Thursday, June 30, 2011

Surah Yasin Beautiful Recitation w/ English Subtitles Part 1/2



Surah Yasin -Pengertian Setiap Ayat
Ø Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ø Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ø Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ø Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ø Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal . Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Ø Tiupan ke-dua – Hancur
Ø Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padangMahsyar.
Ø Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ø Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ø Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ø Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Surah Yasin

Bantal dan Perwatakan

Kata Mereka....
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul… pergi kedai belilah satu
Jom tidooooooooooooo..zzzzzzzzzzzzz

Wednesday, June 29, 2011

Sedarilah Wanita Kerana Dirimu Begitu Berharga

Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu. 

RIAK

Perasaan yang sering dirasai oleh mereka yang beriman - takut kalau-kalau Allah tak terima amalan baik kita, takut kalau-kalau kita menjadi riak. Tetapi jangan takut riak pada manusia sehingga kita tak jadi nak buat baik ....itu sendiri riak namanya. Riak bererti membuat baik atau sebaliknya kerana manusia. Tidak melakukan kebaikan kerana manusia pun dianggap riak. Contoh - tak mahu ke masjid takut orang kata 'alim sangat - itu riak namanya.

Persoalannya bagaimana kita nak memohon keampunan dari perasaan ini - Nabi ada mengajar do'a kepada kita yang seelok-eloknya dibaca setiap pagi selepas subuh dan petang selepas Asr - iaitu do'a dari buku mathurat.
Ada satu do'a khusus bagi meghindari bab ini. Nabi bersabda, mafhumnya bermaksud, jika ada semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap gelita - nak dibayangkan perasaan riak itu tadi - nescaya Allah ampunkan kita.
Allahuma inna n‘authu bika min an'nushrika bika shai’an na’ lamuh, wa-nastaghfiruka lima la na’ lamuh.

Untuk teks arabnya, sila rujuk homepage ini dan cari di muka surat kedua.
http://www.myqalam.net/umum/almathurat.htm

INDAHNYA IMAN

Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,

yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia-sia.


Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,

kerana Dia tahu hati yang sebeginilah,
selalunya lebih lunak dan mudah,
untuk akrab dan dekat denganNya..."

"Apabila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan airmatamu. Apabila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu. Apabila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. Apabila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya"
Hayatilah kata-kata indah ini semoga ianya boleh menjadi penawar hati yg sedang berduka....


ORANG YANG MUFLIS

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tahukah kamu siapa sebenarnya muflis?” Para sahabat menjawab, ‘Muflis di antara kami ialah orang yang tidak mempunyai wang ringgit dan harta benda.’

Sabda Rasulullah saw, “Sebenarnya muflis di kalangan umatku ialah orang yang tiba pada hari akhirat membawa solat, puasa dan zakat padahal ia mengutuk orang, menuduh orang melakukan zina, mengambil harta benda dengan tidak benar, membunuh orang dan memukul orang lalu DIBERI amal kebajikannya kepada orang itu dan orang ini.

Jika kebajikannya habis sebelum selesai dosa yang ditanggungnya nescaya diambil dosa mereka (orang yang dizalimi) lalu ditanggung ke atasnya kemudian dicampak ke neraka.” (Sahih Muslim [4678], Al-Tirmidzi [2342])

Pengajaran dan Penjelasan :

Menurut DBP, muflis bermaksud tidak berupaya membayar hutang. Ini mungkin saja kerana ia mengalami kerugian dan hutang itu melebihi atau lebih banyak dari hartanya.

Namun muflis menurut hadis ini seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw, muflis tersebut berlaku di akhirat dan bukan di dunia.

Harta yang berharga di akhirat adalah merupakan pahala amal ibadah atau apa sahaja kebaikan yang telah kita lakukan ketika di dunia. Walaubagaimanapun harta ini akan hilang akibat buruk akhlak, sumpah palsu, membunuh dan menzalimi orang lain. Setelah habis pahala dituntut, tetapi masih belum mencukupi maka dosa orang yang dizalimi itu akan ditanggungnya pula. Inilah sebenar-benar muflis.

Antara pengajaran penting dari hadis ini;

1. Mendidik manusia agar memelihara kemurnian hati dan fikirannya agar sentiasa bersih dan seterusnya mewujudkan akhlak yang mulia.

2. Amal ibadah bukan penentu masuk ke syurga. Ia membantu, tetapi dikuatkan dengan akhlak yang baik, amanah, jujur, berbuat baik sesama manusia dan seumpamanya.

3. Jangan sesekali memandang remeh terhadap dosa di atas (mengumpat, menceritakan keburukan dan kelemahan orang, menzalimi orang lain walaupun orang kafir dan sebagainya).

4. Bertaubat dengan sepenuh hati terhadap kesalahan sesama manusia dan meminta maaf kepada yang dizalimi. Berapa ramai antara kita membuat kesalahan sesama manusia tanpa sedar? Facebook terutamanya, kita mengutuk dan menghina orang lain tanpa rasa bersalah. Ketahuilah orang yang anda hina dan kutuk itu akan menuntut pahala anda di akhirat kelak.

Janganlah menyangka ia perkara yang kecil sedangkan dosa sesama manusia itu besar di sisi Allah sehingga si penzalim itu dapat menanggung dosa yang tidak dilakukannya hanya kerana kezalimannya samada dari segi harta benda mahupun maruah terhadap orang itu. Ia akan dipertanggungjawabkan seadil-adilnya di akhirat nanti.

5. Hebatnya hukum Islam. Walaupun si penzalim itu bebas di dunia ini, tetapi di akhirat nanti dia akan menyesal dengan penuh penyesalan dan sesalan pada hari itu tidak bermakna.

6. Berbuat zalim itu dapat menghapuskan amal soleh seseorang. Oleh itu berwaspadalah setiap hari, jagalah pemikiran, lidah dan tubuh badan lainnya dari kebahayaan ini.

Jika ditinjau dari aspek lain;

1. Teknik pengajaran yang baik, iaitu sesi soal jawab antara guru dan murid atau ibubapa dan anak. Ia membantu membuatkan otak berfikir.

2. Janganlah sombong walaupun kita tahu tentang sesuatu perkara. Kemungkinan pengetahuan kita tentang itu sebenarnya salah.

3. Apabila jumpa sesuatu perkataan yang kurang faham dalam hadis atau maknanya yang luas (pelbagai kemungkinan) maka kembali kepada maksud Rasulullah saw dan para sahabat.

Wallahu’alam

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, marilah kita menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang saya kongsikan di sini adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya:
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


Dengan Nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.(Surah as Shura: ayat 11)
Dan Dia Maha mengetahui segala perkara.

Dengan Nama Allah Yang Maha Mencipta dan Mengetahui
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Pembuka (Kemenangan kejayaan) dan Maha Mengetahui

Dengan Nama Allah Yang Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)
Dan Dia Maha Mengetahui dan Maha Waspada

Dengan Nama Allah Yang Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)
Dan Dia Maha (Halim) Penyayang  dan Maha Berkuasa.

Dengan Nama Allah Yg Maha Gagah dan Mulia
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)
Dan Dia Maha berkuasa dan Mulia

Dengan Nama Allah Yg Maha Pengampun dan Penyayang
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)
Dan Dia Maha Pengampun dan Penyayang.
Maka ...  Allah... Dialah sebaik2 Tuhan Yang Memelihara dan Sebaik2 Penyayang dari semua yg penyayang

Tuesday, June 28, 2011

aku tanpa cintamu



Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerana jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya ohhh

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerana jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba

Saturday, June 18, 2011

UJIAN KEIMANAN

1]. KENAPA AKU DI UJI ?
Dalam Surat Al-Ankabut:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(QS. Al-'Ankabut [29] : 2-3)
Dalam Surat Al-Baqarah:
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang
kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang2 terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh Malapetaka & Kesengsaraan, serta digoncangkan
(dgn bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul & orang2
yg beriman bersamanya: "Bilakah datangnya Pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya Pertolongan Allah itu amat dekat." (QS.
al-Baqarah [2]: 214).

2]. KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
Dalam Surat Al-Baqarah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(QS. Al-Baqarah [2] : 216).

3]. KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
Dalam Surat Al-Baqarah:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS. Al-Baqarah [2]: 286)

4]. RASA TERKILAN?
Dalam Surat Ali-Imran:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
(QS. Ali Imran [3] : 139).

5]. BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ?
Dalam Surat Ali Imran:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung."
(QS. Ali Imran [3] : 200).
Dalam Surat Al-Baqarah:
"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu."
(QS. Al-Baqarah [2] : 45)

6]. APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI ?
Dalam Surat At-Taubah:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."
(QS. At-Taubah [9] : 111)

7]. KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
Dalam Surat At-Taubah:
"Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka Katakanlah:" Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung ".
(QS. At-Taubah [9] : 129)
Dalam Surat Al-Insyirah:
"Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(QS. Al-Insyirah [94] : 8).

8]. AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI..!
Dalam Surat Yusuf:
"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(QS. Yusuf [12] : 87).
Dalam Surat An-Nisa':
"Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah selalu membuat perhitungan atas tiap-tiap sesuatu."
(QS. An-Nisa' [4] : 86).

Mari kita berbenah dan terus berbenah...untuk mempersembahkan yg Terbaik dalam masa hidup kita. Dengan torehan Kemuliaan dan Semangat pantang menyerah dimana pun, kapan pun dan dengan siapa pun. Selama Allah SWT menjadi "JUST THE ONE GOAL" Tempat kita Menyembah, Meminta serta Berserah Diri. "IYYA KANA'BUDU WA IYYAKA NASTA'IN": "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (QS. Al-Fatihah [1]: 5).

Untuk itu, hendaklah Kita semua bersyukur atas Nikmat Allah yang selama ini diberikan tidak henti-hentinya dengan cuma-cuma, karena Sesungguhnya ALLAH SWT akan menambah Nikmat kepada orang beriman yang bersyukur, tetapi akan Celakalah orang yang TIDAK BERSYUKUR karena Tunggulah SIKSA dan AZAB yang lebih besar yang akan diterima.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
(QS. Ibrahim [14] : 7).

Insya Allah Kita semua selalu dalam LINDUNGAN ALLAH SWT dan akan "BAHAGIA DUNIA AKHIRAT", sebagaimana Do'a yang sering terlantun: "RABBANA ATINA FID DUNIA HASANAH, WAFIL AKHIRATI HASANAH, WAQINA AZABANNAAR."

AMIIIN....AMIIIN...AMIIIN... YA ROBBAL ALAMIIN.....