Wednesday, August 29, 2012

LAKSA JOHOR


~Resepi Bonda~


 













800 gm spageti – direbus
600 gm ikan kurau
150 gm serbuk kari daging

1 senduk cili kisar
Sedikit tauge
4 ulas bawang merah
Sedikit lengkuas
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 batang serai * bawang merah, lengkuas, bawang putih, halia & serai dikisar (A)

Sedikit udang kering – ditumbuk
1 sudu besar pes udang
2 keping asam keeping
1 batang bunga kantan
2 liter santan
Minyak masak & garam
Cili kering
Pes udang * dikisar dibuat sambal

Cara membuat

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan (A), pes udang dan udang kering.
Masukkan daun kesum dan cili kisar. Masak hingga garing.
Kemudian masukkan serbuk kari, isi ikan, santan, garam dan asam keeping. Biarkan mereneh atas api yang perlahan hingga kuahnya pekat.
Cara menghidang; masukkan spageti dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya dan bubuhkan sayur - sayuran. Hidangkan dengan sambal.



Tuesday, August 7, 2012

ASAL USUL GAMBAR SULTAN PADA DUIT

Pada matawang Malaysia, tertera wajah
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang
pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman
Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan.

Beliau ialah yang Di-Pertuan Besar

Negeri Sembilan (bertaraf Sultan atau
Raja) dari tahun 1933-1960.
Negeri Sembilan adalah sebuah negeri
yang dihuni oleh suku Minangkabau
semenjak abad ke-15 dan dinaungi
oleh kerajaan Melaka pada masa itu.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan

Melaka) lemah pada abad ke-18,
orang Minang meminta izin ke
Sultan Johor agar pemerintah
melindungi mereka. Permintaan itu
diperkenankan dan mereka kembali
ke tanah asal mereka di Pagaruyung
untuk meminta perlindungan dari
pemerintah Pagaruyung pada masa itu.

Raja Pagaruyung menghantar anaknya,

Raja Mahmud (Raja Melewar)
sebagai raja di Negeri Sembilan
yang pertama (bergelar yang
Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya

ada pada mata wang Malaysia itu adalah
keturunan kelima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari
Pagaruyung.

Simpananku buat kenangan

Monday, August 6, 2012

~DOA~


TAMBAHAN:

4. Baca Surah Toha


Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

atau

Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.


Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...