Sunday, July 29, 2012

~SEMPERIT~


 250 gram butter
50 gram gula aising
1 penutup esen vanilla
1 peket tepung kastard cap bunga merah

2 sudu besar tepung jagung
½ biji telur merah

Gaul butter dan gula hingga sebati,masukkan telur, esen vanilla,tepung kastard,pas tue tepung jagung...sedikit ceri untuk hiasan...
 
Petua Elak Biskut Lemau


Biskut yang disimpan di dalam bekas kadangkala mudah lemau. Bagi mengelakkannya , sebelum menyimpan biskut, taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas berkenaan. Kemudian barulah masukkan biskut dan tutup ketat.

BISKUT ALMOND LONDON



Bahan - bahan

250 gm mentega

1 cawan gula kastor

1 biji telur

1/2 sudu teh esen vanila

3 cawan tepung gandum .........]

1/2 cawan tepung jagung ........]

1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua

1 s/k emplex [optional] ]


Badam yang sudah dibakar

Coklat masakan - cairkan cara double boiling.


Cara membuatnya

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.

3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.

4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.

5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.

6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .

7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.

8. Sejukkan dahulu baru disimpan.Selamat Mencuba.

Resepi Biskut Popia Nestum



Bahan-bahan:

1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus

Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.
2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.

4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba.


Friday, July 27, 2012

SeTiA Si enGgANg

 

suka nak kongsi...

Burung Enggang ni sebenarnya burung yang paling setia pada kekasih....

Enggang merupakan burung yg hidup berpasangan secara monogami iaitu setia kepada satu pasangan sepanjang hayat.......

Masih adakah lelaki atau perempuan yang masih bersifat seperti enggang ni zaman sekarang? 

Jika ada..Alhamdulillah, macam EnGgAng..

Thursday, July 26, 2012

ANeKA Kek

~ KEK KEJU STRAWBERRY 
Resepi by chef zubaidah che pa

Bahan-bahan
Bahan A [Crust]
200 gm biskut chipsmore
80 gm butter

Bahan B [Filling ]
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan C
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar
2 s/b tepung jagung

Hiasan
strawberry filling
fresh cream

Cara Memasak
Bahan A [Crust]
1. Biskut dihancurkan.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 160′C selama 10 minit.
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada Bahan A tadi.
8. Bakar pada suhu 150′C selama 70 minit.
10. Biarkan kek dalam oven beberapa jam.
11. Hiaskan dengan fresh cream dan strawberry filling.
12. Masukkan dalam petisejuk untuk semalaman.
13. Potong gunakan pisau yg telah dipanaskan atas api.
14. Hidangkan

~ NON-BAKE BLUEBERRY CHEESE CAKE
Resepi dari blog Kak ummie Kuantan

Bahan dasar:
1 1/2 cawan biskut digestive/oreo - hancurkan )
1 1/2 cawan biskut cream cracker - hancurkan )
2/3 cawan gula kastor
2/3 cawan butter - cairkan
Gaul sebati serbuk biskut dengan gula kastor dan butter. Ratakan dan tekan dalam springfoam, biar padat. sejukkan dalam fridge.

Bahan Filling:
300 gm cream cheese
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar serbuk gelatin
1/2 cawan air panas
500 ml whipping cream
2/3 cawan gula
topping - filling blueberry

Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.
Campurkan serbuk gelatin bersama air panas kacau hingga benar2 larut. Ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan jus lemon hingga sebati. Kemudian masukkan larutan gelatin. Pukul lagi. Masukkan whipping cream tadi, kacau hingga sebati dan rata. Tuang ke atas bahan dasar. Sejukkan dalam fridge semalaman. Sapukan filling bila menghidang dan makanlah ketika sejuk.


~ CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

BAHAN A (Chocolate Chiffon):
30g serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kunig telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kesil soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN B:
4 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar

CARA-CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  2. Di dalam mangkuk lain, pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  4. Angkat dari loyang dan telangkupkan kek di atas redai, biarkan betul2 sejuk baru di belah kepada 4 lapisan.

FILLING (Mousse Coklat Hitam):
200g coklat masakan hitam
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
1/2 sudu besar mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
1 1/2 sudu besar gelatin
50ml air
*simpan sedikit adunan untuk sapuan nipis pada kek

CARA-CARA:
  1. Rendam gelatin dengan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul sebati dan angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaub balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

FILLING (Mousse Coklat Putih):
200g coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
2 sudu besar gelatin
50ml air

CARA-CARA:
  1. Rendam gelatin dann air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu segar dan whipping cream yang diputar. gaul hingga rata.
  4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selam 4 jam (sehingga beku). Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat. Seelok2 nye mousse putih dibuat sehari lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, whisk semula hingga kembang baru disapu ke atas kek.

TOPPING CHOCOLATE GANACHE:
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350g coklat masakan hitam
1 sudu besar mentega cair

CARA-CARA:
  1. Masak secara double boiler, panaskan whipping cream***hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek.
***Hiasan: untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whish hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzel pilihan dan pipe di atas kek atau tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang dihias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

***untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras, tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak supaya lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.


CARA-CARANYA:
  1. Belah kek chiffon kepada 4 lapisan.
  2. Lapisan pertama: letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
  3. lapisan kedua: letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
  4. Lapisan ketiga: letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
  5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  6. Keluarkan kek dari loyang, sapu nipis dengan mousse coklat hitam keseluruhan kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
  7. Letak kek di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru dihias.
  8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

~ COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE 
resepi dr myresipi

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A: 
250g cream cheese 
50g butter 
100 ml susu segar (fresh milk) 
6 biji kuning telur 
1 sdb jus lemon 
1/4 sdk garam 
60g tepung kek / tepung superfine 
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) 
Bahan B: 
140g gula (granulated sugar) 
6 biji putih telur 
1/4 sdk tartar krim (cream of tartar) atau 3/4 sdk jus lemon 

Cara-cara 
Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Biladah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkantepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlmadunan cream cheese & gaul hgga sebati. 

Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampaiberbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampaibertanduk (soft peak). 

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu& kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuangadunan kek dlm tin kek. 

Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tucmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balutbwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni doubleprotection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu ygwat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). 
Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atasdulang pembakar, preferably  tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlmoven then bakar


~ KEK COKLAT MOIST
Resepi dr miza.blogspot

- 1 cwn serbuk koko- 1 cwn ssu segar perisa coklat atau ssu cair- 1 cwn gula perang- 1/2 cwn ssu pekat- 1 cwn minyak** masak sume ni atas api...bagi sebati....ttup api...bia je situ

- 2biji telur- esen vanila** pukul ngan whisk je....masukkan skali esen (x tau whisk tu apa...pemukul telur yg cam org guna nk wat telur dadar)

- 1 1/4 cwn tepung gndum- 1 sdt baking powder- 1 sdt soda bikarbonat** ayak sume ni

cara2- masukkan adunan koko td kedalam telur yg dah dipukul....kacau sebati....masukkan tepung gndum sikit2...kacau lagi biar sebati

- tuang dlm loyang yg dah di gris & alaskan ngan baking paper- kukus sejam...ttup loyang ngan aluminium foil utk elakkan air menitik

- kalo pilih bakar....pun boleh....160...sejam atau hingga masak...api atas bawah

topping...- 1/2 cwn serbuk koko- 1/2 cwn ssu pekat- 2sdb gula perang ( x nk letak pun x pe )- 2sdb butter/marjerin


**kalo nk simpan kek ni dlm peti ais....time nk mkn kna kuakan dlm 1/2 jam sblm mkn...kalo x...keras...kna tggu lembut semula baru sdp mkn

** masak sume ni atas api atau double boil...boleh siram atas kek....jika nk jenis banjir...boleh siram time ganache panas...jika nak biasa2....tggu hingga suam sket...baru tuang atas kek


~ KEK SPAN

Bahan2:
125 gm gula  kastor
10  gm ovlette
4 biji telur
120  gm tepung  kek
1  sudu  teh serbuk penaik
40  gm  air
60  gm mentega  cair/minyak  masak
1   sudu teh  esen vanila

cara membuatnya:
1. Satukan  gula, ovelette,  telur,  tepung kek dan serbuk penaik dlm mangkuk adunan dan pukul kelajuan maksima selama 5 minit hingga kembang.
2. Satukan air dan esen vanila dan pukul lagi hingga kembang dan gebu  selama 5 minit.
3.  Masukkan  minyak atau  mentega dan gaul  sebati.
4. Sediakan  acuan  bulat  8 in. Lapik kertas serap minyak (tak perlu digriskan).
5.  Tuangkan adunan dan bakar 45 minit pada  suhu  180 darjah celcius.
6. Keluarkan drp ketuhar dan telangkupkan atas  redai selama 10  minit agar permukaannya tidak mendap.
7. Terbalikkan semula kepada asal. Leretkan pisau sekeliling bekas kek dan keluarkan kek. Sejukkan.



~ SELAMAT MENCUBA (^_^) ~

Wednesday, July 25, 2012

Alhamdulillah....Duit Raya

Alhamdulillah...setengah bulan gaji sebagai duit raya, cukup untuk membeli pakaian anak-anak.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini. Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.


Syukur Alhamdulillah..

Sunday, July 8, 2012

Nasi AraB

Hari ni 9 Julai 2012..cuti sekolah sbb semalam sukan sekolah...so hari ni intai2 nak masak apa....cuba2 resepi ni ok jugak kan...

 
Nasi Arab. Bon Appetit.
Bahan2nya.....
1 kg beras basmathi. Di cuci dan di rendam selama 20mins
1.5 labu bawang besar - dikisar
1.5 in halia - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1.5 pokok daun ketumbar dan akar nya- dikisar
1 genggam daun pudina - dikisar

1 genggam badam di goreng tanpa minyak dan dikisar
1 genggam gajus di goreng tanpa minyak dan dikisar
1 tin jagung cream - dikisar
2 cawan stok air daging (cukup untuk memasak nasi)
4 helai daun pandan
1 batang kayu manis

2 bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
3 sudu besar minyak sapi untuk menumis
3 sudu besar kismis - untuk khiasan
3 sudu besar bawang goreng - untuk khiasan
Duan Ketumbar untuk khiasan

Cara2nya
Panaskan minyak sapi di periok yang besar, letakan rempah ratus 4 sekawan, daun pandan yang di ikat, biarkan ia beraroma, kemudian masukan bahan2 yang di kisar, gaulkan hingga ia mendidih. Tuangkan beras basmathi yang sudah di toskan dan letak air stok daging secukupnya dan garam secukup rasa. Air stok harus menutupi beras beras. Tutup tudung periok dan masak, api yang sederhana. Bila nasi sudah tanak, kuiskan nasi supaya tetidak melekat, sudah itu taburkan kismis, bawang goreng dan gajus goreng bersama daun ketumbar. Sajikan dengan lauk pauk ikut citarasa. Misalan Ayam/daging masak merah, bistik, kari dan lain. Selamat mencuba.  



Ni resepi Bon Appetit.(aku share dr sahabat FB aku) thanks for sharing

Friday, July 6, 2012

Batik SpOnSeR...

Teringin pulak nak masuk pic batik sponser 2011 ni buat kenang-kenangan...sesekali tgk.. cantik juga. Syukurlah dan terima kasih kepada pihak sekolah sbb beri aku peluang turut serta untuk memilih. Sebelum batik baru muncul...simpan dulu pic ni buat kenang-kenangan. Batik 2012 dalam proses, baru2 ni dah pilih bersama2....harap2 cantik jugalah....Tq buat PIBG sbb sponser batik buat kami semua.

Kerana... SeMaLaM aDaLaH kEnAnGaN, hArI iNi SuAtU kEnYaTaAn & EsOk MeNjAdI iMpIaN

Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.


Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan saya dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga "


[Koleksi Ayat-ayat Cinta]