photo 627201q5jaigt1eg.gif

Tuesday, November 1, 2011

RESEPI yANG mUdAh- MUDaH- pUDiNg, roTI & ........


PUDING ROTI

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
  • 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
  • 1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
  • kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)
CARA-CARA
  1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
  2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
  4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
  6. Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh makan dengan aiskrim vanilla ataupun vanilla sause.. Yang vanilla sauce ni lain entri..muahaha.. Selamat mencuba..

Roti Cheese Bertelur


BAHAN - BAHAN
  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 keping slice cheese
  • 2 sudu minyak masak (tapi saya suka guna butter)
CARA - CARA
  1. Pukul telur. Nak potong bahagian tepi roti pon boleh, tak nak pon boleh.. Ikut suka..
  2. Ambil 2 keping roti, letakkan kepingan cheese di tengah2.. Belah 2, nak potong serong pon boleh, potong straight pon cantik jugak..hehe..
  3. Panaskan minyak, celup roti ke dalam telur dan goreng sampai kekuningan..
  4. Dah siap, angkat dan ngappp...hehe..Jangan sampai melecur lidah sudahh..

PUDING ROTI KUKUS

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

PUDING TEMBIKAI 


Bahan-bahan

1 paket serbuk agar-agar 15mg
2 keping roti
6 cawan air
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cincau yang dipotong kecil
Pewarna merah dan hijau

Cara-cara
  1. Dalam periuk, rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Kemudian masukkan gula.
  2. Apabila mendidih, masukkan mentega dan susu. Kacau hingga sekata.
  3. Ambil sedikit adunan agar-agar ini dan blend dengan roti hingga sekata. Kemudian tuang semula ke dalam periuk.
  4. Dalam bekas lain, ambil sedikit adunan dan masukkan pewarna hijau sebagai kulit tembikai. Masukkan ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
  5. Masukkan adunan plain (tanpa pewarna) ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
  6. Kemudian, masukkan adunan merah ke dalam loyang. Taburkan cincau untuk dibuat biji tembikai. Bekukan di dalam peti sejuk.

PUDING KARAMEL 


Bahan-bahan

7 biji telur
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu besar esen Vanilla
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 1/2 sudu besar gula – untuk buat karamel

Cara-cara
  1. Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan di atas api yang sederhana. Kacau sehingga warna menjadi perang. Sejukkan loyang.
  2. Pukul telur di dalam bekas atau mangkuk. Masukkan tepung kastard, susu pekat, susu cair dan esen Vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Tuang ke dalam loyang tadi dan kemudian kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  4. Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap jika disejukkan dalam peti ais.
P/s: Gula boleh digantikan dengan karamel segera dalam botol. Boleh juga kalau nak curah karamel ke atas puding yang telah siap.

PUDING KIWI

 
Bahan-bahan (9 biji)

5 gram serbuk agar-agar
2 1/2 cawan air
5-7 sudu besar gula (ikut citarasa)
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi – dikisar dengan 1/2 cawan air
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara
  1. Panaskan air, gula dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair, kiwi yang dikisar dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati dan padamkan api.
  3. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  4. Bila puding sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais.
  5. Siap untuk dihidangkan.
  6. Tips supaya puding kiwi nampak cantik – jangan kisar biji buah kiwi sampai hancur. Boleh juga dihidangkan dengan hirisan buah kiwi. 

Pudding kastad


  • 6 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar susu pekat
  •  4 sudu besar gula
  • 1.5 liter air

Kuah cocktail:
  • 1 tin cocktail (650g)
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak
  • 8 sudu besar gula atau mengikut citarasa
Caranya....

Untuk membuat pudding kastad:
Masukkan tepung kastad ke dalam periuk bersama dengan air dan kacau sebati.
Kemudian tambahkan pula susu pekat dan gula.
Panaskan periuk di atas api yang sederhana.
Kacau sentiasa sehingga adunan pekat dan likat.
Angkat dan masukkan ke dalam acuan.
Sejuk bekukannya di dalam peti ais.

Untuk memasak kuah cocktail:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Hanya perlu panaskan kuah ini sehingga  suam dan gula hancur.
 Kemudian terus angkat.

Sejukkan juga di dalam peti ais. 
Sedia dimakan bersama2 dengan pudding cocktail.

PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan ( satu loyang )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
BINGKA ROTI

7 keping roti 
3 cwn santan
2 @ 3 biji telur
1 @ 3/4 cwn gula
Secubit garam
Kismis dicincang
Sedikit mentega
1 1/2 cwn tepung gandum

Cara2nya

Campurkan roti + santan + telur + garam did lm mangkuk.. biar roti kembang.. kemudian tekan2kan roti dgn senduki bg hancur.. masukkan kismis yg dicincang dan tepung gandum..
Kacas sebati.. sapu mentega di dalam loyang.. tuangkan adunan… taburkan kismis yg dicincang dan cubitkan sedikit mentega dan tabor rata2 di atas adunan…. Masak 175c sehinnga garing…..api atas bawah..

PIZZA PEPERONNI

Doh ( boleh buat 2 loyang saiz 9 inci)
250g tepung gandum
1sb gula
140ml susu segar
1sb majerin
7g yis
1/2st garam

cara..uli mcm biasa nak buat roti

sos..guna apa yg suka..kali nie saya guna sos spagetti kimball saja..tak sempat nak masak sos piza

taburan atas..susun peperoni,lada benggala,bawang,cendawan dll mana yg suka n tabur cheese

bakar suhu 180c selama 20 minit..tgk oven ye

BROWNIES CHOCOLATE MOUSSE

ala-ala secret resepi...
sedap.....rasa mcm ais-cream

BAHAN-BAHAN BROWNIES:
250g mentega
1 1/2cawan gula halus
4biji telur
2sudu teh esen vanila
1/2sudu teh baking powder}
1cawan tepung} AYAK
3/4cawan serbuk koko}
1/2cawan coklat chip

CARA-CARA:
cairkan mentega dgn api kecil.masukkan gula.kacau
masukkan telur dan esen vanila.kacau sebat idan tutup api.
masukkan bahan yang diayak kedalam mentega sedikit-sedikit.
masukkan coklatchip.
guna loyang 10'x10'.sapu loyang ngan mentega dulu baru tuang adunan.
bakar 160'C 25m-30m @ cucuk ngan lidi klau xlekat dah masak la tu.

BAHAN-BAHAN COKLAT MOUSSE:
140g coklat masakan
1sudu besar geletin
100ml air
2biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

CARA-CARA:
masukan geletin ke dalam bekas kemudian tuang air.kacau biar 5minit.
cairkan coklat double boiler.setelah cair padam api kemudian masukkan geletin kedalam coklat.kacau dan biarkan sejuk.
pukul telur sampai kembang(putih berkrim) kemudian tambah gula sedikit-sedikit.
pukul whipping cream sampai berkrim.
campurkan coklat dan whipping cream kedalam telur.kacau sebati.
tuang keatas brownies.hias ngan serbuk coklat diayak diatas kek.simpan dalam peti ais sampai sejuk baru bleh potong.
SELAMAT MENCUBA......

PUDING COKLAT ROS

 
#agar2 peket 18gram,air 5cawan,gula 1cwn
*masak agar2 dgn air sampai hancur kemudian masukkan gula..... 
#6keping roti,1cawan susu cair,1biji telur,1suduteh esen vanila......
*koyak kan roti kemudian masukkan kedlm blender
*masukkan susu,telur&esen vanila....blender sampai hancur semua roti.....
*mskkn bhn yg diblend kedlm agar2 dan gaul sebati
*setelah sebati tapis dan bahagi 2bekas....1bekas letakkn sirap ros dan 1 lagi bekas masukkn 2sudu besr serbuk koko...
*tuang 1senduk merah selepas tu tuang 1 senduk koko...ulang sampai habis
*setelah habis semua nasukkan dlm peti sejuk dan apabila sejuk baru bleh potong.....
bY :SITI RUHALIZA MOHD REJAB

PUDING FRUIT COKTAIL


Bahan2nya :-
agar2 bertali -3 bungkus
air - 11 gelas
gula - 1 1/2 gelas (kalau takut manis letak 1 gelas dulu)
telor - 6 biji
susu cair - 1 tin
fruit coktail - 1 tin
tepung kastard - 2 sudu besar
ising vanila - 1 sudu besar
(telor & tepung kastard tak nak letak pun x apa)

cara2nya :-
masak agar2 dgn air sampai agar2 hancur
pastu tu masukkan gula - masak sampai hancur juga
dlm bekas lain satukan telur n susu - bancuh sampai sebati n masukkan tepung kastard sedikit-sedikit - kepuk sampai sebati (nak blend pun blh)
pastu tu masukkan adunan tadi kedlm agar2 yg mendidih tadi
masukkan ising vanila & fruit coktail tadi
masak api perlahan
bila dah megelegak 2 - 3 kali blhlah diangkat & tuangkan dlm loyang
bila dah sejuk, masukkan dlm peti ais....

No comments:

Post a Comment