Dan apabila anda tidak mensyukuri apa yang anda miliki, Anda akan mula beranggapan bahawa hal itu memang sudah semestinya anda miliki. Apabila anda memiliki anggapan yang demikian, maka anda tidak lagi menganggap berharga apa yang anda miliki. Dan apabila anda tidak menganggap berharga apa yang anda miliki, Anda tidak dapat menikmati apa yang anda miliki.

Hal yang sama juga berlaku dalam setiap hubungan. Dalam hal ini, bagi anda pasangan suami isteri, apabila pasangan anda menganggap anda sebagai orang yang memang sudah semestinya ada, maka dia tidak akan menganggap anda sebagai orang yang berharga dan dia akan mula mencari orang lain. Contoh sederhana, misalkan saja anda pergi berjumpa dgn doktor, dan doktor mengatakan bahawa anda akan kehilangan pendengaran, barangkali anda akan segera menyedari bahawa suara indah isteri anda tak akan pernah lagi didengari. Itu baru pendengaran, bayangkanlah jika tidak sekadar pendengaran yang hilang, misalnya, penglihatan atau bahkan pasangan anda pergi untuk selamanya.

Ada sebuah pesan Nabi agar kita sentiasa mengingat 5 hal sebelum datangnya 5 hal yang lain, yakni sihat sebelum datangnya sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, waktu lapang sebelum kesempitan tiba dan hidup sebelum mati. Pesan Nabi itu sentiasa mengingatkan kita bahawa rasa bersyukur kita akan muncul ketika diingatkan bahawa apa yang kita anggap sebagai sesuatu yang sudah semestinya kita miliki itu sesungguhnya belum tentu kita miliki (selamanya). Anda tidak mampu menganggap sesuatu yang sudah anda miliki kini sebagai hal yang tidak mungkin terpisah dari anda, kerana setiap waktu, semua yang anda miliki itu dapat saja hilang dan berpisah.

Anda pernah cemburu? Atau pasangan anda cemburu? Jangan khuatir, kerana itu justeru akan semakin mengeratkan hubungan anda. Apabila Anda atau pasangan anda sedikit mengkhuatirkan hubungan anda, ini ertinya bahawa di dalamnya ada unsur keraguan, sehingga kekhuatiran ini tidak akan menghilangkan keangkuhan dan tidak bersyukur. Untuk itu, anda perlu menciptakan unsur ketidakpastian agar anda tidak kehilangan kasih sayang untuk lebih mengeratkan hubungan.

Tanpa adanya unsur keraguan akan muncul perasaan bahawa " Anda akan selalu ada ". Apabila perasaan seperti ini muncul, maka pasangan anda tidak akan lagi menganggap bahawa anda orang yang luar biasa, sehingga hilanglah penghargaannya kepada anda. Jika pasangan anda sudah menganggap bahawa anda memang sudah semestinya ada, padamlah perasaan kasih sayang. Tapi jangan takut, dalam waktu sedetik anda dapat menghidupkan kembali perasaan sayang dan hubungan akan (semakin) menjadi erat dengan cara memperkenalkan unsur keraguan.

Satu kesalahan yang sering kita lakukan dan sangat disayangkan, ketika kita merasa tidak aman terhadap sebuah hubungan, kita justeru lebih memparahkannya dengan menegaskan bahawa anda selamanya miliknya, sehingga hilanglah unsur keraguan yang menyedarkan bahawa anda tidak selalu mesti ada. Sepintas lalu, setiap pasangan yang diberi kata-kata penegasan, bahawa anda miliknya selamanya, akan tersenyum. Padahal kalau mahu direnungi lagi, hal itu jelas merupakan kesalahan yang fatal. Inilah fakta tentang karektor manusia. Jadi, jika ingin terus disayang dan dicinta, ingatkanlah selalu pasangan anda agar sentiasa menganggap bahawa setiap saat dia boleh saja berpisah dan kehilangan anda. Berani mencuba? Hmmm …

Rujukan:
David J Lieberman, penulis buku Get Anyone To Do Anything

Bayangkan apabila "Aku" tak setia...

No comments:

Post a Comment