Saturday, March 26, 2011

Bersantai di Ulu Bendul

Selalu gak ke Negeri Sembilan...Kalau ke sana aku dan keluarga selalu ambil kesempatan singgah di Ulu Bendul.

Memang cantik juga tempat ni. Letih drive suami aku memang suka berendam, sejukkan badan. Cuma aku je yang tak suka mandi di tempat2 terbuka macam ni. Kalau pergipun sekadar celup2 kaki je...Malu pula dah tua2 nak berendam. Kadang2 jatuh juga ke dalam air..itupun kalau ditarik oleh suami.

Apa lagi....kuak lentang la...
Anak2 aku memang suka sangat la kalau jumpa air...Kalau nak pergi hotel..mesti nak hotel yang ada kolam. Berendam sampai merah biji mata...sehari suntukpun tak apa. Naik je mandi, laparnye bukan main...mau semua tak tembam...

Taman Negara Oh Taman Negara

Taman Negara National Park was established in Malaysia in 1938/1939 as the King George V National Park. It was renamed to Taman Negara after independence, which literally means "national park" in Malay. Taman Negara (total area 4,343 km²) has a reputation as the world's oldest tropical rainforest.
File:Taman Negara Sungai Tembeling.JPG
Taman Negara encompasses three states, Pahang, Kelantan and Terengganu, each with its own legislation. The Taman Negara Enactment (Pahang) No. 2 of 1939 is enforced in the state of Pahang, the Taman Negara Enactment (Kelantan) No. 14 of 1938 in the state of Kelantan and the Taman Negara Enactment (Terengganu) No. 6 of 1939 in the state of Terengganu. The enactments have similar contents.
Taman Negara Pahang is the largest at 2,477 km², followed by Taman Negara Kelantan at 1,043 km² and Taman Negara Terengganu at 853 km².
Taman Negara

Canopy Walk Way....The Best

The park has been developed into a famous ecotourism destination in Malaysia. There are several geological and biological attractions in the park. Gunung Tahan is the highest point of the Malay Peninsula; climbers can use Kuala Tahan or Merapoh as their departure point. Taman Negara is the home of some rare mammals, such as the Malayan Tiger, Crab-eating macaque, Sumatran Rhinoceros, Great Argus, Red Junglefowl, Malayan Gaur (seladang) and Asian Elephant. Among the birdlife, the rare Malayan Peacock-pheasant is still found here in some numbers. Tahan River has been preserved to protect the Malaysian mahseer (ikan kelah in Malay), a type of game fish.

Me and Marzura
Others attractions found near Kuala Tahan (Park headquarters for Pahang) include a canopy walkway, Gua Telinga (cave system), Lata Berkoh (rapid). Visitors can enjoy the tropical rain forest, birdwatching or jungle trekking (e.g. Tenor Rentis) and the river views along the Tahan River.
Tahan River
Gua Telinga

Canopy Walk Way




Wednesday, March 16, 2011

Waspada Dengan Sikap Diri Sendiri

Sudah terang lagi nyata bahawa sikap dan pemikiran yang mencorakkan tindak tanduk kita seharian!
Jika negatif pemikiran anda, maka akan terhasil tindakan yang negatif.
Jika positif sikap dan pemikiran anda, maka hasilnya juga akan positif.
Mereka yang berfikiran negatif seperti selalu bimbang, terlalu mengharap, mementingkan diri sendiri dan mengenepikan agama akan sukar merealisasikan kebahagiaan dalam hidup mereka.
Sikap itu juga menjadi tembok penghalang kesejahteraan emosi dan ketenangan jiwa.
Mari kita renungkan bersama:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud:
"Ya Allah,ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku,
dan semua dosaku yang ENGKAU lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri.
Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku"
-Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim 

Ya Allah Dengarlah Doa Kami

Ya Allah Tuhan yang punya segala-galanya,
Dengarlah rintihan hati kami yang penuh keluh kesah,
Berilah keampunan kepada kami,
Yang tidak pernah lepas daripada melakukan kejahatan,
kesilapan dan dosa.

Ya Allah,
Terimalah taubat kami,
Teguhkanlah iman kami,
Jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur dan bertaubat.
Jadikanlah setiap penyesalan kami
Penawar dan penguat kepada iman dan jiwa kami,
Agar selalu tabah dan sabar,

Ya Qabid,
Berikanlah kami iman yang teguh,
Kesihatan yang baik,
Rezeki dan kekayaan yang melimpah,
Ilmu yang berguna serta kejayaan dan kemenangan,

Ya Allah,
Hanya kepada-Mu tempat kami bergantung harap
Dan mengadu,

Jangan Ya Allah,
Kau biarkan kami sendirian mengatur kehidupan kami,

Ya Rahman,
Ya Wadud,
Ya Qahar,
Pilihlah kami dan peliharalah kami,
Agar kami bakal menjadi ahli syurga-Mu,
Dengan penamat hidup yang terbaik,
Dan jadikan kehidupan kami di dunia ini dalam kehormatan.
Amin....

Pujangga Bahagia

"Kita melihat kebahagiaan itu seperti pelangi,
 tidak pernah berada di atas kepala sendiri,
tetapi selalu berada di atas kepala orang lain"
-Thomas Hardy

"Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya,
menjadi kusir untuk nafsunya,
dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya"
-Sayidini Ali Abi Talib

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau,
sedangkan akhirat itu,
sungguh lebih baik bagi orang yang bertakwa.
Tidakkah kamu mengerti?"
-Surah Al-An'am

Wednesday, March 9, 2011

UBAT PARACINTAMOL


Semalam sewaktu ke farmasi ada jualan tentang ubat PARACINTAMOL.

Bahan-bahannya :
25 rasa cinta,
25 rasa kasih sayang dan
50 rasa rindu.

Tanda-tandanya :
Hati berbunga-bunga - menyebabkan rasa bosan - jantung berdebar

Dos keperluan :
1x 24 jam - pagi @ tengah hari @ petang - ingin bertemu
malam : menelefon, sms dan chatting

Kesan sampingan :
Tumpuan (konsentrasi) terganggu - ketawa sendirian - susah tidur

Arahan:
Sila baca peraturannya tapi sekiranya berlanjutan sila berjumpa tok kadi untuk urusan selanjutnya.
Minum air selepas telan ubat.....pelawas


Sunday, March 6, 2011

KERANA AKU WANITA

Kerana aku wanita
Pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku......
Kerana aku wanita
Ingin disayangi itu fitrah diriku...

Kerana aku wanita
Mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

Kerana aku wanita
Emosiku selalu mengatasi logik akalku

Kerana aku wanita
Air mata teman setiaku

Kerana aku wanita
Sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

Kerana aku wanita
Aku damba pertolongan darimu Adam

Peliharalah bicaramu denganku
Jangan bermain kata denganku
Takut rosak hatiku

Kerana aku wanita
Akhlakmu ukuran dimataku

Peliharalah akhlakmu dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
Takut rosak thiqohmu

Kerana aku wanita
Maka peliharalah susunan kata-katamu

Kerana aku mudah terasa
Namun aku bukan lemah
Sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

Kerana aku wanita
Peliharalah dirimu dari mencemuhku

Saat titisan jernih mengalir dari mataku
Kerana itu cara untukku
Meluahkan perasaanku
Supaya hatiku tenang kembali

Kerana aku wanita
Aku memang sangat peka
Maka..... fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

Muhasabah CINTAKU

............................Muhasabah C.I.N.T.A.K.U....................

Wahai pemilik nyawaku...
Betapa lemah diriku ini...
Berat ujian dariMu...
Ku pasrahkan semua padaMu....

Tuhan baru kusedar...
Indah nikmat sehari itu....
Tidak pandai aku bersyukur....
Kini kuharapkan CINTAMU.....

Kata2 CINTA terucap indah....
Mengalir berzikir di kidung doaku...
Sakit yg kurasakan biar jadi penawar dosaku...

Butir2 CINTA airmataku..
Teringat semua yg KAU beri untukku...
Ampuni khilaf dan salahku selama ini

Ya ILAHI..
Muhasabah CINTAKU....
Tuhan kuatkan aku...
Lindungiku dari putus asa...
Jika aku harus mati....
Pertemukan aku denganMu....

Kata2 CINTA terucap indah...
Mengalir berzikir di kidug doaku...
Sakit yg ku rasakan biar menjadi penawar dosaku...

Ampuni khilaf dan salahku selama ini...
Ya ILAHI

Muhasabah CINTAKU
Cukup hanya ENGKAU bagiku...
Tiada yg lain....

Indahnya saat ber"dating" denganMu...
Segala rasa tenang dan nikmat...

PERSAHABATAN

Sahabat,
di saat dikau kecundang,
tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..
tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
kerana kau selalu ada di saat aku memerlukan..
Andai hatimu pernah dilukai,
izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..

Duhai sahabat,
ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
namun apakan daya, aku tidak mampu,
hanya dengan perbuatan aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..


Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
kerana agama yang kau junjung,
sekalipun engkau pernah kecundang,
takkan aku biarkan engkau rebah semula,
akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..


Akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
selagi mana kasih Allah bersama kita,
selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..


Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
bimbinglah aku ke jalanNYA,
semoga jannah Firdaus menjadi pengakhiran kita..

Tanpamu Sahabat...Siapalah Aku...
Kata mereka.....
"Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."

Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan...

Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi...
Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.

Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan?

Bukan mudah untuk mencari teman yang baik.
Kadang-kala ia sudah berada di hadapan mata
Tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari.
Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita,
Tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul
Kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.

Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur.

Kerana ia tersimpan didalam hati.
Yang sukar dijangka dan diketahui oleh orang lain.
Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata.
Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus.
Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati.
 Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri.
Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.

Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara.

Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita.
Masakan di sebalik madu itu ada racun.
Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu,
Kelak hati itu akan tertutup untuk menerima orang lain.
Itulah kekecewaan.
Yang melukakan dan sukar dirawat.
Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.

Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita

Dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita.
Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah.
Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman.
Kelak nanti ia akan menguntungkan kita.
Jika ada kesalahan, maafkanlah.
Jika ada kelemahan, perbaikilah.
Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia.
Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.

Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka.

Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka.
Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal.
Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...




Indahnya Mawar

Bunga mawar beraroma harum. Kelopak-kelopaknya begitu tertata banyak dan melindungi benang sarinya dengan saksama. Mawar juga tidak mudah menggugurkan mahkota-mahkota bunganya. Betapa mawar tetap bermahkota dan berkelopak, meskipun mungkin bila ia dipetik dengan tangkainya. Dan ia diletakkan tanpa air, ia mungkin layu tapi mahkotanya tidak gugur!

Bunga itu masih lagi dilindungi kelopaknya yang tak kalah teguh. Bukan itu saja! Kau tahu.....? Mawar begitu sulit terjangkau! Harus berhati-hati memetiknya sebab tangkainya yang meskipun kecil namun kukuh dan berduri.

Saudariku jadilah engkau wanita seperti mawar yang begitu indah dipandang. Kecantikannya terpancar dari sebuah keteguhan yang dalam. Bukan hanya cantik dari fizikalnya semata, namun dia memancarkan kecantikan yang lain. Kecantikan yang membawanya pada sebuah darjat yang begitu tinggi.

Wanita yang seperti bunga mawar memiliki keteguhan prinsip. Dia mengerti setiap detik dari dirinya begitu berharga untuk itulah dia menjaganya dan melindunginya dengan saksama. Lihat betapa banyak ‘senjata’ yang dimiliki mawar untuk melindungi putik dan benang sarinya. Itulah, wanita apalagi wanita Islam dituntut untuk selalu menjaga dirinya. Kerana setiap bahagian jasad, roh dan akalnya memiliki potensi keindahan.

Wanita yang berkarakter mawar juga sangat teguh pendiriannya, dia tidak mudah meluruhkan harga dirinya. Untuk hal-hal yang tidak sesuai dengan jalan prinsipnya. Lihat, betapa mawar tidak mudah menggugurkan mahkota bunganya meskipun ia layu. Wanita-wanita seteguh mawar tidak akan meluruhkan kehormatannya dia akan menjaganya meskipun ia harus berjuang untuk itu.

Satu lagi.....
Mawar tidak mudah dipetik. Semua orang tahu bahwa wanita memiliki banyak pesona, namun pesona itu tidak membuatnya pongah. Pun begitu, wanita berkarektor mawar selalu memancarkan keramahan dan kebaikan. Tapi untuk mendapatkannya? Nanti dulu! Bukan jual mahal, tapi ia memiliki izzah (harga diri, kehormatan, rasa PD, bangga bukan kerana dirinya tapi ‘bangga’ kerana ia memegang teguh Islam dan segala peraturannya).

Pesona mawar membuat orang tidak berani mempermainkannya. Pesona karektor ‘mawar’ akan menyeleksi siapa yang beruntung mendapatkannya dengan cara yang baik. Bukan menyerobot apalagi memetiknya dengan paksa! Sebab jika itu dilakukan, Sang Mawar akan melukai tangan pemetiknya yang kasar dan tidak beradab, iya kan?

Maka, siapapun yang ingin memetik mawar-mawar muslimah itu, ia haruslah seorang yang memiliki keteguhan dan daya juang! Ia harus meminta mawar-mawar muslimah itu dari pemiliknya Siapa pemiliknya? Sang pencinta mawar itu dan pemilik kebun mawar yang sejak kecil merawat dan menjaga Sang Mawar agar tumbuh menjadi muslimah yang teguh.

Bagaimana? Jika kalian baca tulisanku ini dan kalian seorang wanita muslimah. Semoga kalian bergegas untuk menjadi kuntum mawar terindah di kebun rumah orang tua kalian. Jika kalian seorang laki-laki, seorang muslim dan sedang ‘mengagumi’ salah satu kuntum mawar itu bersiaplah untuk menjadi pemetiknya yang ‘sekufu’ bukan kerana hal-hal yang tampak tapi dari cara kalian memetiknya!

Ketuklah pintu pagar di mana mawar itu tumbuh. Datangi keluarga di mana mawar itu tumbuh dan terjaga (jangan asal slonong apalagi merosak dan memaksanya!). Kemudian mohonlah pada Sang Pencipta mawar itu kerana Dialah pemilik dan pemeliharanya yang hakiki. Mohonlah agar Ia berkenan menjadikan kalian sepasang insan yang menebarkan kebaikan di taman bumi dan mengetuk syurga dengan keagungan yang terjaga!

Kalau Roboh Kota Melaka

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata;
Nyawa dan badan hamba serahkan.
Andainya benar.....
                                       janganlah sampai terluka
KERANA....
Cinta saling memerlukan....

Mesyuarat PIBG 2011

Pada 28.02.2011 yang lalu sekolah aku SJKC Mentakab 1 telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2011. Selepas mesyuarat acara penyampaian hadiah kepada murid2 yang mendapat 7A dalam UPSR juga diadakan. Tidak ketinggalan juga bagi murid-murid yang mendapat 1A...tapi hadiahnya tak banyak la..cuma RM20.00 je utk setiap A yang diperoleh. Kaya betul PIBG sekolah Cina ni kan..tak macam di SK...itulah budaya mereka..tetap bersatu walaupun dlm keadaan apa sekalipun. Nilai dewan sekolah akupun mencecah 2 juta...tupun sbb sponser PIBG.Setiap tahun guru-guru di sini diberi ganjaran...utk lawatan cikgu2 kat sini saja sekurang2nya RM10 ribu diperuntukkan....Best jugalah mengajar di sini...seronok kami berjalan..bawa perut je..  


 Sempat juga kami berposing...

Macam biasalah rutin aku dan guru2 Melayu apabila tiba masa mesyuarat. Jamuan tu bahagian kami la...Maklumlah ramai juga parent Melayu yang hantar anak-anak mereka ke sini. Ini bukan apa..dah sah HALALnya jika kami yang sediakan...dah 11 tahun..rutin tetap sama..kembang dibuatnyer... 
Letak2 je dalam pinggan.....
 
Dah siap........

Friday, March 4, 2011

Sayangku Along

Hari ini aku intai-intai profil anakku Along di dada FB.Terlihat olehku sesuatu yang mengusik hati.Dah besar rupanya anakku.Tak sedar masa begitu pantas berlari...pejam celik,pejam jelik...dah besar dah rupanya anak teruna aku.Kalaulah aku miliki anak dara sebesar Along, sudah tentu aku punya teman untuk berkongsi segalanya.Terfikir olehku..adakah wajah anak daraku seirasku atau seiras bapanya.Tentu comelkan...Kadang-kadang terdetik di hati ingin menambah lagi..namun bimbang dgn kesihatanku yang ada Thalasemia dan anemia apabila mengandung,hubbyku selalu nasihatkan aku agar hentikan sahaja angan-anganku itu.Tinggal angan-angan ajelah...seronok apabila dapat melihat anak dara orang kan..namun apa daya....Aku tetap bersyukur anak2 ku dikurniakan kesihatan yang baik.

Walaupun ketika mengandungkan Along aku alami alahan yang begitu teruk sehinggalah aku melahirkannya tidak cukup bulan. Namun ketentuan Allah...32 minggu sahaja aku selamat melahirkan Along. Kata orang kalau baby dilahirkan 8 bulan..ia tidak kekal...Aku berserah je masa tu...Di kejarkan ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur bukanlah mudah bagi aku tanpa ditemani hubby...Hubby lambat tiba...Bayangkanlah perasaan aku ketika itu...Melahirkan bayi sulung...

Along lemas dalam perut kerana ketubanku bocor...Aku dipaksa bersalin, tetapi syukurlah aku mampu bersalin normal. Itupun disebabkan hubby lewat tiba...kalau awal mungkin aku dah dibedah agaknya. Syukur Alhamdulillah...Along lahir dengan berat 2.3kg, dia diberikan bantuan pernafasan tapi tak perlu dimasukkan ke dalam akubeter. Siapa sangka..dengan badan yang berlendir ketika itu....Ada juga jiran yang datang melawat ketika itu berkata-kata..."macam katak pisang je jari2 nya".....itulah Along ketika kecil.

Kini tak sangka Along semakin dewasa dan mampu memimpin. Di RMC Along berjawatan. Katanya hanya mereka berlima sahaja yang ada bilik sendiri..ada keistimewaan sikit berbanding student2 lain di situ.Syukurlah...Ibu sentiasa mendoakan kejayaanmu Along. Mudah-mudahan Along sentiasa sukses dan beroleh kejayaan cemerlang dalam SPM tahun ini. Semoga cita-cita Along untuk belajar di luar negara tercapai. Insya Allah.


Gambar Along yang kucuri di FBnya..bersongkok hitam tanpa belang...
Memang dah besarpun anak aku...terasa betapa tuanya aku kini


Hanya Ada Satu Nama






Dinginnya malam menemani hatiku
Yang terselimuti kesedihan akan rindu
Jalan khayalpun berjalan dari satu ke yang lain
Tapi tetap satu tak ada yang lain “satu nama.”

Langkahku terhenti saat hati mulai mencair kerana rindu…
Tataplah mentari, kerana hari ini semuanya harus kita akhiri
Genggamlah jariku, kerana mungkin kita
Tak mungkin kembali ke masa-masa ini…
Peluk tubuhku ini, kerana sungguh… aku ingin..

Saat kututup mataku,
Terbit keinginan untuk bawa kamu
Jauh ke dalam kehidupanmu
Saat kuyakinkan hati ini bahwa kamu mampu
Bertahan dengan semua keadaanku saat ini
Selalu ada sesuatu yang memaksa aku berfikir
Kembali untuk melangkah lebih jauh
Sampai di titik ini, aku harus menjawab…

Tuhan..
Sampaikan padanya
Tentang rinduku....
Tentang rindunya yang selalu kutunggu
Tentang rindunya yang rindu padaMU..



Kiranya Kuperoleh Senyumanmu

Matahari yang bersinar kadang-kadang menenangkan

Kekadang menyilaukan..

Air pun kekadang bisa membasuh dahaga menjadi senyuman.

Namun ia bisa berubah begitu menakutkan..

Tak ubahnya hidup kita..

Kekadang ia membuat kita tertawa...

Kekadang kita merasa menjadi manusia paling merana.

Hargailah setiap air mata yang menjadi tangis...

Kerana tawa takkan terasa tawa..

Jika kita tak dapat menghargai air mata....

 

KOLEKSIKU

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati
tidak sanggup menerima penderitaan


CINTA LAMA KEMBALI BERSEMI

Andai hari ini kita lakar sebuah senyuman bahagia
Kerana CINTA
Esok belum tentu tawa menjadi setia pada CINTA
Bahagia,suka, gembira bukan hasil lakaran CINTA
Namun ianya lahir dari ketentuan dariNya

Jadikanlah Aku Temanmu