Wednesday, May 14, 2014

CUCI BUAH PINGGANG ?


Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan daun sup, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.

Caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan ke dalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! 

Hati-hati ....jangan tersalah beli...

Tips Sihat


Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:
1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

 
Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!

Perkongsian daripada Majalah Asuh

Monday, May 12, 2014

Jom cuBa mi ReBus seDaP

Pepagi ni member dok share resepi mi rebus ni kat Fb..nampak mcm sedap je....apa2pun sebelum tangan lentikku menari di dapur,aku share dulu resepinya kat dairi aku ni...namapun dairi...catatlah apa yg blh muat.  kan..
katAnyA..........
MEE REBUS
haji wahid johor bahru
paling meletup paling sedap terbaikkk



Bahan
3 paket mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
2 ketul kiub pati lembu
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
Cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.
Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara untuk Kuah
Rebus ubi keledek, kemudian buang kulitnya. Rebuskan juga daging bersama kiub pati lembu dalam periuk berasingan dengan dua cawan air.
Kisar keledek, rebusan daging bersama air rebusan dan taucu yang telah dicuci. Asingkan dalam mangkuk pertama.
Kisar pula bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, halia dan udang kering.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai yang telah dititik. Kemudian tumis lengkuas, bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari kacau rata
kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. Masak sampai mendidih. Tambahkan hanya 2 cawan air. Kita tambahkan air rebusan ketam. Kalau nak bajet, air rebusan daging tu pun boleh
Goreng tauhu, kemudian kerat empat atau 6 atau 8.
mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Mee rebus yang sedap dan lazat
SELAMAT MENCUBA

Sunday, May 4, 2014

Satu ketika dulu

Intai2 gambar ni.....teringat kawan2 masa dok sibuk buat modul BM SJKC/T 2 tahun yang lepas....




















Saturday, May 3, 2014

Indahnya Memori Bersama Slideshow Slideshow

Indahnya Memori Bersama Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow Indahnya Memori Bersama Slideshow Slideshow to Pahang and Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor