photo 627201q5jaigt1eg.gif

Friday, March 4, 2011

Sayangku Along

Hari ini aku intai-intai profil anakku Along di dada FB.Terlihat olehku sesuatu yang mengusik hati.Dah besar rupanya anakku.Tak sedar masa begitu pantas berlari...pejam celik,pejam jelik...dah besar dah rupanya anak teruna aku.Kalaulah aku miliki anak dara sebesar Along, sudah tentu aku punya teman untuk berkongsi segalanya.Terfikir olehku..adakah wajah anak daraku seirasku atau seiras bapanya.Tentu comelkan...Kadang-kadang terdetik di hati ingin menambah lagi..namun bimbang dgn kesihatanku yang ada Thalasemia dan anemia apabila mengandung,hubbyku selalu nasihatkan aku agar hentikan sahaja angan-anganku itu.Tinggal angan-angan ajelah...seronok apabila dapat melihat anak dara orang kan..namun apa daya....Aku tetap bersyukur anak2 ku dikurniakan kesihatan yang baik.

Walaupun ketika mengandungkan Along aku alami alahan yang begitu teruk sehinggalah aku melahirkannya tidak cukup bulan. Namun ketentuan Allah...32 minggu sahaja aku selamat melahirkan Along. Kata orang kalau baby dilahirkan 8 bulan..ia tidak kekal...Aku berserah je masa tu...Di kejarkan ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur bukanlah mudah bagi aku tanpa ditemani hubby...Hubby lambat tiba...Bayangkanlah perasaan aku ketika itu...Melahirkan bayi sulung...

Along lemas dalam perut kerana ketubanku bocor...Aku dipaksa bersalin, tetapi syukurlah aku mampu bersalin normal. Itupun disebabkan hubby lewat tiba...kalau awal mungkin aku dah dibedah agaknya. Syukur Alhamdulillah...Along lahir dengan berat 2.3kg, dia diberikan bantuan pernafasan tapi tak perlu dimasukkan ke dalam akubeter. Siapa sangka..dengan badan yang berlendir ketika itu....Ada juga jiran yang datang melawat ketika itu berkata-kata..."macam katak pisang je jari2 nya".....itulah Along ketika kecil.

Kini tak sangka Along semakin dewasa dan mampu memimpin. Di RMC Along berjawatan. Katanya hanya mereka berlima sahaja yang ada bilik sendiri..ada keistimewaan sikit berbanding student2 lain di situ.Syukurlah...Ibu sentiasa mendoakan kejayaanmu Along. Mudah-mudahan Along sentiasa sukses dan beroleh kejayaan cemerlang dalam SPM tahun ini. Semoga cita-cita Along untuk belajar di luar negara tercapai. Insya Allah.


Gambar Along yang kucuri di FBnya..bersongkok hitam tanpa belang...
Memang dah besarpun anak aku...terasa betapa tuanya aku kini


No comments:

Post a Comment