Kalaupun kamu putera berjulang tinggi..mahupun puteri berdaulat melangit untuk semalam...Hari ini, kita tetap berdiri sama...Dan harap, kalaupun ada esok, biarlah ada pelangi. Dan hujan ini...berhenti sekejap, melepaskan lelahnya......Rehanis Hanie
Sunday, December 29, 2013
ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR
Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.
Beri salam kepada anak yang sedang tidur
Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.
Sharing is Caring
Penawar 3 Serangkai
Katanya TOLONG SHARE.., akupun teringin juga nak share kat sini untuk rujukan sendiri. terima kasihlah https://www.facebook.com/pages/4u-permataku/456847081088099 sbb bg kebenaran untuk share..
Petua perubatan drpd Ustaz Sharhan Syafie untuk mngubati pnyakit jantung, kencing manis n darah tinggi....kpd yg nak mncuba...sebiji kelapa muda yg bhinggus (isi lembut)+3btg serai yg dketuk+7biji halba...dpanaskan dan dminum airnye...amalkan selang sehari..sebanyak 7 biji kelapa perlu dhabiskan dlm masa 14 hari...selamat mncuba....in sya allah kberkesanan 80% bjaya Alhamdullillah...
SHARE tip penting ini kepada rakan anda yg menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi
Selamat mencuba!!

Saturday, December 7, 2013
Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah, tertunai sudah rukun Islam yang kelima..bermula dari 18.9.2013 akhirnya aku dan suami selamat kembali ke tanah air pada 3.12. 2013.
BaNjiR Di kG. KoI
Disember 2013...Musim Tengkujuh, rata-rata tempat banjir, tempat koi juga tak terkecuali...sesekali koi raduk juga air untuk mengintai kawasan...
Saturday, August 3, 2013
Gall Bladder Stones
Satu petua dapat dari rakan fb from http://www.facebook.com/hamidarshat45 cara nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
Hari ke6 jangan makan malam (dinner)
Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi
Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
InsyaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Sunday, July 7, 2013
ASAM PEDAS UNTUK DIA
Dah lama menjadi koleksi...akhirnya hari ni terlayan juga ASAM PEDAS UNTUK DIA..
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.
Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Sukan Sekolah 2013
Setelah 2-3 minggu berlatih...akhirnya hari ini berlangsung juga Temasya Sukan di sekolahku SJKC Mentakab 1. Alhamdulillah, cuaca yang cukup indah, segala acara selesai tepat pada waktunya. Tahniah buat Pasukan Rumah Merah yang menjuarai acara sukan pada tahun ni.Kami para guru tetap happy meskipun keletihan.......Lihat sahaja acara pegawai...guru2lah yang paling happy, berskipping, mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.
Misteri surah Al-Fatihah
MISTERI SURAH ALFATIHAH ~Perkongsian daripada seorang sahabat FB
1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN:
BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA
SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada
Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur,sebelum melakukan 4 perkara
iaitu :
1. Khatam Al Qur’an
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah SurahAl -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan AlQur’an). Dan Bacalah selawat
untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah
untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil,dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
~ MAFHUM DARI HADIS ~

Monday, July 1, 2013
Wacana Tunas Cipta-DBP
Hari ini 2 Julai 2013, berkesempatan menghadirkan diri untuk Seminar Sehari/ Wacana Tunas Cipta "Benarkah Sastera Melayu Tiada Nilai?" yang telah diadakan di Dewan SJK(C) Khee Chee anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Agak terpegun dengan sasterawan negara yang tidak asing lagi iaitu Dr.Lim Swee Tin, Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia. Insan sastera yang serba boleh.Sempat juga aku rakamkan syair yang dilagukan..Memang cukup Indah...
Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin berpengalaman luas dlm bidang penulisan kreatif telah menghasilkan lebih 60 buah buku secara perseorangan, manakala lebih 120 buah lagi dlm bentuk antologi bersama pengarang-pengarang lain. Aku amat kagum dengan kesungguhannya memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
Memang benar, "Sastera Dapat Memanusiakan manusia"
Mengapakah SASTERA semakin ditinggalkan?
Tanpa SASTERA bagaimana kita dapat mengidentitikan budaya kita...Aku mulai terfikir...Jika seorang lelaki berbangsa lain mampu memartabatkan Bahasa, Budaya/ Sastera negara kita...mengapa tidak KITA?
Pertahankan Bahasa...Sastera milik kita...Identiti kita..
Memang dunia ini panggung wayang yang besar, nanti kita akan melihat cerita-cerita yang tidak pernah masuk akal dimainkan orang.:
~Sasterawan Negara Keris Mas~
"Kalung Mutiara" dalam mastika, November 1948.

Tuesday, June 4, 2013
IBU ANgkat AlONg
1 Jun 2013...berkesempatan juga mengunjungi ibu angkat anak sulungku di Raub bagi meraikan majlis perkahwinan anak bongsunya. Selalu juga aku ke Raub kerana ikatan kasih ini.
1993-1994...sewaktu aku mengajar di SRJK(P) Methodist Raub dan my En. Suami mengajar di SM Sains Tengku Abdullah...Mak Njang dan Pak Njanglah yang bagaikan keluargaku terdekat di sana. Hanya bermula sebagai pengasuh anak sulungku, ikatan kasih kami tak pernah terputus.
Bahagiakan rasanya...bila balik sekolah je anak dijaga dengan selamat, pakaian anak dicuci bersih malahan aku dan En. Suami dibekalkan pula dengan makanan tengah hari...kalau tak dibekal...kami diajak makan bersama-sama. Nasi sedia terhidang...tunggu bersila je..Alhamdulillah dapat pengasuh anak yang cukup baik. Aku tak pernah sesekali berkira tentang bayaran. Bagiku orang berbudi kita berbahasa. Begitulah indahnya jika kita sentiasa berbaik dengan orang, rezeki Allah janjikan di mana-mana sahaja. Jaga tutur kata maniskan bicara...Itulah pesan nenek yang sentiasa aku junjung dan kelek ke mana-mana.
Indahnya pertemuan ini...semoga tiada PENGAKHIRAN meskipun berada di KEJAUHAN

Bukit Fraser yang masih INDAH
Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut[1]. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.
Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga.Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.
Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.Harga makanan amat berpatutan malah ada makanan yang lebih murah dari sesetengah tempat pelancongan.Amat sesuai untuk bercuti dan berehat.Terdapat juga kedai-kedai cenderamata yang terhad.Air terjunnya sangat menarik dan indah.Cubalah mandi jikalau berani dan tahan sejuknya.
Cuti sekolah 1 Jun 2013...berkesempatan sekali lagi mengunjungi Bukit Fraser bersama keluarga setelah sekian lama tidak ke sana. Suasananya memang indah, sejuknya tak terasa sangat mungkin disebabkan pembangunan yg begitu pesat. Hanya separuh hari berada di sini namun sempat juga kurakamkan beberapa keping gambar buat kenangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)