Monday, April 29, 2013

~MeWARNA Bersama Murid2 Kecilku~

Hari ni 2 jam aku bersama-sama dengan murid-murid Tahun 3M...layan diorang melukis...dah siap melukis terus je bg hadiah...seronok aku tengok diorang ni melukis....Selama dua jam tu sempat jugalah aku corat coret kat Buku Rekod Ngajar aku...





 
Kesempatan buatku mencoret buku ringkasan PdP

~Indahnya Cinta Ibu dan Ayah~

Biar sesibuk mana sekalipun aku, namun aku tak pernah melupakan mak dan ayah meskipun buat seketika. Kalianlah Cinta Hatiku. Aku sayang sgt2 pada kalian.Semoga Tuhan sentiasa menganugerahkan kesihatan yg baik buat mak dan ayah.Aku tahu mak aku seorang insan yang tabah. Meskipun menderita sakit buah pinggang dan masih menjalani dialisis seminggu tiga kali namun mak tak pernah menunjukkan muka sedihnya. Tetap tersenyum melayan kerenah aku dan cucu2nya...sehari dua tak dengar suara atau menatap wajah mereka....rasa bagai bertahun-tahun tak berjumpa. Ayah juga begitu...dalam diam menghidap batu karang. Patutlah selama ni kdg2 kencingnya tak lawas dan kadang2 kencing bersama darah. namun ayah tetap tabah menjaga emak. Ayah insan yang serba boleh.Itulah yang paling aku respect dgn ayah. Syukur padaMu yang Allah kerana aku memiliki insan2 istimewa ini dlm hidup aku. Hadiah yang terINDAH. Semoga mak dan ayah sentiasa dilindungi Allah. Aamiin.

 Layan mak dan ayah di kedai mamak dengan tose kesukaan En.Suami....mlm 27/4/2013

Friday, April 26, 2013

Persiapan Sebelum Menunaikan UMRAH (Perkongsian)

  •   Persiapan Sebelum Berangkat Mengerjakan Umrah (Sekadar Peringatan)
  • Sampai Di Madinah Doa “ YA ALLLAH JADIKANLAH UDARA MADINAH INI PENAWAR BAGIKU “
  • 1.Mendalami ilmu pengetahuan mengenai Umrah – “ UMRAH MAKSUDNYA MENGUNJUNGI BAITULLAHDALAM KEADAAN BERIBADAT DENGAN MENGERJAKAN TAWAF , SAIE DAN TAHALLUL “ Digalakanjuga memahami RUKUN dan WAJIB UMRAH , termasuk juga dengan DAM yang akan dikenakan sekiranyamelanggari pantang larang ketika didalam IHRAM.
  • 2.Mendalami bab TAHARAH seperti bersuci dari hadith besar dan kecil , supaya ibadah kita diterima.
  • 3.Sebelum berangkat ketanah suci , bakal Jemaah hendaklah BERTAUBAT atas dosa-dosa yang telah dilakukan sertamemperbanyakan solat taubat dan biasakan dengan Qiamulail , Solat Berjemaah dan Solat Kifarah Bauli.
  • 4.Jaga Kesihatan , makan dan minum , banyakan berjalan kaki dan membuat senaman ringan setiap hari.
  • 5.Mempelajari cara solat didalam kenderaan , solat jenazah dan juga sujud Sajjadah ( Solat Subuh jumaat ) ini bagimereka yang jarang mengamalkannya . Jemaah wanita juga boleh solat Jumaat di Mekah dan Di Madinah.
  • 6.Tiada doa Qunut di dalam solat subuh di Mekah dan madinah
  • 7.Selesaikan hutang piutang , beritahu ibubapa , keluarga , jiran dan pohon maaf salah silap.
  • 8.Jaga tiga perkara ; Mulut , Telinga dan Mata selalu ingat amalan kerana Allah , Bukan untuk riak , ujub dansombong , jujur dalam perbuatan dan kata-kata.
  • 9.Bawa ubat yang lazim digunakan.
  • 10.Tinggalkan dokumen penting seperti kad pengenalan , lessen memandu , kad-kad kredit yang tidak bolehdigunakan di Mekah dan Madinah dsbnya , jangan pakai barang kemas terlalu banyak.
  • 11.Bawa pakaian secukupnya , jangan terlalu banyak memadai 2 helai telekong , 3 pasang baju ( seluar atau baju )penyangkok baju , peralatan mandi , selipar dan yang rasa perlu sahaja.
  • 12.Bawa buku-buku doa untuk rujukan di Tanah suci seperti surah yasin dan doa solat-solat sunat.
  • 13.Bil Telefon bimbit “ Roaming “ agak mahal ( Tukar Preepet bila tiba di Madinah atau Mekah ) 
  •  
  •  
  • waspada membawatelefon semasa berada di Masjid takut dirampas pegawai-pegawai masjid jika sedang mengunakanya.KETIKA DI MADINAH / PERJALANAN / DI MEKAHSampai Di Madinah Doa “ YA ALLLAH JADIKANLAH UDARA MADINAH INI PENAWAR BAGIKU “ danlain-lain seperti dalam buku-buku doa. 10,000 kali ganda setiap amalan yang dikerjakan ketika berada di Madinaholeh itu banyakkan beramal , kurangkanlah hal duniawi .Diantara perkara-perkara sunat ialah :•Mandi Sunat Jumaat , Lakukan solat sunat wuduq setiap kali lepas ambil wuduq , amalkan berzikir 
  •  
  • sepanjangperjalanan dari hotel ke masjid dan juga sepanjang masa ketika berada di tanah suci.• Mulakan dengan langkah kanan ketika masuk ke Masjid , keluar kaki kiri dan baca doa masuk / keluar masjid ,dirikan solat sunat tahayatul masjid.• Sekiranya waktu masih terluang gunakan masa untuk Qadaq solat dan solat sunat disamping memperbanyakanlahmembaca AL-Quran• Digalakkan juga mewakaf Al-Quran bagi pihak ibubapa dan diri sendiri dan keluarga di Masjid Nabawi.• Berikhtikaf di Masjid , menziarahi makam Nabi Muhamad S.A.W dan berdoa di Raudhah ( ikut kemampuan danruang masa )• Pergi Ziarah dalaman dan luaran seperti di anjurkan oleh pihak kami.• Disunatkan memperbanyakan selawat dan membaca surah Muhammad untuk memudahkan pergi ke raudhah danbuatlah solat taubat dan hajat• Jauhi dari sifat Mazmumah ; bohong , bertengkar , berkelahi , mengumpat , semua Jemaah hendaklah saling tolongmenolong jika bermasaalah atau rujuk kepada wakil kami atau Mutawif• Amalkan doa tahan wuduq dengan membaca surah Al Fil dan Al Masad ( Al Lahab ) ayat 1 sahaja dengan menutupmulut atau dibaca pada air dan meminumnya.• Ziarah Wadaq kepada Rasullullah dan banyakkan berdoa•Bersiap-siap berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah Wajib ( Sunat memotong kuku , mencabut bulu ari-ari /ketiak dsb nya )• Mandi sunat ihram , solat sunat ihram – niat ihram di Bir ali ( masjid Zulhulaifah ) bertalbiah banyak-banyak semasaperjalanan ke Mekah 8 jam ( solat jamaq dan Qasar ) jaga pantang larang sewaktu dalam ihram ( 13 pantang larang –spt dalam buku Umrah )• 100,000 ganjaran pahala bagi semua amalan yang dilakukan semasa di Mekah , oleh itu tumpukan masa sepenuhnyauntuk beribadat.• Sampai di Mekah berdoa – YA ALLAH JADIKANLAH UDARA MEKAH INI PENAWAR BAGIKU disampingdoa-doa lain.• Buatlah amalan –amalan wajib dan sunat seperti yang dilakukan ketika di Madinah , niatkan semua amalan keranaAllah sahaja.
  • 2. • Disunatkan masuk Masjidilharam melalui pintu Babussalam ( bergantung masa / ketika ) dan berdoa masuk dankeluar masjid.• Tiada solat sunat Tahyatul masjid di Masjidilharam oleh itu sekiranya keadaan mengizinkan boleh lah terus tawafsunat atau solat mutlak.• Disunatkan juga memperbanyakan tawaf sunat , ( niatkan pahala sedekah kepada ibubapa , diri sendiri , keluarga ,dan sesiapa jua ) atau tawaf nazar ( semua tawaf sunat tiada saie ) .• Memperbanyakan Qiamullail / bersedekah / ikhtikaf di Masjid.• Banyakkan berdoa untuk memudahkan setiap amalan dan solat taubat , solat hajat di samping membaca surah AlFath ( kemenangan ) selain dari membaca AL Quran.• Boleh berpuasa sunat sekiranya mampu ( Isnin & Khamis )• Pastikan DAM telah dibayar sekiranya telah melanggar pantang larang sebelum berangkat pulang ketanah air.Cara Melaksanakan Umrah Pertama dari Madinah MunawwarahPerlakuan1. Mandi sunnat umrah2. Memakai pakaian IHRAM, bagi lelaki dua helai kain dan perempuan memakai pakaian yang menutup aurat3. Niat di bir Ali ( SAHAJA AKU MENUNAIKAN UMRAH DAN BERIHRAM DENGANNYA KERANA ALLAH )4.Menjaga pantang larang dalam IHRAM1. Menutup KEPALA bagi LELAKI sahaja2. Menutup MUKA bagi WANITA sahaja3. Memakai pakaian yang bersarung/ bercantum bagi LELAKI4. Memakai SARUNG TANGAN bagi lelaki dan perempuan5. Memakai WANGIAN bagi perempuan dan lelaki6. Memakai MINYAK RAMBUT bagi perempuan dan lelaki7. Menanggal dan mencabut RAMBUT bagi perempuan dan lelaki8. Mengerat atau memotong KUKU bagi perempuan dan lelaki9. Memotong dan mencabut POKOK di tanah haram ( mekah, mudzhalifah dan mina )10 memburu binatang yang halal di makan di Tanah Haram dan Halal11. Bersetubuh12. Bercium atau bercumbu dengan perempuan /lelaki yang halal atau haram di nikahi.13. Akad Nikah5 Masuk ke dalam Komplek Masjidil Haram dan melakukan tawaf umrah 7 kali dengan YAKIN6 Solat sunat dua rakaat di belakang Makan Ibrahim7 Minum Air Zam Zam8 Saie bermula dari bukit sofa dan berakhir di bukit marwa sebanyak 7 kali pusing dengan YAKIN9 Tahlul sekurang2 tiga helai rambut10 Selesai mengerjakan umrah wajibTempat Mustajab Doa1- Madinah :• Dalam Masjid Nabawi• Raudhah ( Diantara Mimbar Dan Makam Nabi )• Masjid Quba• Masjid Qiblatain2- Mekkah :• Semasa Tawaf• Multazam• Dalam Hijir Ismail• Dalam Kaabah• Telaga Zam Zam• Bukit Safa• Bukit Marwa• Belakang Makam Ibrahim• Semasa SaiePerkara Yang Sunat Dilaksakan Di Tanah Suci
  • 3. • Solat sunat Tahadjud• Solat sunat Taubat• Solat Hajat• Solat Tasbih• Solat Jenazah• Beriktikaf• Bersedekah• Umrah Sunat• Membaca Al-quranKelebihan UmrahSeperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yangmembicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah :1. Menjadi Tetamu Allah• Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,maksudnya :“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”2. Pahala Dan Ganjaran Dilipatgandakan• Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahunHaji Wada’ di Mekah :“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta,mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah merekabelanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, MuhammadIbnu Ishak)3. Tidak Dihisab Jika Meninggal Dunia Semasa Menunaikan Umrah• Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginyadiberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia disalah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakankepadanya, ‘Masuklah ke dalam syurga’”4. Pahala Umrah Bulan Ramadhan Menyamai Ibadah Haji• Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabdamaksudnya :“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”5. Menghilangkan Dosa Dan Kefakiran• Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akanmenghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkankotoran besi”6. Diwajibkan Walaupun Sekali (Jika Mampu)7. Penghapusan Dosa• Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya.Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”Akhir sekali di doakan semoga mendapat Umrah yang Mabrurllah , Insyaaalah



Thursday, April 25, 2013

~ Prof Kamil~

Malam ni malam Jumaat 25042013...jam kat dinding dah pukul 12.07..dah lewat sebenarnya tapi masih ngadap laptop ni sesambil mengisi borang cukai...Sesekali mengintai & membaca perkongsian rakan kat FB terasa tersentuh pula hati nak kongsi kat DIARI aku ni...manalah tau kot esok atau lusa teringin nak baca lagi, senanglah nak cari..Memang hati betul2 terSENTUH..Subhanallah...

Link :http://www.sinarharian.com.my/famili/prof-kamil-saya-impikan-semua-muslimin-masuk-syurga-1.99169

BERTEMUA dengan figura ini terasa begitu berbekas di hati malahan isi perbualannya yang begitu dekat dengan khalayak mengingatkan penulis betapa kita sebenarnya mempunyai ruang seluas-luasnya untuk menginsafi perjalanan hidup yang sementara ini.
 Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim bersama keluarganya. - Foto oleh Safwan

Apa lagi, beliau juga pernah melalui jalan kelam sebelum menemui sinar setelah bersungguh-sungguh meminta hidayah dan nyata hidayah itu perlu dicari bukannya bergolek begitu sahaja. Beliau yang dimaksudkan ialah Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim, cendekiawan yang kini menumpahkan ilmu dan pengalaman di sebuah Universiti di Madinah.

“Sering kali saya menitiskan air mata mengenangi jalan kehidupan yang pernah dilalui, Sepanjang 42 tahun menjalani kehidupan, ia berombak-ombak di antara keinginan menjadi manusia soleh dan kejahilan diri.

“Saya tidak tahu membaca al-Quran, jika adapun hanya beberapa surah ringkas yang telah dihafal semenjak kecil. Itu pun kerana ayah yang mengajar mengaji dan sembahyang. Namun ia hanya sekadar di situ tanpa ilmu yang lebih lanjut.

“Ilmu agama yang saya peroleh hanyalah berkisar pembelajaran di sekolah rendah, MRSM dan universiti. Itulah yang membentuk pengetahuan asas hingga saya dewasa.

"Namun ia berbeza dengan kejayaan pendidikan rasmi dengan saya berjaya tamat persekolahan rendah dalam masa lima tahun sahaja. Kemudiannya saya muncul sebagai pelajar terbaik dan kedua terbaik kumpulan semasa mengikuti program Diploma dan Sarjana Muda.

“Malahan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana sebulan lebih awal dari masa yang sepatutnya. Manakala PhD pula dianugerahkan selepas 32 bulan mendaftarkan diri. Dalam kerjaya pula, jawatan profesor dianugerahkan ketika umur mencecah 39 tahun.

“Dengan segala pencapaian yang ada, saya tidak menitikberatkan soal agama, kadang-kadang menyegerakan sembahyang dengan kaedah sendiri. Sembayang laju tanpa doa, wirid dan ia benar-benar minimun. Amalam-amalan saya hanya menyentuh perkara wajib yang kadang-kadang tertinggal juga solat tanpa rasa bersalah,” jelas Prof Kamil yang tidak segan membuka kisah silamnya walaupun ia sebenarnya sangat peribadi kerana mahu orang yang membaca ceritanya sedar bahawa masih tidak terlambat bertaubat kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Doa isteri

Namun benarlah kata pujangga, di sebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita dan beliau yang dimaksudkan ialah isterinya Raudzah atau lebih dikenali sebagai Roza dalam penulisannya di blog. Roza karakternya sangat penyabar dan sentiasa menasihati ke arah kebaikan malahan sentiasa bangun malam solat Tahajud dan berdoa supaya Allah membuka pintu hati suaminya untuk berjihad di jalan Allah.

“Ada peristiwa di mana pada Disember 2003, semua mereka berjawatan Profesor Madya dipanggil temu duga untuk jawatan Profesor Gred Khas C. Mengetahui keinginan saya, Roza menasihati saya supaya berdoa memohon ALLAH supaya dianugerahkan jawatan profesor. Jadi, saya mula sembahyang sunat hajat manakala Roza membeli buku-buku ringkas menceritakan kelebihan bersembahyang di waktu tengah malam.

“Setelah 12 bulan menunggu, akhirnya pengumuman telah di buat dan saya antara 13 profesor yang dilantik dengan tunggakan melebihi RM80,000. Peristiwa ini seolah-olah menyedarkan saya dengan rahmat ALLAH. Ketika inilah saya bertekad untuk menunaikan haji bersama-sama Roza yang berdoa selama enam tahun untuk saya merealisasikan impiannya ini.

“Hati saya melonjak-lonjak untuk ke sana namun perasaan takut juga bersilih ganti memikirkan diri yang jahil malahan ada segmen penceritaan yang menggambarkan Makkah adalah tempat pembalasan bagi yang berkelakuan ‘tidak senonoh’ semasa hayat mereka,” jelas beliau lagi yang sentiasa berfikir mengapa fardu haji tidak menjadi penyebab sesetengah golongan masih kekal dalam hidup cara lama, seolah-olah haji tidak membawa perubahan kepada hidup mereka.


Sembahyang Taubat

Bagi Prof Kamil sendiri, keinginannya untuk menunaikan fardu haji menggamit hatinya untuk beribadat menyembah ALLAH yang maha esa, bertaubat sesungguh hati dengan menyesali kealpaan diri sendiri yang jauh daripada Allah. Sememangnya dia berdoa dari hati yang paling dalam supaya ALLAH mengampuni dan merahmatinya.

“Hampir kesemua rencana atau ceramah mengatakan kita perlu bertaubat meminta ampun dengan sepenuh hati, berasa berdosa, berniat untuk tidak mengulangi dan kalau boleh menangis serta meratapi dirinya. Ratapan ini pula seharusnya dari bisikan dan suara jiwa dalamannya.

“Dikatakan dosa seseorang hamba kepada ALLAH akan terampun jika syarat-syarat ini dipatuhi, ini dinamakan taubat nasuha. Kita biasa menyebut “Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku” selepas sembahyang fardu sebagai rutin doa. Ia kata-kata di bibir yang tidak turun ke hati.

“Jadi, solat sunat taubat dijadikan kemestian menggunakan Doa Taubat Besar dengan menyebut ‘dosa-dosaku’ manakala hati dan minda membayangkan perkara yang telah berlaku selama ini. Doa yang dibaca pula dengan nada sebak namun bukan dalam tangisan. Terasa keikhlasan doa masih belum mencukupi.

“Hari pertama, hari kedua, minggu pertama, minggu ketiga dan bulan pertama, setiap hari berdoa dan berdoa agar ALLAH memberi petunjuk dalam konteks menitiskan air mata. Mungkin ada yang mengatakan ‘kita berdoa, terima atau tidak terpulang kepada ALLAH, mustahil untuk kita mengetahuinya.

“Bagaimanapun, hati tidak fikir begitu. Saya percaya orang yang berdoa dengan penuh keikhlasan akan terasa apabila doanya di dengari. Namun ia tidak boleh digambarkan dan pada Mei 2006, saya berada di Florence, Itali bersama Roza kerana membentangkan kertas kerja. Selama seminggu di sana meneruskan rutin Qiamullail dengan bersembahyang sunat tahajud, hajat dan taubat.

“Malam terakhir di Itali, saya mengambil wuduk dan bersembahyang sunat, tatkala berdoa ‘Ya ALLAH, aku memohon keampunanmu Ya ALLAH, aku mohon keampunanmu Ya ALLAH, aku memohon keampunanmu Ya ALLAH. Ya ALLAH aku bertaubat kepadamu daripada segala dosa yang telah aku lakukan’. Akhirnya air mata bercucuran tanpa dipaksa-paksa. Anugerah ALLAH yang tidak terbandingnya malahan minda terbayang dan yakin ALLAH mendengar permintaan hambanya dan memberi isyarat dalam keadaan yang tidak dijangkakan.

“Itulah perasaan yang menusuk kalbu. Benar atau tidak seluruh tubuh merasai kenikmatan bertaubat terutamanya ketika air mata menitis membasahi pipi. Tidak dapat digambarkan saya mampu bertaubat seindah ini. Ia berlaku ketika mahu menunaikan fardu haji,” jelasnya yang khatam Quran buat pertama kali ketika berada di Masjidil Haram, di hadapan Kaabah.

Buku Travelog Haji tulisan Prof. Kamil mendapat sambutan hangat daripada pelbagai golongan bermula mereka yang mahu menunaikan haji menjadikannya panduan sehinggalah mereka yang mula mencari ‘Nur’ untuk kembali ke jalan yang benar.

“Saya sentiasa berdoa agar ia menjadi ilmu yang bermanfaat dan terharu dengan sambutan yang diberi. Akhirnya saya membuat sedikit kesimpulan tentang kuasa doa. Ia senjata umat Islam yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT.

“Sejak ia diterbitkan, saya bertemu ribuan kenalan baru, malah dijemput untuk berceramah di merata tempat, bermula di RTM1, surat bukit Jelutong Shah Alam sehinggalah ke Doha, Glasgoq, Leicester dan pelbagai majlis ilmu yang lain.

“Saya sentiasa berdoa agar pembaca tidak merasakan tulisan ini membuatkan mereka merasakan saya dalam golongan takbur, riak dan angkuh. Bagaimanapun Allah memberi keyakinan untuk memulakan dan menyudahkan penulisan ini setelah menerima beberapa pandangan.

“Pelbagai petunjuk ketika berada di Makkah dan Madinah saya abadikan dalam bentuk tulisan untuk mewar-warkan keagungan, keesaan dan kehebatan ALLAH SWT kepada semua khalayak. Ia adalah anugerah dan saya mohon keampunannya jika kelihatan egoistik, riak, angkuh dan sombong kerana saya benar-benar tidak berniat begitu.

“Saya impikan masuk syurga tanpa dihisab. Hampir setiap malam saya berdoa agar isteri dan anak-anak juga ikut serta bersama ayah dan wan, abah dan mak, adik-beradik, ipar-duai, guru-guru, anak-anak murid dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat,” katanya lagi yang meletakkan nombor telefonnya untuk dihubungi tanpa sebarang orang perantaraan. Malahan Prof Kamil akan memberikan ceramah secara percuma dengan satu syarat tidak mengenakan sebarang bayaran bagi orang yang mendengar perkongsiannya itu.

Aurat wanita

Setelah menyumbang jasa di bumi Malaysia, kini Prof.Kamil bersama isteri dan dua anaknya menabur bakti di Madinah pula dan menyaksikan panorama yang berbeza daripada tanah tempat lahir. Bermula dengan bahasa, pertuturan, gaya hidup, makanan dan kehidupan wanita di sana sangat berbeza. Malahan beliau juga melihat perbezaan ini sebagai sikap Melayu yang mengamalkan alasan ‘tidak mengapa’ bagi mengabui hakikat sebenarnya.

“Di sini, amat jarang wanita berjalan berseorangan. Apatah lagi untuk berlegar-legar di pusat membeli belah tanpa kehadiran suami atau mahram. Tiada langsung wanita yang memandu kerana ia satu larangan. Hampir keseluruhan wanita Madinah berpakaian hitam. Berstoking. Bila keluar rumah, mereka menutup mulut dan hidung.

“Mungkin membosankan bagi kita yang sentiasa melihat warna-warni dalam pakaian wanita. Namun di mata saya wajah begitu sangat bercahaya, begitu juga tutur katanya. Misalnya, saya selalu menyebut di Malaysia, ‘apakah tanda pakaian seorang wanita sudah sempurna? Mudah sahaja, apabila masuk masjid atau di mana-mana sahaja kita boleh terus solat’.

“Berada di Tanah Haram, mata saya tidak melihat aurat wanita. Namun beberapa hari yang lepas, kami berseminar di sebuah hotel di tanah halal. Masuk sahaja ke lobi, mata terus tertangkap kepada wanita-wanita yang kelihatan sangat asing.

“Begitulah, wanita berbaju hitam di Malaysia kelihatan sangat asing, di sini wanita yang tidak berbaju hitam kelihatan janggal. Sekurang-kurangnya di mata saya, hitam, putih, kelabu, hijau atau lain-lain warna adalah nikmat kurniaan ALLAH yang terpancar pada pakaian. Soalnya, apakah pakaian itu sudah sempurna?

“Bila tetamu berkunjung ke rumah, Roza sering bertanya tetamu wanita, “Di sini kita bersungguh-sungguh menjaga aurat, jaga rambut, jaga kaki dan jaga segala-galanya. Masih mahukah kita memakai kebaya bila pulang nanti? Masih sanggupkah kita memakai kain terbelah betis? Kenapa di lapangan terbang sudah membuka stokin?” akhiri Prof.Kamil lagi dengan niat mahu menegur supaya semua wanita menjaga auratnya dengan bersungguh-sungguh tidak hanya ketika menunaikan ibadat di Makkah sahaja.



* Dipetik dari majalah NUR edisi September

Wednesday, April 24, 2013

~Nyanyok~

Malam ni terbaca Info Kesihatan tentang nyanyok ni....kadang2 takut juga sbb bila usia dah menjangkau forty over2 ni kdg2 tu terlupa juga...Minta dijauhkanlah ya Allah Ya Tuhanku,drp penyakit demensia ni..

Demensia atau dalam bahasa mudahnya, nyanyok boleh menyerang sesiapa saja, termasuk golongan muda. Banyak faktor boleh menyumbang kepada demensia, antara gejala biasa ialah peningkatan usia, keturunan, latar belakang pendidikan rendah, selain disebabkan kegagalan kelenjar tiroid berfungsi dan penyakit lain seperti strok.

Pesakit juga biasanya sukar mengingati tarikh dan terlupa tempat sesuatu barang diletakkan, terpaksa menggunakan senarai untuk mengingat, terlupa nama, perbualan terbaru atau maklumat penting seperti tarikh lahir dan alamat,

Menurutnya, sel otak biasa mula mati ketika individu berusia 18 tahun dan sel itu terus mati secara berperingkat-peringkat sehingga akhir hayat seseorang, manakala demensia berlaku kerana sel otak seseorang manusia mati lebih awal daripada tempoh sepatutnya.

Jika sel otak mati lebih cepat daripada biasa, ia mendedahkan seseorang kepada demensia. Mereka yang sering terlupa ketika masih muda berisiko tinggi mengalami gejala ini apabila usia semakin meningkat.

Saturday, April 20, 2013

~Kerana Aku Wanita BIaSA~

Hidup bukan untuk membuat orang SUKA kerana REDHA ALLAH bukan pada redhanya Manusia....
Kerana Aku wanita BIASA, tetap berSYUKUR dengan apa yang ADA...
Terimalah Aku seADAnya,
Teguri Aku andai tersasar ARAH...

~InDahnya PerTemuAn~

Hanya orang yang memiliki "RINDU" yang dapat merasakan indahnya "PERTEMUAN",
Hanya orang yang pernah "KEHILANGAN",yang dapat merasakan indahnya sebuah KEBERSAMAAN",
Hanya orang yang pernah "TERLUKA",yang dapat merasakan betapa berertinya....
                         "CINTA DAN KASIH SAYANG"


Sesuatu HUBUNGAN diibaratkan Permata.... PELIHARAlah,
Jika retak.... PERBAIKilah,
Kerana jika  PECAH,
Walau pun diCANTUM cantik.... namun tetap tidak akan SEINDAH dulu.....

~Modul OOOO MoDUl ~

Jumaat 19 April 2013...hadir lagi ke PPD Temerloh....Kali ni mesyuarat nak buat modul Bahasa Melayu lagi untuk membantu murid2 daerah Temerloh ni sama ada di SK mahupun di SJK.Banyak kaedah dan strategi nak bantu murid2 ni tapi kemenjadian murid masih pada tahap yang sederhana...Harap2 tahun 2013 memberikan sinar...prestasi murid diharapkan meningkat. Sebagai guru yang diberi kepercayaan untuk membantu, kami tetap bersedia. Beginilah kami Guru2 Cemerlang dan guru2 yang dianggap CEMERLANG, Insya Allah akan cuba membantu yang terBAIK.



Thursday, April 18, 2013

~Jadilah Orang KECIL yang berfikiran BESAR~


Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?

Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.

Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.

Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.

Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.

SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)

Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.

Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.

Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."

Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

Hebatkan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.

Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.

Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

- Artikel iluvislam.com