Kalaupun kamu putera berjulang tinggi..mahupun puteri berdaulat melangit untuk semalam...Hari ini, kita tetap berdiri sama...Dan harap, kalaupun ada esok, biarlah ada pelangi. Dan hujan ini...berhenti sekejap, melepaskan lelahnya......Rehanis Hanie
Friday, August 22, 2014
KHASIAT LIMAU KASTURI
Limau kasturi ini mempunyai khasiat yang lebih banyak daripada sebiji epal hijau iaitu antara buah-buahan yang mempunyai kadar antioksidan terbaik.
Perahan jus limau kasturi bukan saja mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman. Malah jus limau kasturi apabila dicampur dengan air dan madu diminum boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong. Selain daripada itu minum jus dari 3 biji buah limau kasturi tanpa dicampur air sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
Jus limau kasturi mengandungi Floretin-G yang amat baik untuk kesihatan badan. Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.
Selain itu limau kasturi juga mempunya khasiat lain seperti :
1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
Monday, August 18, 2014
Dunia Resepi
Kek Lapis Bumi (Kukus)
rujukan sumber asal : HaSue@Myr
resepi olahan : DayangJack@DapurKu Sayang
Share : Resepi Ummi
bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air
1 cawan tepung gandum (diayak)
1/4 cawan serbuk holicks
5 biji telur gred A
225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
4 sudu besar serikaya
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
Masukkan tepung dan diadun sekata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair.
Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
Sejukkan kek sebelum dipotong.
Friday, August 8, 2014
Wednesday, August 6, 2014
Makaroni Bakar
Makaroni Bakar
Bahan-Bahan :
2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)
500 gm daging kisar(cincang)
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sudu lada hitam*
1/2 inci halia*
Semua bahan bertanda * di tumbuk
Sedikit minyak jagung+sedikit mentega utk menumis
1 tin susu cair ideal+1 tin air
sedikit daun bawang/sup (pilihan)
sedikit bawang goreng
4biji telur - dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese
Cara-cara Menyediakan:
1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dgn garam.
3. Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
6. Boleh tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.
7. Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup/bawang n bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.
10. *Boleh tambah lada bangla,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
[Makanan Malaysia Terbaik]

Berkongsi Agar Aku Lebih Faham
Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian.
- Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman -

Tuesday, August 5, 2014
ReSepi PeBeret AKu
Copy & paste lagi resepi kawan2 yang pelbagai versi ni sbb apam ni satu2nya peberet aku...
APAM GULA HANGUS
Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
2 sudu besar mentega
1 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung serbaguna @ (1 cwn tpg gandum + 2 sudu kecil soda bikarbonat-gaul & diayak)
4 bji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara
masukkan gula pasir ke dlm kuali,masak hingga gula cair & menjadi perang.tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis,kacau rata
masukkan mentega,kacau hingga cair & sejukkan.
putar telur hingga kembang & pekat.masukkan susu pekat manis kacau rata.masukkan tepung,kacau rata & akhir sekali masukkan adunan gula hangus & esen vanilla.pukul hingga rata & perap selama 2-3 jam.
tuang adunan kedlm loyang yg telah dilenser dgn mentega.bakar pd suhu 160c selama 40 minit @ sehingga masak.(ikut oven masing2).
tutup suis dan biarkan kek selama 10 minit didlm oven.keluarkan dr oven biar sehingga sejuk,bru potong

Saturday, August 2, 2014
BOIKOT
QUNUT NAZILAH
اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ وَ المُجَاهِدِيْنَ وَ المُسْتَضْعَفِين , فِى فَلَسْطِين وَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestin dan semua tempat dan di semua masa.
اللّهُمَّ دَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّينْ ِ, اللّهُمَّ أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِّرْكَ و المُنَافِقِيْنَ
اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan perhimpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kurangkan bilangan dan senjata mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
اِهْزِمِ الكُفَّار , اِهْزِمِ اليهود, اِهْزِمْ أَمَرِيْكَا وَمَنْ وَلاَّ هُمْ , وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan mereka dan berilah kemenangan kepada kami terhadap mereka. Kalahkanlah yahudi, kalahkan Amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
أَنْتَ قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قُوَّتِنَا , اللّهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا وَ َنْحنُ عِبَادُكَ
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
اللّهُمَّ ارْزُقْنَا شَهَادَ ةً فِىْ سَبِيْلِكَ , رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
وصلى الله على رسوله الكريم
Daging Masak Hitam
Bahan-Bahan:
500 gm daging [dipotong nipis]
1 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/k serbuk jintan putih ] bancuh dgn air rebusan
4 s/b minyak masak
5 s/b kicap pekat
1/2 cawan jus asam jawa
Gula secukupnya
Bahan Mesin
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
15 tangkai cili kering
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan jintan yg dibancuhkan hingga wangi.
Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga lembut. Bila sudah lembut, masukkan kicap pekat.
Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Rasakan garamnya.

BISKUT FERRERO ROCHER
Bahan-bahan:
250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)
Cara-cara:
-putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
-masukkan esen vanilla.
-masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
-panaskan oven suhu 150c.
-bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
-bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
-golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
-bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
-cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang...
Puding Coklat Oreo
Bahan-bahan:
1 bungkus agar2 tali(37.5gm)
1300 ml air
1 1/2 tin susu cair
1 1/2 cwn gula
3 sudu besar serbuk koko
1 bungkus biskut oreo
Cara2:,,
Masak puding dan air hgga hancur.
Masukkan gula, biar menggelegak n gula hancur.
Masukkan susu cair. Ble menggelegak kluarkan 4 cwn agar2.
Baki dlm periuk tu dicampurkan dgn tepung kastad n serbuk koko. Kacau sebati.
Tuang separuh agar2 coklat dlm loyang n sejukkan dlm petiais. Dah mengeras, cakarkan permukaan agar2 tersebut. Susun biskut oreo diatas lapisan coklat n tuang adunan putih td.
Sejukkan dan ble agak keras tuang separuh lg adunan coklat keatas lapisan oreo.
Sejukkan hgga agar2 menjadi keras n blehlah dihidangkan,,,

Si Kembar Yang Cute
Comel sungguh anak sedara kembar aku ni. Achik yang mmg suka ngan budak2 kecil terutamanya yg perempuan mmg tak lepas..asyik dok meriba je...
Peluk Bantal
Aku dan bantal peluk, kadang2 tak dpt pisah juga....hrmmm ini rupanya karektor org yang suka peluk bantal time tidur..rasa2 mcm mengena je...
Friday, August 1, 2014
Ziarah Raya
Raya ke-4 & ke-5 bersama suami dan anak2 menziarahi adik kedua iaitu angah yang telah berpindah ke Taman Paya Rumput Perdana, Melaka bermula Julai 2014 hari tu...baru sebulan berpindah, alhamdulillah, Seronok juga dapat duduk rumah sendiri, nasib baik angah ni pandai merancang..banyak beli rumah buat aset, selain KL dan Kelantan...tup2 dapat pindah ke Melaka...senang sikit, tak yah dah sewa rumah..duduk rumah sendiri rasa lebih selesa. Laman yang luas tenang mata memandang.
Subscribe to:
Posts (Atom)