Wednesday, April 10, 2013

~AGaR- aGaR RoTi ~

Jom cuba buat agar2 ni....mudah je kan...time roti tak abis blh la cuba..

Bahan-bahan:

1 Peket agar-agar bertali (20gram)
6 Cawan air
250gram gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur.Apabila kembang,blender hingga halus
Agar2 direndam seketika kemudian toskan.Satukan agar2 dengan 6 cawan air dan masak hingga agar2 hancur dan tapis.Masukkan semula ke dalam periuk.

Masukkan gula dan esen vanilla.Apabila gula sebati masukkan bahan2 yang diblender tadi.Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sedikit dan tutup api.

Bahagikan kepada 3 bahagian(sama banyak)dan masukkan pewarna pada tiap2 bahagian dan kacau rata
Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis(sekali tuang habis satu warna)dan diikuti warna lain juga ditengah loyang(tak payah tunggu keras).

Sejukkan di dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment