Tuesday, November 1, 2011

RESEPI FROM Daun Kari Masakan India


KACANG POOL AL INDIA

KACANG POOL AL INDIA
1 tin bake bean
200gm sausage ayam,potong bulat
1 biji tomato,cencang
1 sudu teh garam masala
1 sudu makan serbuk kari daging
1 cawan air
1 sudu makan gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan tumis(A)
3 sudu besar minyak
1 biji bawang besar,mayang
1 batang kayu kulit manis
1 kumtum bunga lawang
2 tangkai daun kari
(B)
1 sudu teh paste halia
1 sudu teh paste bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumis A hingga naik bau nya. Masukkan B dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan tomato,serbuk2 dan kacau rata biarkan sebentar. Masukkan ayam,kacang dan air.
3. Kacau rata dan masukkan gula dan garam biarkan mendidih. kacau rata dan masak pekat dan
ayam masak.Boleh di-hidangkan dengan roti,capati,telur goreng.




TAUHU SUMBAT
TAUHU SUMBAT
4 keping tauhu,dipotong segi tiga dan digoreng
5cm timun ,dimayang
1/4 biji sengkuang,dimayang
4-6 helai daun salad romaine
Untuk sos-nya
1 cawan kacang tahan,tumbuk kasar.
60gm asam java,diramas dengan
11/2 cawan air
1cm belacan,kalau suka
1/2 cup gula merah,saya pakai gula merah cap bintang.
1 cawan gula
1 sudu makan serbuk cilli
2 sudu makan minyak masak

1.Panaskan minyak dan tumis  belacan hingga wangi.
2.Masukkan semua bahan2 lain dan masak hingga pekat.


KACANG BUNCIS GORENG


250gm kacang buncis
170gm isi daging ayam atau udang

Bahan Kisar(A)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
2 tangkai cilli kering,buang biji dan rendam
2 cm belacan

1 sudu teh serbuk cilli
1 sudu teh gula
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bahan A dan serbuk cilli hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan goreng hingga sebati. Masukkan buncis,gula,garam dan air.
3. Masak hingga pekat dan kacang empuk.



TALAM KACANG HIJAU
Bahan bahagian bawah
250gm gula
180gm tepung beras
900ml santan
200gm kacang hijau,rebus sampai empuk
Sedikit pewarna hijau
1. Campurkan kesemua bahan di-atas hingga sekata.
2. Kacau di-atas api yang perlahan sehingga sedikit likat.
3. Tuangkan ke-dalam loyang dan kukus sehingga separuh masak.
Bahan bahagian atas
120gm tepung beras
900ml santan
1 sudu kecil garam
1. Bancuh kesemua bahan di atas sehingga sebati.
2. Masak dengan api perlahan sehingga naik wap
3. Tuang di-atas bahagian bawah dan kukus sehingga masak.


KUETIAU GORENG KICAP

100gm kuetiau kering,di-masak hingga lembut dan tuskan
100gm isi ayam,potong kecil
50gm kubis
1 biji telur.goreng hancur
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar air
4 biji bawang putih tumbuk
2-3 sudu besar minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga garing masukka ayam kacau rata
2. Masukkan kicap pekat,kicap cair dan air goreng hingga ayam masak.
3. Masukkan kuetiau dan kacau rata,kalau nampak kering tanpah air sedikit lagi.
4. Masukkan kubis dan goreng hingga kubia masak. Taburkan dengan telur.


KUIH SEPANG

Bahan inti

1 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka
2 helai daun pandan
Gula secukup rasa
Air secukupnya

Masak semua bahan di-atas sampai kering, Sejukkan

500 gm tepung pulut
Santan dan garam secukup nya

Gaul santan dan tepung hingga menjadi doh.

1 biji kelapa,ambil santan.

Bentukkan adunan tepung pulut seperti membuat karipap dan letakkan inti. Buat sampai habis. Letakkan ke dalam bekas dan masukkan ke-dalam pengkukus. Tuang santan dan kukus sampai masak.


ACAR TIMUN

200gm timun,buang biji dan potong panjang
1/2 cawan kacang tahan tumbuk
1 biji bawang besar,potong besar
3-4 sudu makan minyak
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 sudu teh pes halia & bawang putih
1/2 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan cuka
3 sudu makan gula
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

1. Panaskan minyak dan tumis biji sawi,bawang,cili dan pes bawang putih dan halia.
2. Hingga wangi jangan sampai bawang layu. Masukkan serbuk cili,air,gula,cuka dan garam.
3. Biarkan mendidih. Masukkan kacang dan kacau rata. biarkan pekat sedikit.
4. Masukkan timun dan kacau rata. Biarkan sebentar. jangan sampai timun masak.Hidangkan



BUBUR TEPUNG

Recipe ini saya ambil dari SAJI.

3 cawan santan sederhana pekat
1 helai daun pandan
1/2 cm halia,diketuk,kalau suka
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan air
11/2 ketul gula melaka atau gula merah,manisnya mengikut selera.
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah atau hijau,kalau suka.

1. Bancuh tepung gandum dengan air hingga adunan menjadi pekat sedikit daripada adunan jemput2. Jika suka titikkan pewarna kemudian gaul rata atau tidak rata.
2. Hiris gula melaka dan didihkan di-dalam santan bersama daun pandan simpul,halia serta garam
Masukkan begitu saja jika memilih gula merah.
3. Jemput atau sudukan ke-dalam santan hingga timbul.
4. Didihkan sambil dikacau agar tidak pecah minyak. Hidangkan.


SERUNDING IKAN BILIS


200gm ikan billis,tumbuk kasar
15 ulas bawang merah,di jadikan bawang goreng
200gm kacang tanah,goreng
200ml air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

10 ulas bawang merah
30 tangkai cili kering,buang biji dan rendam
5 ulas bawang putih

1. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau.
2. Tuangkan air asam jawa dan ikan billis. Kacau rata Masak sehingga kering
3. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan gula.
4. Bila sudah kering matikan api dan biarkan sejuk
5 Kemudian taburkan kacang tanah yang digoreng bersama bawang goreng. Gaul rata.


SARDIN SIMPLE

1 tin sardin
1-2 biji bawang besar,mayang
2-3 biji cili hijau,mayang, kalau suka pedas guna cili padi
Jus asam limau atau jus asam java
Garam kalau perlu

Campurkan jus limau atau asam java dengan sardin. Masak hingga mendidih. Sejukkan.
Gaul dengan bawang dan cilli. Hidangkan. 


BUBUR UBI KAYU BERSAGU

5 sudu makan biji sagu
1 cawan air
250 gm ubi kayu,potong cube
1 helai daun pandan
300ml santan cair
1 cawan santan pekat
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

1. Rebus sagu dan 1 cawan air hingga masak.
2. Masukkan ubi,gula,garam,daun pandan dan santan cair
3. Bila ubi sudah masak masukkan santan pekat dan biarkan mendidih.
4. Hidangkan..



NASI KERABU
Masak nasi dengan kunyit dan sedikit garam. Sejukkan Gaul dengan ulam dan sambal ikan hidang dengan budu atau pun sambal belacan.


KUAH KACANG

1 cawan kacang tanah,tumbuk
500ml santan
2-3 sudu besar gula
2 keping asam gelugur.atau secukup rasa
4-5 sudu besar minyak

Bahan giling atau kisar

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
20 tangkai cili kering
2 cm belacan
Di-sangai
2 sudu teh biji ketumbar
2 sudu teh jintan manis

1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan kacang tanah,santan,asam gelugur dan gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga menggelegak dan pekat. Hidangkan

SAMBAL IKAN

2-3 ekor ikan kembung,dibakar atau kukus ambil isi nya
200gm kelapa parut,di-sangai hingga kuning
1 sudu teh lada hitam,tumbuk
4 ulas bawang merah
2 cm halia
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

1. Tumbuk semua bahan di-atas dan goreng tanpa minyak hingga kering.


AGAR2 SANTAN

30gm agar2,dilarutkan dengan 1/2 cawan air sejuk
51/2 cawan air panas mendidih
2 cawan susu pekat manis
4 helai daun pisang,disimpul
1 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa parut putih
Gula secukup rasa
Secubit garam
Warna merah

1. Satukan air panas,gula dan daun pandan di dalam periuk dan kacau di-atas api sederhana.selama 12-15 mint sambil dikacau selalu.
2. Anbil 1/4 cawan air agar dan campurkan dengan warna isi ke dalam satu bekas kechil dan sejukkan. Bila sudah sejuk potong cube dan tabur ke dalam tin. Ketepikan.
3. Buangkan daun pandan dan keluarkan masukkan susu dan santan.Kacau rata dan rasa kalau tak cukup manis tambah gula.
4. Bila sudah mendidih tuangkan ke-dalam tin dan sejukkan.



SIRAP SERAI

Recipe ini saya pun dah lupa dari mana saya jumpa nya.

10 batang serai
250gm gula batu
21/2 litre air

1. Seperti biasa potong serai kemudian di-belah 2
2. Campurkan serai  dan gula masukkan air
3. Jerang rebus sehingga 1/2 jam. Biarkan sejuk
4. Air ini lebih enak dan segar bila di-hidangkan sejuk.

2 comments:

  1. THANK YOU VERY MUCH FOR PUTING MY BLOG HERE, ALL THIS ARE MY RECIPES

    ReplyDelete