Friday, April 29, 2011

MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA?

Terbaca sebuah coretan seorang rakan fb..aku kongsikan di sini sebagai kenang-kenanganku...hanya sekadar berkongsi rasa dan pesanan buat mereka yang belum MERASA...

Jika kamu memancing ikan...Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu...Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,hendaklah kamu MENJAGA hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,yang kamu pasti baik untuk dirimu...Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...Terlalu ingin mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL...

IRINGI DESAH NAFAS DGN ZIKRULLAH

Assalamu Alaikum Wr.. Wb..

Terasa ingin menulis meskipun idea tak seberapa....
Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas..
namun dalam setiap tarikan nafas itu aku tetap menyedari bahawa dalam setiap tarikan nafas itu pasti ada segala-galanya yang tersembunyi..

Setiap tarikan nafas yg di hembuskan,
di dalamnya berlaku (takdir) ALLAH.
Jangan kosongkan hati dari mengingat ALLAH, di manapun kita berada.
Sebab akan dapat memutuskan muraqabah kita dari hadirat-Nya.

Tarikan nafas seorang hamba akan terus berlangsung selama hayat masih di kandung badan.
Pada setiap tarikan dan hembusan nafas itu berlaku hukum dan takdir ALLAH, kerana hal itu merupakan bahagian yg tidak terpisahkan dari kehidupan manusia.

Setiap desah nafas merupakan bagian terkecil dari rentang waktu (usia) kehidupan seseorang.
Rentang perjalanan kehidupannya menuju ALLAH, seiring dengan tarikan dan hembusan nafasnya, oleh sebab itu, di dalamnya terdapat hak-hak ALLAH yg harus dipenuhi oleh seorang hamba.
Setiap hamba akan dipertanggungjawabkan hal itu, termasuk nafas yg juga amanat daripada ALLAH.

Berbagai peristiwa yg datang singgah di hati, akan terus terjadi.
Kehadiran peristiwa hati itu, janganlah membuat kita sibuk dengannya sehingga terputus bermuraqabah, teruskan beramal yg dapat mendekatkan diri kepada ILAHI, tanpa pengaruh oleh kejadian yg datang silih berganti.

Imam Al-Bahgawi berkata di dalam kitab tafsirnya.
Bahawa cubaan itu, berupa keburukan dan kebaikan, kesusahan dan kemudahan, sihat dan sakit, kaya dan miskin.
Di katakan pula bahawa cubaan itu berupa segala hal yg kita sukai dan yg kita benci.
Terhadap kenikmatan yg kita sukai, seberapa jauh kita boleh mensyukurinya, dan terhadap musibah yg tidak kita sukai, seberapa jauh kita boleh bersabar menghadapinya.

ALLAH SWT. Berfirman:
"....KAMI akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yg sebenar-benarnya).
Dan hanya kepada KAMI-lah kamu di kembalikan."
[QS. Al-Anbiya': 35].

Langgengkan Zikrullah, teguhkan perjalanan menuju TUHAN, jangan berpaling pada selain DIA.
Jadikan zikir sebagai benteng perjalan kita, pada setiap tingkatan yg telah kita capai.

Jangan berhenti sampai di sini, kuatkan perjalanan seraya memohon pertolongan-Nya.
Terhadap keindahan dan keelokan pemandangan, jangan membuat kita terkecoh dan terpedaya olehnya.
Katakan!, bahwa selain ALLAH bukanlah tujuan, tidak pula keindahan dan keelokan yg di pertontonkan
tidak pula yg lainnya, kecuali ALLAH SWT semata.

Wednesday, April 20, 2011

Dari Kekasih Buat Kekasih

"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.
-Artikel iluvislam.com

Tuesday, April 19, 2011

Terlalu Banyak Ketawa Lalaikan Manusia Kepada Kematian

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.
Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” – (Surah at-Taubah, ayat 82)Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Perbuatan itu dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

Friday, April 15, 2011

♥♥Buat Seorang Wanita Bergelar Muslimah♥♥

Kami hanyalah hamba-Mu yang dhaif ya Allah...

Hanya mencari-Mu tatkala susah...

Lupa akan diri-Mu bila senang datang...

Namun kita punyai impian yang belum terwujud.


Bisakah kita menjadi mujahidah solehah,

Seagung jasad Siti Khadijah,

Setiap detik adalah igauan Rasulullah.


Bisakah kita setabah Sumayyah,

Setiap saatnya hanyalah dugaan dan jerih payah,

Namun Rabbulkarim tetap disembah.


Bisakah kita sekental Masyitah,

Hidup berpasrahkan Tuhan yang Izzah,

Walau Fir'aun sezalim penjajah,

Datang menggugat setiap abid yang pasrah.


Bisakah kita sepintar Aisyah,

Rujukan ulama tatkala gundah,

Srikandi ilmuan disegani ummah.


Bisakah kita sesetia Fatimah,

Mengabdikan diri pada Ali Karramallah,

Suami impian setiap zaujah.


Izinkan Jannatul Firdaus milikku ya Allah...

Walau kita hamba yang lemah...

Hanya Kudrat-Mu bisa merubah...

Amin ya Rabbal Alamin

Wednesday, April 13, 2011

Doa Memohon Keampunan


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي وَجَهْلِي وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي جِدِّي وَهَزْلِي وَخَطَئِي وَعَمْدِي وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي

“Ya Allah ampunkanlah kesalahanku,
kejahilanku,
sikapku yang melampaui batas dalam urusanku
dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah,
ampunkanlah aku,
kesalahan yang aku lakukan secara serius mahupun saat bergurau dan ampunkanlah juga kesalahanku yang tidak sengaja
dan sengaja,
ampunkanlah segala kesalahan yang kulakukan”
Amin ya rabbal alamin..

Di atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Putrajaya

Di atas sindirin kata-kata,
kita susunkan bata.......Putrajaya
Putrajaya (ڤوتراجاي )

Puisi yang bukan sekadar ilusi.....
Demikian gema gempita semangat Merdeka
Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata
Yang menyelusuri zaman Merdeka
Kita jadi semakin mengerti
Semata-mata kuasa di tangan bukan pertanda bangsa berjaya
Kemiskinan, kedaifan, kejahilan dan timbunan peluang tersia-sia
Mendamparkan bangsa itu
Pada taman asing yang mereka pertuankan
Yang lain pula menjadi gelojoh
Oleh runtunan haloba
Segalanya mereka rempuh
Menganggap diri mereka panglima belantara
Pada musim kemarau nurani
Embun serta keringat Merdeka tidak lagi sudi menitis
Melayu tidak belajar dari sejarah 450 tahun terjajah
Mewarnakan sejarah mereka
Dengan dendang dan hibur hati bangga
Dengan ceritera dongeng yang mereka cipta
Yang remeh itu utama
Yang utama itu remeh
Yang kecil dialamkan
Yang alam dihamakan
Melodi ceritera yang sungguh
mengasyikkan
Kata mereka: Takkan Melayu hilang di
dunia
Sambil menggigit jari jemari
Merekapun menjadi kuli di negaranya sendiri
Lama sudah runtuhnya Kota Melaka
Kita tidak kembalikan kota itu dengan papan dijawa
Pun tidak kita bina tugu ingatan
Di Prang Besar kita tidak selera berperang
Dengan tangan-tangan halus arkitek anak watan
Dengan iringan doa dari rekahan bibir
Petani di bendang
Nelayan di lautan
Di sini kita bina mercu tanda bangsa
Suatu gergasi megacity
Suatu jaringan menjangkau seluruh jagat
Suatu taman himpunan segala bau-bauan jutaan flora
Suatu simbosis insan dan alam
Kita namakan sempena nama bapa putera negara
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka
Di mercu ini kita zahirkan seni budaya bangsa
Dengan segala kelazatan muzik alam
Serta hidangan dan hamparan seni taman
Bersih - indah - tertib - teratur
Adunan tamadun tinggi
Jumlah segala cita-cita dan harapan
Membongkar segala-gala yang telah hilang
Dan kita tidak payah mengambil nyawa sendiri
Untuk menebus maruah itu
Dari sini kita menyusun langkah dengan yakin
Membina bangsa dengan cara kita
Dengan apa yang ada
Menghadapi cabaran dengan segala ketahanan
Cukup tangkas menangkis dari menjadi korban kali kedua
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka


Kau tetap utuh...Tq to my idola..:
Yang Amat Berberhormat Tun Dr. Mahathir Mohammad:
"Yang Remeh Itu Utama..
Yang Utama Itu Remeh..
Yang Kecil Itu Alam..
Yang Alam Dihamakan..."




Monday, April 11, 2011

UNTUKMU SAHABAT

Kenapa perlu mencari..
Andai sudah tidak diperlu lagi..
Kenapa perlu menghargai hari ini..
Setelah semalam dibiar menyendiri..
Jika sayang itu rahsia hati..
Terkadang harus sama dikongsi..
Jangan dibiar terpendam sunyi..
Bimbang berlalu pergi lantas disesali

Himpunkalah senda tawa kita,
Andainya engkau kerinduan,
Itulah jadi penawarnya.
Dan kupohon,
Ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu

Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita,
Di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti.
Sungguh,
Ku menyanyangimu wahai sahabat...

Sesungguhnya,
Aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku,
Dan aku akan selalu menyayangi persahabatan ini tidak kira aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi.

Friday, April 8, 2011

Mesyuarat Pibg & Hari Terbuka (02 April 2011) Slideshow

Mesyuarat Pibg & Hari Terbuka (02 April 2011) Slideshow: "TEST TripAdvisor™ TripWow ★ Mesyuarat Pibg & Hari Terbuka (02 April 2011) Slideshow ★ to Kuala Lumpur and Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Lawatan Murid-Murid Tahun 6 (22-25 Okt 2010) Slideshow

Lawatan Murid-Murid Tahun 6 (22-25 Okt 2010) Slideshow: "TEST TripAdvisor™ TripWow ★ Lawatan Murid-Murid Tahun 6 (22-25 Okt 2010) Slideshow ★ to Perlis, Perak and Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"