Tuesday, August 7, 2012

ASAL USUL GAMBAR SULTAN PADA DUIT

Pada matawang Malaysia, tertera wajah
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang
pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman
Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan.

Beliau ialah yang Di-Pertuan Besar

Negeri Sembilan (bertaraf Sultan atau
Raja) dari tahun 1933-1960.
Negeri Sembilan adalah sebuah negeri
yang dihuni oleh suku Minangkabau
semenjak abad ke-15 dan dinaungi
oleh kerajaan Melaka pada masa itu.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan

Melaka) lemah pada abad ke-18,
orang Minang meminta izin ke
Sultan Johor agar pemerintah
melindungi mereka. Permintaan itu
diperkenankan dan mereka kembali
ke tanah asal mereka di Pagaruyung
untuk meminta perlindungan dari
pemerintah Pagaruyung pada masa itu.

Raja Pagaruyung menghantar anaknya,

Raja Mahmud (Raja Melewar)
sebagai raja di Negeri Sembilan
yang pertama (bergelar yang
Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya

ada pada mata wang Malaysia itu adalah
keturunan kelima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari
Pagaruyung.

Simpananku buat kenangan

No comments:

Post a Comment