1 Jun 2013...berkesempatan juga mengunjungi ibu angkat anak sulungku di Raub bagi meraikan majlis perkahwinan anak bongsunya. Selalu juga aku ke Raub kerana ikatan kasih ini.
1993-1994...sewaktu aku mengajar di SRJK(P) Methodist Raub dan my En. Suami mengajar di SM Sains Tengku Abdullah...Mak Njang dan Pak Njanglah yang bagaikan keluargaku terdekat di sana. Hanya bermula sebagai pengasuh anak sulungku, ikatan kasih kami tak pernah terputus.
Bahagiakan rasanya...bila balik sekolah je anak dijaga dengan selamat, pakaian anak dicuci bersih malahan aku dan En. Suami dibekalkan pula dengan makanan tengah hari...kalau tak dibekal...kami diajak makan bersama-sama. Nasi sedia terhidang...tunggu bersila je..Alhamdulillah dapat pengasuh anak yang cukup baik. Aku tak pernah sesekali berkira tentang bayaran. Bagiku orang berbudi kita berbahasa. Begitulah indahnya jika kita sentiasa berbaik dengan orang, rezeki Allah janjikan di mana-mana sahaja. Jaga tutur kata maniskan bicara...Itulah pesan nenek yang sentiasa aku junjung dan kelek ke mana-mana.
Indahnya pertemuan ini...semoga tiada PENGAKHIRAN meskipun berada di KEJAUHAN
No comments:
Post a Comment