photo 627201q5jaigt1eg.gif

Tuesday, June 4, 2013

IBU ANgkat AlONg

1 Jun 2013...berkesempatan juga mengunjungi ibu angkat anak sulungku di Raub bagi meraikan majlis perkahwinan anak bongsunya. Selalu juga aku ke Raub kerana ikatan kasih ini.

1993-1994...sewaktu aku mengajar di SRJK(P) Methodist Raub dan my En. Suami mengajar di SM Sains Tengku Abdullah...Mak Njang dan Pak Njanglah yang bagaikan keluargaku terdekat di sana. Hanya bermula sebagai pengasuh anak sulungku, ikatan kasih kami tak pernah terputus.

Bahagiakan rasanya...bila balik sekolah je anak dijaga dengan selamat, pakaian anak dicuci bersih malahan aku dan En. Suami dibekalkan pula dengan makanan tengah hari...kalau tak dibekal...kami diajak makan bersama-sama. Nasi sedia terhidang...tunggu bersila je..Alhamdulillah dapat pengasuh anak yang cukup baik. Aku tak pernah sesekali berkira tentang bayaran. Bagiku orang berbudi kita berbahasa. Begitulah indahnya jika kita sentiasa berbaik dengan orang, rezeki Allah janjikan di mana-mana sahaja. Jaga tutur kata maniskan bicara...Itulah pesan nenek yang sentiasa aku junjung dan kelek ke mana-mana.

Indahnya pertemuan ini...semoga tiada PENGAKHIRAN meskipun berada di KEJAUHAN







Bukit Fraser yang masih INDAH


Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut[1]. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga.Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.Harga makanan amat berpatutan malah ada makanan yang lebih murah dari sesetengah tempat pelancongan.Amat sesuai untuk bercuti dan berehat.Terdapat juga kedai-kedai cenderamata yang terhad.Air terjunnya sangat menarik dan indah.Cubalah mandi jikalau berani dan tahan sejuknya.

Cuti sekolah 1 Jun 2013...berkesempatan sekali lagi mengunjungi Bukit Fraser bersama keluarga setelah sekian lama tidak ke sana. Suasananya memang indah, sejuknya tak terasa sangat mungkin disebabkan pembangunan yg begitu pesat. Hanya separuh hari berada di sini namun sempat juga kurakamkan beberapa keping gambar buat kenangan.