Thursday, September 27, 2012

~ApaM GuLa hAngus~

Macam2 versi ada tapi yang ni aku nak kongsi dari Secuit Rasa...nampak cute je apamnyer...
cute kan..gebuss gitu..
Jom kita cuba...
Resepi : Apam gula hangus
resepi dari : Puan Zuriana Abd Latif

Kongsi Dari Blog Secuit Rasa

Bahannya:


2 biji telur (guna telur omega tapi dibuang pusatnya)

1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 sudu Bsr margerine
2 sudu Bsr susu pekat
11/2 cwn tepung gandum
1 susu teh ( kfc) soda bikarbonat
sedikit esen vanila ( blh ditambah ikut cita rasa)

*  tepung dan soda bikarbonat diayak bersama ketepikan.


Cara:


1.     Masak gula pasir tanpa air sehingga keperang-perangan.Kacau sehingga sebati

2.     Bila  gula dah larut dan berwarna perang tutup api sebentar.Add 1 cwn air .Buka api kembali kacau gula sehingga larut.( hati-hati semasa addkan air akan ader sidikit percikan gula)
3.     Blend telur,minyak,susu dam margerine sehingga sebati dan telur menjadi kembang ( lebih kurang 3 minit)
4.     Add gula yg telah dihanguskan tadi.Kisar rata lagi sehingga sebati.
5.     Bila semua bahan dah sebati addkan tepung yg tlh diayak bersama soda bikarbonat tadi ke dlm blender kisar lagi sehingga sebati.
6.     Panaskan kukusan dan addkan bhn kisar kedlm loyang yg tlh disapukan dgn sedikit mentega.
7.     Kukus selama 40~ 45 minit @ sehingga masak( bila dicucuk dgn lidi ..lidi x basah)


* Bole juga diletakkan di dlm acuan lompang dan alaskan dgn cwn kertas....

Sunday, September 23, 2012

~PemBaZiran~

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu Pengetahuan

-Membazir jika tidak diamalkan untuk kebaikan.


Amalan
-Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayan

-Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah.

Hati

-Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan

-Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta

-Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNya.

Masa

-Membazir jika tidak diuruskan sebaiknya.

Akal

-Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir

-Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
 
 
 

~ Doa PeNgIkat KaSiH SaYaNg~

Ayat yg perlu dibaca bagi mengelakkan perkelahian suami isteri ketika mengerjakan Ibadah Haji/Umrah.

Jadikan sebagai amalan setiap kali selepas solat fardhu.
Semoga kekuatan kasih & sayang di antara suami/isteri/anak2 InsyaAllah akan kukuh.


~Share Dari Iman & Amal ~

╰☆╮•♥ TamaN HeRba sHaH Alam ♥•╰☆╮

16 September 2012...sekolah cuti 1 Malaysia...nak wat pe ye...jom jalan-jalan kat Taman Kelahiran Shah Alam













~ Sambal Hitam Pahang With LuV ~

Malam ni nak kongsi resepi kegemaran mak & my Encik Suami..Terkenal di negeri Pahang, aku pernah makan tapi tak pernah buat. Intai2 FB kawan.. dapat la resepi ni dari Faziatun Nisa' yang dikongsikan dlm FB Chef and Charity Club with Smile.
 
                           Sambal Hitam Pahang

1 cawan belimbing yg direbus

2 cawan ikan bilis
1 cawan cili padi
2 1/2 biji bawang holland
Gula
Garam
Kicap lemak manis
Minyak untuk menumis

Rebus belimbing dalam periuk tanpa air. Biar ia reneh dlm jusnya sendiri sehingga ia bertukar warna kecoklatan.

Hiris 1/2 biji bawang.
Blend cili, ikan bilis, bawang dan belimbing dlm food processor.
Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang di blend.
Goreng sehingga kering, perasakan dgn garam dan gula.
Masukkan sedikit kicap.
Tapis minyaknya dan sambal disimpan dalam bekas kedap udara.

~SElAmaT MeNCuba ~

Friday, September 21, 2012

~IniKaH YaNg DiKataKan RiNdu~

Rindu Rasanya . . .
Ditarbiah,
Ditegur bila tersalah,
Diingatkan bila terleka,
Dipujuk bila terluka. . .

Rindu rasanya,
Ditanya,
Bila ada yang tak kena. . .

Rindu rasanya,

Pada dia yang peduli.
Dan bila cuba menyimpan rapi,
Menyembunyikan luka dan segala calar di hati,
Dia tahu dan perasan,
Ada sesuatu sebenarnya yang ingin dikongsi. . .


Rindu pada gengaman tangannya,
Memberi semangat saat goyah.
Rindu pada usapan tangannya pada bahu,
Saat sebak menjengah.
Rindu pada kata-kata semangatnya. . .

Tak selamanya kita kuat,

Dan tak selamanya kita boleh bersendiri,
Dan kadang-kadang,
Yang kita perlukan...
Bukanlah orang yang boleh memahami dan mengerti,
Tapi seseorang yang boleh dipercayai untuk berkongsi. .
.

~Adam Hawa, seGandiNgaN TaNpa SuArA~

~ Perlukah Aku Senyum ~

Cerita dua hari lepas tapi tak sempat nak coret kat sini..
My Encik Suami dapat tawaran jadi pensyarah kat IPG di Batu Pahat. Berita yang mungkin menggembirakan hatinya sebab boleh lari sekejap dari suasana sekolah dan student2 5 LN yang nakal dan tak mau belajar tu. Tapi bila ingat jauh dan terpaksa berpisah ngan anak2 dan madamnya buat sementara, hatinya jadi gundah gulana. Aku tak nak mempengaruhinya apa2, memberi sokonganpun tidak. Maklum la kena tinggal. Dah hampir 20 tahun hidup bersama, tup tup di usia yang hampir senja ni nak berpisah pulak..tak mungkin kuizinkan andai aku mampu mengatur putaran dunia. Namun apa mampuku. Aku hanya mampu berserah, biarlah my Encik Suami buat pilihan sendiri.
Cinta dan kasihmu my Encik Suami tetap kuhargai.



Monday, September 17, 2012

Makaroni Bakar with Cheese

Makaroni bakar with cheese(versi senang sikit) ni aku kongsi dari page sahabat FB aku "Jom Kita Masak Sendiri". Nampak senang, ada masa nanti boleh la aku cuba...apa2 pun share dulu kat Dairi aku ni.

BAHAN-BAHAN :

300 gm macaroni - direbus sampai kembang

500 gm ayam/daging cincang
1 cawan cheese monzarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

CARA MEMASAK :

1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.

2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.


3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.

Friday, September 14, 2012

~ Petua Anak Selalu Keluar Malam ~

Sebenarnya malas nak bercerita..tapi bercerita jugalah..mengenangkan ank aku si angah ni..hobinya keluar malam..kadang2 risau aku dibuatnya. walaupun dah berjanji nak balik awal tapi kadang2 tu tersasar juga. Pengaruh kawan2 buat aku betul2 risau mengenangkan dia baru form 4, tahun depan dah SPM. Sambil2 berFB dapat juga aku berkongsi ilmu ni. InsyaAllah akan aku amalkan membaca surah Ar Rum ayat 31 bacaannya sbyk 33 kali. Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi.Mudah2an paparan di sini dapat juga dimanfaatkan bersama.

31. "Hendaklah kamu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadanya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik."





Ayat 31 ini juga boleh dijadikan doa agar isteri, suami atau anak menjadi taat kepada Allah

Cara mengamalkannya ialah :

1.Bacalah ayat 31 ini (sebagai doa) sebanyak 33x setiap kali selepas solat dan mohonlah hajat anda kepada Allah Ta’ala.

2.Boleh juga dibacakan ayat ini dan ditiupkan ke dalam air minuman. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pasangan (suami/isteri) atau anak anda.

InsyaAllah, yakinlah, dengan kemuliaan dan keberkatan ayat al-Quran yang anda amalkan sebagai doa ini, pasti mustajab dan meninggalkan kesan positif.
 

Rujukan :
http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/01/surah-ar-ruum.html
http://www.ahadees.com/arabic-surah-30-60.html