Monday, February 28, 2011

Aku Merinduimu...

Aku merinduimu.....
Tatkala aku menghidu wangian kuntuman mawar,
Aku merinduimu
Tatkala aku menjamah manisnya halwa,
Aku merinduimu....

Tatkala aku merenung indahnya sang rembulan,
Tetapi,
Aku lebih merinduimu...
Tatkala aku menadah tangan...
Menitipkan doa kesejahteraan buat dirimu...

Andai hari ini....
Kita lakar sebuah senyuman bahagia
Kerana cinta....
Esok belum tentu tawa menjadi setia pada cinta.....
Bahagia,suka, gembira bukan hasil lakaran cinta..
Namun ianya lahir daripada ketentuan dariNya

Erti Persahabatan

Mengenali seseorang itu,
Kadangkala membuat kita ketawa,
Mengenali seseorang itu juga..
Kadangkala membuat kita mengalirkan airmata...
Sesungguhnya,
Mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa....
Rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu..
Tetapi, sedarilah kita...
Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah...
Biarpun hadirnya hanya seketika 
Dan....
Sekadar teman Sementara...
Bersyukurlah dengan kehadirannya...
Kerana barangkali melaluinya kita mengerti...
Apa itu erti PERSAHABATAN....




Thursday, February 24, 2011

Petua Dapurku

BERKONGSI PETUA

CARA MEMEKATKAN SUP

Ramai yang terlebih air ketika menyediakan sup hingga menjadikannya lebih cair.Tetapi jangan risau….masih ada cara untuk memekatkannya kembali. Caranya mudah saja…Masukkan sedikit kentang rebus yang telah dilenyek. Jumlahnya bergantung kepada kepekatan yang diingini.

MENYEDAPKAN SAMBAL TUMIS

Bagi menghasilkan sambal tumis yang sedap anda blh menggunakan cara termudah semasa menumis. Tambahkan sedikit santan pekat dan sedikit madu ketika sedang menumis. Selepas itu masak seperti biasa….Selamat mencuba.

KERANG REBUS LEBIH ENAK

Hidangan kerang rebus memang menjadi kegemaran ramai. Tetapi bagaimana mahu memastikan ia lebih enak? Cuba petua ini…Rebus kerang bersama sedikit gara tanpa menambahkan air. Kandungan air di dalam kerang sudah memadai untuk memasakkannya. Hasilnya, rasa kerang akan lebih manis...Selamat mencuba...kalau tak manis..senyum2lah  bagi manis yer...

 

Monday, February 21, 2011

SHEILA ON 7 ~ SephiA


Terkadang siang terasa sunyi...
Kicau tidak terdengar lagi.....
Walau jinak tidak disangkari...
Tidak terhalang ke mana pergi....

Tiba malam terasa sepi...
Kunang tidak berkerdip lagi..
Takdir dan waktu tidak serasi...
Berlain arah mengejar misi...

Dalam hidup terkadang ada misteri
Melupakanmu tidak sesekali....
Benarlah kata pepatah....
Ada tiga perkara yang akan sentiasa terpahat di hati kita...
Seseorang yang kita cintai,
Seseorang yang tidak dapat dilupakan,
Dan seseorang yang tidak dapat kita maafkan...

Saturday, February 19, 2011

INDAHNYA BAHASA BUKAN SEKADAR KATA-KATA

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka peti.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Sebaik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh
.

Angah Memang Boleh!!

Hari ni aku berkesempatan pergi tengok acara sukan anak2 aku kat SMK Seri Tualang. Memang aku tak duga sama sekali apabila ada cikgu yang datang bagi tahu aku dan hubby yang tengah berdiri kat padang tentang anakku Angah. Angah memang berbadan besar...baru umur 15 tahun namun beratnya dah nak mencecah 100kg..bayangkanlah..lebih berat daripada hubby aku yang tahun ni umurnya 50 tahun. Mujur juga Angah tingi...Rasa macam tak percaya... Angah masih mampu mendapat 2 medal emas dan yang lain2nya. Tidak menghampakan!!!Hari ni aku nampak kesungguhan Angah ketika acara akhir tarik tali.Memang Angah bersemangat...Aku apalagi terjerit2 kat padang memberikan semangat buat Angah. Akhirnya berjaya juga Angah menghadiahkan mata buat rumah sukannya Rumah Shahbandar, Tahniah Angah!!

Petua Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadahAllah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosaIstighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemahBerbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lainMenunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawatAda hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyakIbnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagiMenurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahimNabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwudukSeorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. BersedekahSedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat DhuhaAmalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentuZikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. BerdoaBerdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnyaSiapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. BertawakkalDengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Perkongsian daripada Blog Fairuz Sulaiman dan diberi sentuhan oleh Rehanis Hanie..Semoga mendapat manfaat bersama

Amalan Ayatul Kursi


Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya”.

5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insya Allah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi pada akhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi pada akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi pada akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi pada akhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengembalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insya Allah!

Berdua-duaan di Alam Siber Sama Seperti Berkhalwat

(MyMetro) - Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.
Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.
“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.
“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah SWT rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya

Rakan-rakan yang disayangi..
Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya.... sama ada baik atau buruk....  
Itu lah ujian tanpa sempadan yg termoden dan terkini...nak tgk apa, nak bual apa, dah sampai masanya spt yg disabdakan Rasullullah saw,
"Pada suatu zaman nanti, akan ada umat yg dpt sampai ke seberang dunia dgn sekelip mata",
dan ada yg berzina di tepi jalan spt keldai ...ini lah zaman itu,,,...!!!

Kalau berlaku persefahaman suami-isteri, kalau berlaku kecurangan, kalau berlaku keretakan rumahtangga, kalau berlaku ... entah apa-apa lagi ... senarai yang tidak ada penghujungnya ... jangan salahkan internet, jangan salahkan hp, jangan salahkan social network, jangan salahkan ... ah banyak lagi ...
 Biar bertindak sebagai suami atau isteri dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur, dan komited...

Friday, February 18, 2011

Novel Pilihanku- Bab 4

CINTA DARI ISTANA - Adah Hamidah

PINTU bilikku diketuk perlahan. Mujur aku sedang melipat telekung dan sejadah yang baru selesai digunakan. Aku segera membuka daun pintu. Terpacak seorang wanita yang aku kira umurnya sama seperti inang-inang di istana. Aku tersenyum memandang wanita itu, senyuman yang ku...buat-buat.

"Piya, mari tolong mak cik sediakan makan malam." Tangan aku ditarik lembut oleh wanita itu. Aku sekadar mengikut arahannya.

Sekitar ruang dapur aku perhatikan. Cuba mengenal pasti barang-barang yang terdapat di situ. Semuanya aneh, tidak dapat aku cam. Rasa menyesal pula melarikan diri dari istana. Mana mungkin seorang puteri sepertiku mampu hidup seperti rakyat biasa. Membantu dayang mengemas bilik tidak pernah, inikan pula turun ke balai masakan bekerjasama. Jadi bagaimana aku dapat mengenal semua peralatan memasak di dapur ini?

"Piya tolong hidangkan makanan kat meja makan ya."

Aku mengangguk mendengar arahan yang diberikan.

"Angkat mangkuk nasi dulu, lepas ni bubuh air basuh tangan pula."

Dengan penuh berhati-hati, mangkuk yang berisi penuh nasi itu aku sambut bila dihulurkan oleh wanita itu. Aku melangkah laju ke meja makan dan meletakkan mangkuk itu di atas meja.

"Lain dah siap. Piya tolong bubuh air basuh tangan. Mak cik nak naik atas kejap, panggilkan Ra’if dengan Puteri," pesan wanita itu sebelum membawa keluar dulang yang berisi air berwarna merah berserta beberapa gelas.

Aku memandang kabinet yang pinggan mangkuk banyak tersusun di atasnya. Air basuh tangan? Aku pasti air itu yang akan digunakan untuk membasuh tangan, sama seperti di istana. Di istana, bekas tembaga berukiran emas digunakan sebagai mangkuk untuk mengisi air mencuci tangan. Melilau mataku mencari kalau-kalau bekas yang sama ada di situ, namun aku hampa. Lantas aku menggeledah mencari mangkuk yang bersesuaian.

Aku tersenyum puas. Mangkuk itu, walaupun berlainan daripada mangkuk yang biasa aku gunakan di istana, tapi aku rasa itulah mangkuk yang paling sesuai apabila melihatkan bentuknya. Apa yang lebih penting, mangkuk itu siap bertutup dan ini akan dapat mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam air cuci tangan itu nanti. Jadi aku keluarkan sekadar perlu dan mengisi air daripada saluran kepala paip di singki.

Semua telah siap dihidang bila ahli keluarga Ra’if Arjuna turun untuk makan. Aku yang sudah pun duduk mula bangun bila melihat mereka semua melangkah menuruni anak tangga.

"Aik, siapa yang lipat tisu ni? Dah macam makan malam diraja pula dah. Siap berlilin-lilin bagai." Ra’if Arjuna tersenyum dalam katanya.

Aku juga begitu. Berasa bangga. Tidak sia-sia usaha aku mengeluarkan helaian tisu dari dalam kotak yang terdapat di atas meja lalu menggubahnya menjadi bentuk yang aku sendiri tidak pasti. Ada empat bentuk kesemuanya. Perihal lilin pula, mujur juga aku terlihat lilin di dalam laci kabinet dapur semasa menggeledah mencari mangkuk tadi. Maka dapatlah aku jadikan makan malam mereka sekeluarga lebih istimewa.

"Piya ke yang buat semua ni?" Ra’if Arjuna menyoal dengan senyuman yang lebarnya sampai ke telinga.

Aku mengangguk kepala.

"Awak ni pernah ada pengalaman kerja dalam istana ke?" Ra’if Arjuna masih dengan tawanya.

Aku pula tidak tertelan liur mendengar kata-katanya.

"Tengok tu, mak, mangkuk air basuh tangan pun seorang satu. Dah tu, letak dalam bekas isi kuih raya pula tu." Kali ini Ra’if Arjuna tergelak besar sambil mengangkat bekas bercorak bunga timbul itu.

Aku canggung. Tidak tahu apa yang lucu sangat. Salah ke aku menggunakan mangkuk itu? Saiznya yang agak panjang menyebabkan aku memilihnya sebagai tempat mengisi air mencuci tangan. Aku rasa bila tangan dicelupkan ke dalam air itu, pasti tidak akan tumpah. Kini wanita itu pun turut sama ketawa.

"Apalah kakak ni, itu pun tak tahu. Bekas ni guna masa hari raya ajelah." Anak kecil itu berkata.

Aduh, mengapa semuanya tidak menjadi! Aku mengeluh dalam hati.

"Sebenarnya ini merupakan satu kaedah terbaru bagi mengelakkan air daripada tertumpah. Mungkin keluarga Ra’if Arjuna boleh cuba mempraktikkan cara terbaru ini." Aku membuat alasan yang sememangnya tak masuk dek akal. Mana aku tahu bekas itu sebenarnya bekas mengisi kuih raya. Di istana bekas yang digunakan langsung tidak sama.

"Sudah, sudah! Mari kita makan dulu, nanti sejuk pula lauknya. Piya mari makan sekali." Wanita itu mengarahkan.

Seusai membaca doa, masih ada baki ketawa yang dapat aku dengar daripada Ra’if Arjuna. Aku jadi sakit hati. Tergamak Ra’if Arjuna mentertawakan beta! Tunggulah pembalasannya. Hatiku tidak henti berbicara. Sakit hati kini melebihi rasa rindu aku kepada istana.

Uhukh! Uhukh! Wanita tua itu segera menepuk-nepuk belakang tubuh Ra’if Arjuna bila mana Ra’if Arjuna tersedak ketika meneguk air. Anaknya, Puteri Darwisyah, aku lihat berhenti menyuap makanan. Dia mula berdiri di atas kerusi dan melakukan aksi yang sama dengan neneknya. Nampak sungguh cerdik.

"La, kenapa sampai boleh tersedak ni?" Cemas suara ibu Ra’if Arjuna.

"Itulah namanya ketulahan!" Ops! Aku menutup mulutku. Terlepas pula kata yang tidak sepatutnya. Cari nahas betullah! bisik aku perlahan.

"Apa awak cakap, Piya?" Ra’if Arjuna menggagahkan juga dirinya untuk berbicara biarpun suaranya masih tersekat-sekat.

Aku pula jadi kaget. Mulut ini entah kenapa terlalu lancang pula berkata-kata.

"Barang kali Ra’if Arjuna tercekik ketulangan agaknya." Serta-merta aku merubah kosa kata, cuba menyelamatkan diri.

"Itulah, banyak sangat ketawanya, kan dah tersedak!" Ibu Ra’if Arjuna masih terus menepuk belakang tubuh anaknya itu.

Aku segera mengangkat pingganku dan menuju ke dapur. Aku urut dadaku perlahan, tanda lega! Selepas ini aku harus lebih berhati-hati ketika berbicara. Belum pun sehari aku di sini, namun rasa sengsara sudah mula menggunung. Selepas ini entah apa pula yang berlaku. Sedang aku sendiri tidak mampu membantu menguruskan rumah ini, jadi bagaimana harus aku menjadi pengasuh yang baik demi memastikan aku terus kekal tinggal di sini?

Saat ini terbayang dayang-dayang di istana. Kalaulah mereka ada, pasti aku tidak menghadapi masalah seperti ini.

AKU termenung sendirian di dapur. Rasa seperti hendak menangis bila mengenangkan permintaan si kecil itu. Namun aku segera menadah air di dalam cerek kecil untuk dijerang seperti yang diarahkan. Masalahnya kini cuma satu. Bagaimana hendak aku menyiapkan secawan air Milo untuk anak Ra’if Arjuna?

"Manalah beta tahu macam mana nak buat air!" bebelku sendirian sementara menunggu air yang kutadah memenuhi cerek. Selepas menutup paip, aku menghampiri pula dapur gas. Lama aku berdiri di situ, memerhati dan meneliti dengan penuh sabar. Mencari punat-punat yang mungkin akan menyebabkan dapur itu menyala bila aku menekannya. Namun gagal, ternyata usahaku sia-sia.

Aku jadi malas. Hati mula bergelora, rasa marah. Kenapa aku yang harus buat kerja-kerja begitu, sedangkan aku seorang puteri? Geram rasanya!

"Apa masalah ni?" Ra’if Arjuna bertanya bila melihat aku duduk berteleku di lantai dapur.

"Entahlah, Ra’if Arjuna. Sudah banyak kali dicuba. Namun dapur ini seakan-akan tidak mahu memberikan kerjasama. Barangkali rosak agaknya." Aku mendapat akal. Seperti biasa penipuan aku lakukan. Sekurang-kurangnya dapat juga aku pelajari cara bagaimana memasang dapur itu apabila Ra’if Arjuna membuat cubaan nanti. Hatiku menari gembira.

"Gas habis agaknya." Ra’if Arjuna bersuara. Dia segera memulas punat yang ada pada bahagian atas dapur itu. "Menyala aje ni!" tambahnya lagi.

Aku pula sudah mampu tersenyum. Ideaku berhasil. Oh… begitu cara menggunakannya, barulah beta tahu! Aku tersenyum kelat. Cerek di tangan aku serahkan kepada Ra’if Arjuna. Ra’if Arjuna memandangku lama sebelum menyambut cerek itu kemudian meletaknya di atas api yang bernyala.

"Sementara kita tunggu air mendidih, saya nak test awak dulu pasal barang-barang elektrik kat dapur ni. Awak dah bersedia, kan?"

Jantungku hampir gugur bila mendengarnya. Bala datang lagi. Tidak mungkin aku terselamat kali ini.

"Kenapa nampak macam risau aje? Awak tak tahu apa-apa ke pasal barangan elektrik?" tanya Ra’if Arjuna curiga. Mungkin dia pandai membaca hatiku atau mungkin juga aku yang sebenarnya tidak tahu menyembunyikan perasaan sendiri sehingga mampu dihidunya.

"Masalah? Mana mungkin, Ra’if Arjuna. Usahlah diperkecil-kecilkan diri ini. Teruskanlah!"

Ra’if Arjuna ketawa kecil sambil menggeleng kepala bila itu aku sampaikan. Aku mengumpul kekuatan dalam diri. Mengharap apa saja yang keluar dari mulutku nanti dapat menggambarkan betapa aku arif tentang semuanya.

"Yang ini apa? Awak tahu macam mana nak guna?" Ra’if Arjuna meletakkan tangannya pada satu benda yang kelihatan seperti mangkuk besar.

Aku tersenyum. Seolah-olah mengejek soalan yang diberikan itu terlalu mudah untukku. Walhal mataku ligat membaca setiap patah perkataan yang tertulis di situ. Rasanya seperti peralatan memasak. Tapi untuk memasak apa?

"Tahu ke tidak ni?" Ra’if Arjuna bertanya lagi. Mungkin bosan menunggu aku berfikir.

"Ini pastinya, peralatan menanak nasi" Senyumku semakin lebar. Mujur ada tertulis perkataan rice cooker pada peralatan itu. Jadinya, aku berjaya menjawab soalan itu dengan jayanya.

"Tahu tak macam mana nak guna?" Ra’if Arjuna berterusan bertanya lagi.

"Kalau tidak salah, cara penggunaan semua peralatan menanak nasi sama sahaja. Adakah yang satu ini mempunyai kelebihan-kelebihan lain yang tidak diketahui?" Aku memulangkan kembali soalan yang tidak dapat aku jawab itu.

Masih terngiang-ngiang kata Abang Indera, kalau tidak mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang tiba, jawablah kembali pertanyaan itu dengan persoalan yang hanya akan buat penyoalnya kebingungan. Itulah cara terbaik melepaskan diri dalam situasi yang memaksa kita untuk berlari. Ternyata cara itu berjaya, bila Ra’if Arjuna cuma menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

Ra’if Arjuna kemudian berjalan mendapatkan satu lagi peralatan elektrik. "Yang ini pula?"

"Kalau yang ini, lagi mudah, inikan alat pengisar!" Aku tersenyum bangga. Kalau setakat benda ini, tidak payah nak duga betalah. Ingat di istana tidak ada televisyenkah? lagak hatiku sendiri.

Nasib baik satu ketika dulu aku ada menonton iklan di kaca televisyen berkenaan dengan pengisar yang sama. Jadi, aku terselamat lagi. Kehidupan di istana serba lengkap. Semuanya ada, apa yang tiada di situ? Cumanya, hanya aku yang tidak diberikan kesempatan untuk menonton televisyen. Takut isi-isi yang dipaparkan mempengaruhi aku, kononnya. Selain berita, dokumentari dan rancangan-rancangan ilmu, yang lainnya tidak dibenarkan.

Bunyi aneh pada dapur gas membuatkan aku sepantas kilat menoleh ke arah dapur itu. Terkejut aku apabila melihat air mula keluar dari muncung cerek. Api yang tadinya bernyala hampir padam bila air menyimbah. Bimbang dimarahi Ra’if Arjuna, aku segera menghampiri dapur itu dan menggunakan kedua-dua belah tanganku mengangkat cerek untuk dialihkan tempatnya.

"Piya, jangan!" teriak Ra’if Arjuna.

"Argh… panasnya!" jerit aku kuat. Cerek itu akhirnya aku lepaskan apabila merasa terlalu panas, sehingga sendiri tidak tertahan. Habis airnya tumpah ke lantai.

Ra’if Arjuna menjarakkan diri. Dia terselamat. Jadi mangsanya adalah aku seorang. Habis tangan dan kakiku terkena air panas. Aku sempat memandang Ra’if Arjuna sebelum duniaku gelap.

AKU membuka mata perlahan. Rasanya seperti sudah lama aku melelapkan mata. Ra’if Arjuna aku perhatikan sedang lena di atas sofa, namun emak dan anaknya tidak pula kelihatan. Aku memandang sekeliling. Bilik itu bukan bilikku. Ruangnya agak besar berbanding dengan bilik tempat aku berteduh di rumah Ra’if Arjuna. Kini mataku beralih pula pada kedua-dua belah tanganku yang dibalut kemas. Jadi aku yakin, pasti kini aku sedang dirawat di balai kesihatan. Otak mula mengingatkan kembali kejadian yang menimpa.

"Aduh!" Aku cuba untuk bangun. Namun kakiku terasa pedih.

Ra’if Arjuna terjaga daripada tidurnya. Mungkin suaraku tadi mengejutkan dirinya. Ra’if Arjuna bangun kemudian menarik kerusi untuk duduk di sampingku.

"Saya tak tahulah apa masalah awak ni, Piya. Awak tahu tak tindakan awak tadi bahaya? Takkan itu pun awak tak boleh nak fikir?" Muka Ra’if Arjuna merah menahan marah.

Aku hanya mampu memandang wajahnya. Tiada perkataan yang terluah. Manalah beta tahu. Beta cuma mahu mengelak supaya api tidak padam! Aku hanya mampu membalasnya dalam hati. Sememangnya itulah perkataan utama yang aku fikirkan. Tidak mahu api terpadam gara-gara limpahan air yang keluar dari muncung cerek. Kalau itu berlaku, pasti aku akan dianggap tidak tahu membuat kerja. Aku tidak mahu itu berlaku. Risau jika dihalau keluar. Nanti ke mana lagi boleh aku pergi membawa diri?

"Saya dah buat keputusan. Awak saya berhentikan. Lepas keluar hospital, awak boleh kemas barang awak dan cari kerja lain." Ra’if Arjuna lantas bangun bila selesai berbicara.

Aku tersentak dengan kata-katanya. Beta diberhentikan? Cis, berani sungguh Ra’if Arjuna! Jangan fikir beta akan melangkah keluar dari rumahnya. Dato’ Andika sudah bersusah payah membantu beta keluar dari istana dan beta tidak akan mudah mengalah. Keras hatiku berbisik. Aku tahu aku harus lakukan sesuatu. Aku tidak boleh membiarkan Ra’if Arjuna menghalauku keluar dari rumahnya.

"Abang Arjuna…" seru aku penuh kelembutan. Tiba-tiba saja lidahku menukar panggilan buat Ra’if Arjuna. Aku tahu itu cara terbaik untuk meraih simpati daripadanya.

Ra’if Arjuna yang baru sahaja ingin melangkah keluar, akhirnya menghentikan langkahnya. Namun langsung tidak dia menoleh ke arahku.

"Sebenarnya, Piya sebatang kara di sini." Aku memulakan lakonan. Cuba meraih simpati daripadanya.

"Piya benar-benar memerlukan pekerjaan. Jikalau Abang Arjuna tidak mahu memberikan apa-apa bayaran pun tidak mengapa, asalkan sudilah kiranya Abang Arjuna menumpangkan Piya di rumah. Piya akan berusaha keras membantu dan menjaga Puteri Darwisyah dengan sebaik-baiknya," pohonku penuh sayu.

Aku tahu, pasti Ra’if Arjuna akan bersimpati kepada aku. Ra’if Arjuna kembali menghampiriku. Ada senyum pada bibirnya, jadi aku tahu yang aku telah berjaya. Inikan Puteri Mahkota, bicaraku sendirian.

"Baiklah, saya akan pertimbangkan. Tapi dengan satu syarat." Penuh angkuh wajah Ra’if Arjuna ketika ini.

"Katakanlah, Abang Arjuna, pasti Piya akan bersetuju dengan syaratnya." Ada sedikit resah di jiwaku. Entah apa syaratnya. Tidak tahu sama ada aku mampu memenuhinya ataupun tidak.

"Bagi saya satu sebab yang logik, kenapa saya harus menggaji orang pelik dan tak tahu buat kerja macam awak ni?" soal Ra’if Arjuna.

Aku terkedu. Mana mungkin aku ada jawapan itu. Otak mula ligat memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang mampu menghalang aku daripada dihalau dari rumahnya. Tapi apa sebabnya? Apa kelebihan yang aku ada? Aduh! Dato’ Andika, tolong beta! jerit batinku.

"Awak tak perlu bagi jawapan sekarang, awak saya bagi masa berfikir. Sekurang-kurangnya sebelum awak keluar dari hospital."

Segala yang dikatakan Ra’if Arjuna cukup jelas untuk aku faham. Sekarang, semuanya terpulang pada jawapan yang akan aku berikan. Aku memejamkan mata. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini, pohonku.

Puteri Darwisyah dan neneknya membuka pintu bilikku dari luar. Ada bungkusan yang dibawa oleh mereka. Aku tersenyum bila bungkusan yang mengandungi beberapa biji epal diserahkan kepadaku. Walaupun mereka baru sahaja mengenaliku, namun mereka tidak sedikit pun melayanku seperti orang asing.

"Piya macam mana?" Ibu Ra’if Arjuna bertanya. Tangannya menyentuh lembut pergelangan tanganku. Kerana itu, aku tiba-tiba jadi teringatkan ibunda, sebak rasa di dada. Sudah tentu ibunda risaukan diriku ketika ini. Namun aku berharap surat yang aku tinggalkan sedikit sebanyak buat ibunda faham mengapa aku bertindak sebegini rupa.

"Alhamdulillah, rasanya tidak ada apa. Cuma kecederaan ringan sahaja." Aku tersenyum. Ikhlas dari lubuk hatiku.

"Itulah, lain kali kena hati-hati," sambungnya lagi memberi khidmat nasihat.

Aku mengangguk kepala tanda mengerti.

"Kakak, ayah mana?" Puteri comel itu pula bersuara. Rasa tenang bila memandang wajah si kecil itu.

"Kakak pun tidak tahu, barangkali keluar untuk makan," balasku lembut.

"Nenek nak pergi cari ayah sekejap. Puteri duduk sini temankan kakak ya!" Ibu Ra’if Arjuna sempat berpesan sebelum meninggalkan aku dan Puteri Darwisyah berdua.

Selepas itu, kami hanya mendiamkan diri. Puteri Darwisyah memandangku, begitu juga dengan aku yang hanya memerhati Puteri Darwisyah. Dia sedikit pun tidak berganjak daripada duduknya, apatah lagi mengeluarkan suara.

"Puteri tahu tidak, Puteri amat cantik, bagai bulan purnama." Aku mula memancing Puteri Darwisyah yang kelihatan kebosanan.

"Cantik macam bulan? Kakak pernah pergi ke bulan ke?" Puteri Darwisyah mula menghampiriku, katil dipanjatnya dan dia mula duduk di sebelahku.

"Kalau kakak kata pernah, Puteri percaya atau tidak?" Aku cuba menduga.

"Percaya!" Cepat sahaja jawapan itu keluar dari mulut Puteri Darwisyah. Aku tergelak kecil. Begitu mudah dia mempercayai kata-kataku.

"Kakak, kat bulan ada apa? Boleh tak kakak bawa Puteri pergi ke bulan? Ayah tak pernah bawa Puteri pergi bulan!" Puteri Darwisyah benar-benar berharap.

Aku tersenyum lagi. Puteri… Puteri… Sedang beta sendiri tidak pernah naik ke sana, bagaimana pula hendak membawa kamu terbang ke bulan? kata hati kecilku.

"Boleh, tapi kalau mahu naik ke bulan, kita perlu menyiapkan sayapnya dahulu. Sesudah itu barulah boleh terbang ke bulan." Sengaja aku mereka alasan yang akan membuatkan Puteri Darwisyah berputus asa.

"Kalau macam tu, kakak tolonglah puteri siapkan sayap. Nanti bolehlah kakak terbang sama-sama dengan Puteri." Puteri Darwisyah begitu berharap, kasihan pula aku melihatnya.

"Tangan kakak kan cedera, bagaimana kakak mahu membantu Puteri?" Aku terus-terusan mencipta alasan.

"Alah, nanti kalau tangan kakak dah baik, barulah kakak tolong Puteri buatkan sayap tu."

Aku tersenyum mendengarnya. Mana mungkin itu berlaku. Bila tanganku sudah baik, entah-entah aku sudah pun kembali ke istana. Sehingga sekarang aku masih tidak dapat memikirkan alasan yang baik untuk terus kekal tinggal di rumah Ra’if Arjuna.

Alasan! Aku memeluk Puteri Darwisyah serta-merta. Rasanya aku sudah ada jawapan yang diperlukan oleh Ra’if Arjuna. Sebab yang pastinya akan membuatkan aku terus kekal di rumahnya. Sebagai pengasuh kepada anaknya.

"Betulkah Puteri mahu kakak tolong sediakan sayapnya?" Aku memulakan rancangan, cuba menjajah hati si kecil itu.

"Nak… nak!"

"Kakak memang mahu sangat membantu Puteri menyediakan sayap ke bulan, tapi rasanya mungkin kakak tidak dapat bantu Puteri." Rencana aku mulakan. Mahu ataupun tidak, aku perlu lakukannya.

"Kenapa pula, kakak?" Puteri Darwisyah mengerutkan dahi. Soalan itulah yang aku tunggu-tunggu.

"Kakak perlu pulang ke kampung, ayah Puteri sudah tidak mahu kakak tinggal bersama-sama dengan Puteri lagi. Kata ayah Puteri, kakak tidak pandai menjaga Puteri." Aku memasang umpan, semoga umpan itu berjaya.

"Alah ayah ni, Puteri nak kakak jaga Puteri!" Puteri Darwisyah meronta. Patung beruang di tangannya diramas kuat. Aku tersenyum, ternyata taktikku berjaya.

"Tidak mengapalah, Puteri, nanti mungkin Puteri akan dapat kakak baru. Tapi, tidak tahulah pula sama ada kakak baru Puteri itu tahu cara-cara untuk membuat sayap ke bulan." Satu per satu langkah aku atur kemas.

"Tak nak! Puteri nak kakak juga yang jaga Puteri! Kakak pandai buat sayap," sambung Puteri Darwisyah lagi.

Hahaha… Hatiku bernyanyi gembira. Kali ini pasti berjaya. Ra’if Arjuna, beta seorang puteri, masakan seorang rakyat jelata seperti kamu mampu menewaskan beta? Jangan bermimpi untuk menghalau beta keluar dari rumah itu. Denyut hatiku berbicara bangga.

Novel Pilihanku

BAB 14-CINTA DARI ISTANA - Adah Hamidah

RA’IF ARJUNA dan Faiz sudah sekian lama keluar menunaikan Solat Jumaat. Solat yang menjadi kewajipan kepada setiap insan yang memegang gelaran lelaki.
...
Hari ini masuk hari kedua Ra’if Arjuna bercuti, langsung tidak pulang ke Kuala Lumpur. Mungkin risau meninggalkan aku dan Faiz di sini, dugaku. Padahal dia sendiri yang menyatakan bahawa kerjanya di pejabat begitu banyak sekali.

Hatiku kian senang, tiada lagi bunyi-bunyi bicara yang ingin menyatukan aku dan Faiz. Pastinya Ra’if Arjuna sudah menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak. Cepat juga dia bertindak. Pasti takut beta disambar orang! Ketawa besar hatiku mengatakan itu bersama malu yang mencuit rasa.

Ra’if Arjuna, Ra’if Arjuna... mengapa berat benar mulutnya untuk menyatakan cinta yang ada? Tapi tidak mengapa. Aku ingin menyaksikan sendiri sejauh mana dia mampu menahan rasa hati yang kian dicubit cintaku. Pasti sakit terasa.

Hampir jam 2.00 petang, barulah Ra’if Arjuna dan Faiz pulang ke rumah. Puteri Darwisyah terus saja berlari mendapatkan ayahnya.

Itu juga ingin aku lakukan... menyambut kepulangan Ra’if Arjuna dengan penuh kasih sayang. Namun apa hak aku untuk melakukannya? Jadi aku hanya duduk memerhati dua beranak itu berpelukan antara satu sama lain, sepertinya telah lama terpisah.

Faiz cuma tersenyum di muka pintu dan mencubit manja pipi gebu Puteri Darwisyah sebelum mengambil tempat duduk di sebelahku. Hatiku kurang sedap dengan tindakan Faiz itu. Nanti tidak pasal-pasal Ra’if Arjuna melemparkan tuduhan kepadaku. Tuduhan berlebih-lebihan melayan Faiz, padahal aku tidak pernah mengambil langkah untuk mendekati Faiz. Langsung tidak pernah.

Panahan mata Ra’if Arjuna sungguh tajam menikam, memerhati aku yang tidak berganjak dari tempat duduk. Bukan aku tidak mahu merubah tempat duduk. Kalau ikutkan hatiku, dari tadi lagi sudah aku lakukan itu. Tapi aku juga terikat. Serba salah. Tidak mahu Faiz beranggapan songsang bahawa aku sengaja melarikan diri daripadanya. Aku tiada pilihan lain selain terus saja duduk di kerusi itu.

Lagipun, ibu dan ibu saudara Ra’if Arjuna pun ada di situ. Takkan dengan tiba-tiba sahaja aku bangun menukar tempat duduk? Nanti apa pula fikir mereka.

"Piya, bawa Puteri bersiap, saya nak bawa dia keluar jalan-jalan!" arah Ra’if Arjuna dengan suara yang mendatar.

Aku senang dengan arahan yang disandarkan di bahuku. Setidak-tidaknya aku tahu bahawa Ra’if Arjuna tidak sanggup terus melihat aku duduk bersama-sama Faiz di situ. Aku dapat mengagaknya dengan yakin!

"Kamu nak ke mana, Ra’if?" soal ibunya, berminat untuk mengetahui rancangan anak lelaki tunggalnya itu.

"Nak bawa Puteri jalan-jalan kat Bandaraya Melaka." Spontan Ra’if Arjuna menjawab sambil membawa Puteri Darwisyah menghampiriku.

"Aik, pagi tadi mak ajak kamu ikut kami semua menziarah pak usu, kamu kata letih. Dah ni nak pergi jalan-jalan pula?" Ibu Ra’if Arjuna menggelengkan kepalanya.

Ra’if Arjuna hanya menjawab soalan itu dengan senyuman yang lebar, seperti ada udang di sebalik batu. Puteri Darwisyah diserahkan ke pangkuanku dan si kecil itu terus memelukku.

"Kamu nak pergi dengan Puteri aje ke? Larat ke kamu nak jaga nanti?" Giliran mak long menyuarakan pertanyaan.

"Itulah, ingatkan nak bawa Piya sama. Tak larat pula nak jaga Puteri tu sorang diri."

Hati sedikit tersentak. Getar di jiwa kian berkumandang. Menghabiskan masa bersama Ra’if Arjuna pastinya adalah saat yang amat menggembirakan. Jarang berpeluang meraih saat-saat seperti itu, jadi jika berpeluang aku mahu menggunakan kesempatan itu untuk terus memahat namaku di hati Ra’if Arjuna, sebaris dengan arwah isterinya. Aku tidak akan berputus asa membuat Ra’if Arjuna untuk menyuarakan rahsia hatinya, tekadku tanpa henti.

"Apa kata macam ni, kita naik satu kereta aje? Lepas kita hantar mak dengan mak ngah pergi rumah pak usu, kita geraklah ronda-ronda Melaka," Faiz memberikan cadangan.

"Maksudnya, Faiz nak ikut abang sekalilah?" Pantas Ra’if Arjuna bertanya.

"Yalah, Abang Ra’if. Faiz pun dah lama tak pusing-pusing Melaka. Tak jadi masalah, kan?"

Aku patah hati bila Faiz menyuarakan keinginannya untuk turut serta dalam rancangan yang Ra’if Arjuna aturkan. Punah harapan! Kenapa tiba-tiba saja dia ingin ikut sama, sedang katanya dia amat merindui pak sunya ketika cadangan untuk menziarah pak su dikemukakan oleh ibu Ra’if Arjuna. Sekelip mata sahaja dia menukar fikiran. Tidak berpendirian langsung, marahku dengan sikap Faiz.

"Abang memang tak ada masalah. Kalau Faiz nak ikut, jomlah!" Ra’if Arjuna memberikan persetujuan. Entah ikhlas entah tidak.

Aku terus saja membawa Puteri Darwisyah, meninggalkan ruang tamu. Keputusan muktamad telah diketahui. Ibu dan ibu saudara Ra’if Arjuna akan bertandang ke rumah adiknya manakala aku, Ra’if Arjuna, Faiz dan Puteri Darwisyah akan bersiar-siar di sekitar Melaka.

Namun jauh di sudut hati, aku memanjatkan kesyukuran. Sekurang-kurangnya aku berpeluang untuk meninjau negeri yang telah tersenarai dalam peta dunia sebagai bandar raya warisan dunia, setanding dengan bandar raya lain di seluruh dunia. Pasti ia menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila diberikan penghormatan dan anugerah itu oleh pihak UNESCO, salah sebuah badan yang diiktiraf dunia. Sedangkan negaraku, Sri Alamar, masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan sehebat itu.

MELILAU anak mataku melihat panorama petang yang penuh dengan kesibukan. Setelah meletak kenderaan yang entah di mana tempatnya, kami semua turun dari kereta, berjalan menuju ke sebuah bangunan lama. Aku seakan pernah melihat bangunan yang lebih menyerupai kubu pertahanan itu. Lantas otakku ligat menyelak kembali lembaran sejarah dunia yang pernah diajarkan kepadaku.

Pasti ini Kota A’Famosa, sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Kubu yang dibina dengan menggunakan runtuhan masjid dan beberapa bangunan lain itu diarahkan pembinaannya oleh Alfonso De Albuquerque. Ya, aku masih ingat gambar kubu yang terdapat di dalam buku tebal milikku itu ketika mempelajari tentang sejarah negara-negara Asia.

"Cuba Piya teka, kita kat mana sekarang ni?" Faiz bertanya sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di kubu pertahanan yang penuh dengan nilainya yang tersendiri.

Aku sekadar mengangkat bahu. Berpura-pura tidak mengetahuinya. Padahal, kalau mahu, boleh saja aku menceritakan tentang sejarah Melaka yang dulunya cukup terkenal dengan sumber alam sehingga menjadi rebutan beberapa buah negara besar seperti Portugis, Belanda dan British.

"Ni Kota A’Famosa, kubu pertahanan Portugis. Tapi kalau Piya nak tahu lebih lanjut, Piya kenalah tanya pada Abang Ra’if sebab abang tak berapa mahir sangat hal-hal sejarah ni."

Aku tersenyum saja mendengar celoteh Faiz. Ra’if Arjuna di belakang seakan tidak mahu turut serta, berkongsi maklumat. Dia langsung tidak membenarkan aku memegang Puteri Darwisyah sedangkan tadi dialah yang beria-ia ingin membawaku bersama bagi membantunya menjaga Puteri Darwisyah.

Kami berempat menaiki anak-anak tangga sampai ke atas bukit untuk melihat pemandangan indah dari situ. Udara yang segar di atas bukit itu aman, menenteramkan jiwa. Aku memerhati beberapa batu-batu yang diukirkan perkataan-perkataan yang tidak langsung menarik minatku untuk membacanya. Aku tertanya-tanya apa rasionalnya tindakan beberapa orang pelawat yang membaling kepingan syiling ke dalam sebuah lubang yang telah dibesikan jarang.

"Orang cakap, kalau kita campakkan duit dalam lubang tu sambil berhajat, hajat kita akan jadi kenyataan."

Seperti mengetahui apa yang bermain di fikiranku, Faiz terus saja menerangkan. Mungkin kerana aku merenung lama perbuatan pelawat-pelawat itu.

Syirik! Hanya itu perkataan yang sesuai buat pelawat-pelawat yang menjunjung ajaran Islam tetapi turut sama melemparkan hajat. Aku mengucap panjang dalam hati. Moga dijauhkan daripada sesuatu yang hanya membuatkan aku tidak dipandang oleh yang Maha Esa. Bagaimana mereka boleh mempercayai perkara tahyul begitu sedangkan hanya Allah yang mampu menunaikan kehendak setiap hati bernama manusia?

Setelah berpuas hati, barulah aku kembali turun, mengikut laluan anak tangga. Bila aku mula turun, Faiz dan Ra’if Arjuna juga melakukan perkara yang sama. Entah di mana silapnya, kakiku seperti tidak berpijak pada anak tangga ketika menoleh ke arah Ra’if Arjuna di belakangku, membuatkan aku hampir saja jatuh. Mujur Faiz sempat menahanku daripada jatuh. Kalau tidak, pasti aku sudah berguling-guling jatuh di tangga. Mataku dan Faiz bertaut. Lidahku kelu.

"Piya okey?" Persoalan Faiz akhirnya mematikan pandangan kami berdua. Ra’if Arjuna turut terhenti daripada melangkah.

Aku cuma mengangguk perlahan. Malu sungguh terasa. Ramai pengunjung yang memerhati. Aku kembali berdiri, namun rasanya kaki kiriku tidak mampu. Rasa sakit pada buku lali. Pasti terseliuh. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan saat itu. Masih banyak lagi anak tangga yang harus aku lepasi. Malu pula meminta bantuan daripada Faiz. Tapi bagaimana lagi? Takkan aku mahu meminta simpati Ra’if Arjuna pula?

"Abang Arjuna dan Abang Faiz, turunlah dahulu. Piya mahu berehat sebentar di sini. Menghilangkan rasa sakit." Aku berterus terang. Tidak mahu mereka terus-menerus menungguku.

"Dah terseliuh ni? Jomlah abang pimpinkan Piya turun."

"Tidak mengapalah, Abang Faiz, sekejap lagi pasti baik." Aku menolak bantuan yang ingin dihulurkan oleh Faiz. Bukan apa, aku lakukan itu semata-mata kerana Ra’if Arjuna. Tidak mahu Ra’if Arjuna bertambah sakit hati.

"Dah, jom! Jangan nak mengada-ada. Sampai bila nak tunggu kat sini? Faiz, tolong abang pegangkan Puteri. Bawa Puteri turun dulu. Biar abang bawa Piya turun perlahan-lahan."

Arahan daripada Ra’if Arjuna tidak dibantah oleh Faiz, namun ada riak keberatan untuk menunaikan permintaan itu. Aku mengikut saja kehendak Ra’if Arjuna, tidak mahu dia makin marah. Perlahan-lahan aku dipimpin Ra’if Arjuna untuk turun menyelusuri anak tangga. Perjalanan itu terasa amat membahagiakan sekali.

"Macam mana awak jalan? Mata letak kat mana?" Ra’if Arjuna membebel perlahan, namun dekat di telingaku.

Aku hanya mendiamkan diri, sudah terbiasa dengan itu. Seperti selalu, aku hanya menganggap bebelan itu sebagai ayat-ayat cinta daripada Ra’if Arjuna untuk diriku. Macamlah aku tidak dapat membaca hatinya. Pasti dia lagi risau bila Faiz menawarkan pertolongan kepadaku. Aku melangkah perlahan, biar lebih banyak masa bersama Ra’if Arjuna.

"Boleh tak awak tolong hati-hati sikit?" sambung Ra’if Arjuna lagi, menambahkan rasa cinta di hatiku ini.

Aku tetap diam. Tidak mahu bersuara. Saat itu aku hanya mahu mendengar suaranya yang bisa membuatkan aku terapung di langit cintanya.

Kami duduk berehat seketika sambil menikmati cendol, betul-betul di hadapan bangunan merah, di seberang jalan. Gerai-gerai kecil yang ada di sepanjang bangunan Stadthuys itu menjual cenderahati yang pelbagai. Aku hanya memerhati dari jauh, tidak larat untuk berjalan ke situ. Kakiku masih sakit, tidak berupaya rasanya untuk berjalan jauh. Cendol di dalam mangkuk yang tidak sebesar mana itu aku hirup perlahan. Sedap terasa membasahi anak tekak yang sememangnya kehausan.

"Nak terus balik ke ni?" Faiz bersuara.

"Ingatkan nak bawa Puteri tengok istana Melaka. Tapi dah Piya pun tak larat nak jalan, kita balik ajelah." Ra’if Arjuna menolak mangkuk cendol yang telah kosong.

"Istana Melaka?" Aku bertanya. Rasa rindu pada istana di Sri Alamar mula mencengkam dada sehingga ingin juga rasanya aku melepaskan rindu yang kian bergaris panjang itu dengan menyaksikan keindahan istana Melaka yang dimaksudkan oleh Ra’if Arjuna.

Cuba aku gerakan sedikit kakiku, masih sakit seperti tadi, sedikit pun tidak ada yang kurang. Aku memandang Faiz kemudian mengalihkan anak mataku pada Ra’if Arjuna yang masih lagi menyuap cendol pada mulut anaknya.

"Jauh sangatkah istana Melaka itu? Rasanya kaki Piya sudah tidak apa-apa." Cuba aku nafikan rasa kesakitan yang masih ada.

"Tak jauh mana pun, Piya, jalan depan sikit aje." Faiz membalas pertanyaanku.

"Tak payahlah, lain kali aje kita pergi!" Ra’if Arjuna tekad. Sedangkan aku tidak mahu kehilangan peluang berharga itu.

"Alah, ayah... Puteri nak pergi istana." Puteri Darwisyah merengek manja. Bijak sungguh fikirannya sehingga apa yang terlintas di mindaku dapat dirasainya.

Aku berbangga. Mungkin Puteri Darwisyah sebenarnya sudah sejiwa denganku. Melihatkan senyuman Ra’if Arjuna yang tiba-tiba menguntum mekar, hatiku jadi senang sekali. Pasti permintaan anaknya itu akan ditunaikan.

Aku menahan sakit kaki, berjalan menuju ke istana Melaka. Merah padam mukaku menahan kesakitan. Mujur Ra’if Arjuna dan Faiz tidak perasan. Semata-mata untuk melihat istana, aku kuatkan juga langkah kaki. Perjalanan terasa jauh. Mungkin kerana kesakitan yang aku alami.

Setelah membuat bayaran di kaunter, kami diberikan tiket untuk masuk ke dalam kawasan istana. Kiri dan kananku dipenuhi dengan tumbuhan yang menghijau sepanjang perjalanan menghampiri pintu masuk istana. Sejuk mata memandangnya. Istana yang diperbuat daripada kayu itu aku amati dengan senyuman yang tidak lepas-lepas. Besar juga istana itu, tetapi masih belum dapat menandingi keluasan istana di Sri Alamar. Kalau tidak salah perkiraan, luasnya kawasan istana di Sri Alamar adalah hampir berpuluh ganda besarnya daripada istana Melaka itu.

"Mengumumkan ketibaan Puteri Diraja Sri Alamar, Tuan Puteri Piya!" Faiz ketawa di hujung katanya.

Hampir luruh jantungku mendengar pengumuman yang dibuat Faiz yang berlagak seperti sedang memegang watikah di atas tangga. Perutku senak, dada terketar-ketar menarik nafas yang tersekat-sekat. Sakit kaki tidak lagi aku rasa. Yang ada cuma rasa gementar atas apa yang diperkatakan Faiz. Tidak terlangkah anak tangga yang sudah pun berada di depanku.

Aku berpura-pura tersenyum. Menjadikan kata-kata Faiz itu umpama satu jenaka yang tidak masuk akal. Walhal, kalaulah bumi bisa berbicara, pastinya mereka terkejut mendengar hakikat yang sebenar-benarnya. Seraya itu juga rindu pada istana menjengah, mengintai jendela hati. Terasa seperti aku sudah kembali ke pangkuan keluarga tercinta yang selama ini jauh di mata.

Padahal, aku masih jauh daripada insan-insan yang aku sayang dan dari bumi pertiwi yang telah menyambut kelahiranku dengan bangganya. Dato’ Andika langsung tidak aku hubungi dan aku yakin dia amat risau tentang kedudukanku pada saat ini. Aku juga tiada daya. Biarlah. Untuk sedikit masa lagi aku akan menghubunginya untuk mengutuskan perkhabaran dan jika keadaan di istana sudah kembali pulih seperti apa yang aku harapkan, aku dengan rela hati akan membenarkan Dato’ Andika menjemputku untuk kembali ke duniaku.

Tapi, bagaimana pula dengan Ra’if Arjuna? Pasti hidupku kosong tanpa dirinya. Andai itu berlaku, adakah Ra’if Arjuna juga akan turut merasai kehilanganku? Atau dia akan berasa lega kerana tiada lagi orang yang akan mengganggu-gugat cintanya terhadap arwah isterinya itu? Resah hati mencari jawapan.

Replika patung yang memegang tombak dan bermisai tebal yang berada betul-betul di hadapan pintu masuk istana berjaya mencuri pandanganku. Replika yang berpakaian seperti pahlawan itu aku tenung lama sambil melangkah masuk perlahan-lahan dengan bantuan Faiz. Ra’if Arjuna memegang anaknya, menaiki tangga.

"Jemput masuk, tuan puteri, jangan malu-malu. Kamar beradu sudah patik sediakan... siap dengan dayang-dayangnya sekali." Faiz tidak sudah-sudah berbicara sesuatu yang pedihnya menusuk hingga ke tulang.

Tidak tahan terus disakat begitu, aku menunjukkan wajah kelat kepada Faiz. Berharap dia mengerti bahawa aku tidak menyukai jenaka yang hanya buat aku terseksa dan sengsara kerana semua itu hanya mengingatkan aku kepada siapa aku yang sebenarnya. Sedangkan aku sudah mula jatuh cinta pada kehidupan sebagai seorang rakyat biasa.

"Okay, sorry!" Faiz menutup mulutnya dengan tangan dan aku mula rasa lega.

Hanya terdapat replika di dalam istana yang besar itu. Aku fikirkan itu adalah istana sebenar yang menjadi tempat tinggal keluarga diraja. Rupa-rupanya, istana itu juga merupakan replika yang dibina untuk tujuan pendidikan dan pelancongan. Aku tertawa sendiri memikirkan itu. Patutlah dengan mudah-mudah saja orang awam dibenarkan masuk melawat istana itu.

Pelbagai busana yang dipamerkan menarik hatiku. Semuanya berasal daripada negeri-negeri yang berbeza. Sungguh cantik pakaian tradisi masyarakat Melayu. Tertarik juga bila melihat semuanya sehinggakan aku langsung tidak sedar bahawa pada ketika itu aku tidak lagi bersama-sama Ra’if Arjuna dan Faiz. Mereka menghilang entah ke mana. Tidak aku pedulikan. Aku terus saja menjelajah di setiap sudut di dalam istana replika itu. Dari satu kawasan, aku berjalan perlahan ke kawasan lain.

Bila penat mula terasa, aku duduk menunggu di atas kerusi kayu panjang yang disediakan di sepanjang laluan dalam istana yang unik itu.

Kini barulah aku faham dengan lebih jelas tentang sejarah dan budaya masyarakat Melayu Melaka. Sejarah peradaban yang cukup hebat dan patut dibanggakan. Peristiwa Parameswara yang duduk di bawah pokok Melaka melihat sendiri pelanduk yang menendang anjing buruannya ligat berputar-putar di fikiran, silih berganti dengan sejarah tentang pahlawan terbilang Melayu iaitu Hang Tuah lima bersaudara. Kisah yang cukup menyentuh hati dan perasaan.

Hati membuat kesimpulan bahawa budaya masyarakat Melayu Melaka saling tidak tumpah seperti budaya hidup rakyat Sri Alamar kerana aku sedikit pun tidak merasa asing bila melihat setiap apa yang dipamerkan di istana itu. Malah rasanya aku lebih dekat dengannya.

"Kakak!"

Jeritan Puteri Darwisyah mematikan lamunanku. Puteri Darwisyah berlari laju menghampiriku manakala Ra’if Arjuna hanya tersenyum melihat gelagat anaknya sambil mengekori langkah laju anaknya. Faiz pula masih belum dapat dikesan kedudukannya. Puteri Darwisyah meminta agar dirinya didudukkan di atas pahaku, jadi aku mengikut saja keinginannya. Puteri Darwisyah aku angkat dan letakkan di atas pahaku.

"Kakak, tadi kan Puteri tengok banyak orang yang tak bergerak. Puteri pukul dia orang pun dia orang tak gerak. Terror!" Bersungguh-sungguh Puteri Darwisyah bercerita.

"Benar?" tanyaku sengaja melayan kerenahnya.

Ra’if Arjuna yang mula duduk di sebelahku turut tersenyum dengan cerita yang disampaikan oleh Puteri Darwisyah.

"Betul, kakak, kalau kakak tak percaya, kakak tanya ayah. Kan, ayah?"

Satu ciuman hinggap di kepala anak kecil itu.

"Kaki tuan puteri dah okey ke?" seloroh Ra’if Arjuna tanpa memandangku.

Setiap kali perkataan ‘tuan puteri’ itu keluar dari mulut insan-insan di sekelilingku, hatiku bergembur resah. Semua penipuan yang sedaya upaya cuba aku lupakan menjelma kembali. Alangkah bahagianya jika aku tidak dilahirkan daripada keluarga diraja, tidak perlulah aku melakukan pembohongan-pembohongan itu.

Argh! Mengapa pula aku mempertikaikan takdir yang telah ditulis untukku? Di luar sana, ramai memasang angan-angan agar berpeluang untuk hidup sepertiku. Hidup sebagai seorang puteri raja yang berpeluang memiliki apa sahaja. Aku sepatutnya bersyukur dengan apa saja yang ditetapkan oleh-Nya buatku. Sekurang-kurangnya yang Maha Esa masih memberi peluang untuk aku merasai nikmat menjadi seorang rakyat biasa walapun untuk seketika.

Mohon ampun, ya Allah. Tidak akan ada lagi persoalan yang mempersoalkan jalan takdir yang telah Kau cipta untukku! Dengan penuh keinsafan aku memohon keampunan-Nya.

"Nah, ambil ni!"

Pelik sungguh aku dengan Ra’if Arjuna. Setiap kali kami duduk bersama, ada saja barang yang ingin dia serahkan kepadaku. Aku memandang lama plastik di tangannya, teragak-agak untuk menerima pemberiannya itu.

"Ambil ajelah. Jangan risau, saya takkan potong gaji awak! Murah aje pun." Ra’if Arjuna cuba menepis senyum yang terukir di bibirnya.

Tiada langsung alasan untuk menolak pemberian Ra’if Arjuna itu. Tanganku mengambil plastik merah yang tertulis banyak perkataan terima kasih pada permukaannya. Aku membuka lipatan plastik itu. Perlahan-lahan aku keluarkan isi di dalamnya. Terbeliak mataku melihat apa yang diberikan oleh Ra’if Arjuna itu. Bila masanya dia membelinya itu untuk aku? Hatiku senang melihatnya.

"Apa ini?" Pura-pura aku bertanya sedangkan sudah aku tahu apa itu sebenarnya. Malas mahu menunjukkan kebijakanku di mata Ra’if Arjuna.

"Kad simlah! Nanti bila sampai KL, saya nak awak pulangkan balik kad sim Ad. Saya tak nak awak susahkan dia. Lepas ni kalau awak perlukan apa-apa, bagi tahu dan minta pada saya aje!"

Aku merenung tepat wajah Ra’if Arjuna bersama persoalan-persoalan yang merempuh kuat dada. Benarkah aku boleh meminta apa saja daripadanya? Bagaimana kalau aku ingin meminta hatinya? Mahukah dia menyerahkan hatinya kepadaku? Kalau aku meminta dia mengumumkan rasa cintanya kepadaku pula, bagaimana?

"Tak payahlah pandang saya macam tu. Saya takkan potong gaji awak lagi."

Ra’if Arjuna tersilap sangka. Andaian itu langsung tidak sama dengan apa yang sedang aku fikirkan sebenarnya.

"Satu lagi, jangan bagi nombor telefon awak tu kat orang lain sesuka hati. Kalau awak nak bagi nombor tu kat sesiapa... bagi tahu saya dulu."

Terlepas juga gelakku, tidak dapat aku kawal lagi. Kata-kata Ra’if Arjuna itu menggaru hatiku. Cukup jelas maksud di sebalik arahannya itu. Telah nyata, hati Ra’if Arjuna sudah aku menangi, cuma pengumuman rasmi saja yang belum dibuat bagi mengesahkan kejayaanku itu.

"Yang awak gelak ni pasal apa?" soal Ra’if Arjuna kehairanan melihat ketawaku yang tidak mahu hilang.

"Abang Arjuna, kalau Piya ingin bertanyakan sesuatu, boleh?" Aku sengaja menduga, membina relung getar di hati Ra’if Arjuna. Puteri Darwisyah aku turunkan dari pangkuan dan si kecil itu terus berlari-lari di hadapan kami, bermain sendiri.

"Nak tanya pasal apa?" soal Ra’if Arjuna yang kelihatan tenang, sedikit pun tidak tercuit.

"Mengenai hati." Aku melancarkan serangan. Membuat bedilan cinta ke semua sudut hatinya. Terkutil juga tingkahnya dengan soalanku itu.

Ternyata serangan pertamaku berjaya. Duduk Ra’if Arjuna tidak lagi setenang tadi. Kini setiap apa yang dilakukannya kelihatan serba salah. Soalanku masih belum ada tanda-tanda akan dijawab, terbiar begitu saja. Tapi Ra’if Arjuna tidak mempunyai cara untuk mengelak daripada menjawab pertanyaanku itu. Mahu ataupun tidak, Ra’if Arjuna terpaksa juga menjawabnya dan aku terus-terusan memandang Ra’if Arjuna, cuba menyerang dari sudut yang lain pula.

Hatiku ketawa girang melihat reaksi Ra’if Arjuna ketika itu. Seperti cacing kepanasan. Biarpun riak tenang cuba dipamerkan pada wajah, namun aku langsung tidak dapat melihatnya. Dalam hatiku sudah mula ketawa, tidak henti-henti. Sudah beta katakan, jangan bermain dengan api. Ini Puteri Mahkota Nur Shaafiah, Puteri Mahkota Sri Alamar, hatiku mendabik dada.

"La, kat sini rupanya!"

Faiz muncul tiba-tiba. Mengganggu rancangan yang baru saja aku ingin bermula. Ra’if Arjuna pula tersenyum, seperti menerima bantuan ketenteraan dari negara jiran. Marah sungguh hatiku dengan Faiz. Mengapa saat ini pula dia muncul?

"Berpusing-pusing Faiz cari Piya dengan Abang Ra’if... Buat pengkalan kat sini rupanya."

Aku tidak memandang Faiz. Hatiku masih marah. Kedatangannya tidak kena pada masa. Jadi aku hanya tunduk memerhati lantai kayu yang berkilat-kilat itu.

"Jom baliklah. Dah petang dah, nak masuk maghrib ni!" Ra’if Arjuna terus bangun mendapatkan Puteri Darwisyah yang masih bermain tidak jauh dari situ.

Aku hanya mampu memandang Ra’if Arjuna. Terkilan juga tidak dapat mendengar jawapan dari mulut Ra’if Arjuna. Tapi tidak mengapa. Gagal sekali bukanlah bermakna aku akan tewas buat selama-lamanya. Aku masih mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi dan membuat serangan mula. Biar aku jajah penuh hati Ra’if Arjuna, menjadikan aku ratu di hatinya. Namun persoalannya kini, mampukah aku melakukannya dengan masa yang entah banyak mana bakinya?