Sunday, July 7, 2013

ASAM PEDAS UNTUK DIA

Dah lama menjadi koleksi...akhirnya hari ni terlayan juga ASAM PEDAS UNTUK DIA..

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!


Sukan Sekolah 2013

Setelah 2-3 minggu berlatih...akhirnya hari ini berlangsung juga Temasya Sukan di sekolahku SJKC Mentakab 1. Alhamdulillah, cuaca yang cukup indah, segala acara selesai tepat pada waktunya. Tahniah buat Pasukan Rumah Merah yang menjuarai acara sukan pada tahun ni.Kami para guru tetap happy meskipun keletihan.......Lihat sahaja acara pegawai...guru2lah yang paling happy, berskipping, mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.












Misteri surah Al-Fatihah

MISTERI SURAH ALFATIHAH ~Perkongsian daripada seorang sahabat FB



1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu


SUKA DIINGATKAN: 
BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada
Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur,sebelum melakukan 4 perkara
iaitu :
1. Khatam Al Qur’an
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah SurahAl -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan AlQur’an). Dan Bacalah selawat
untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah
untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil,dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
~ MAFHUM DARI HADIS ~

Monday, July 1, 2013

Wacana Tunas Cipta-DBP

Hari ini 2 Julai 2013, berkesempatan menghadirkan diri untuk Seminar Sehari/ Wacana Tunas Cipta "Benarkah Sastera Melayu Tiada Nilai?" yang telah diadakan di Dewan SJK(C) Khee Chee anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).



Agak terpegun dengan sasterawan negara yang tidak asing lagi iaitu Dr.Lim Swee Tin, Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia. Insan sastera yang serba boleh.Sempat juga aku rakamkan syair yang dilagukan..Memang cukup Indah...
video 

Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin berpengalaman luas dlm bidang penulisan kreatif telah menghasilkan lebih 60 buah buku secara perseorangan, manakala lebih 120 buah lagi dlm bentuk antologi bersama pengarang-pengarang lain. Aku amat kagum dengan kesungguhannya memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
Memang benar, "Sastera Dapat Memanusiakan manusia"
Mengapakah SASTERA semakin ditinggalkan?
Tanpa SASTERA bagaimana kita dapat mengidentitikan budaya kita...Aku mulai terfikir...Jika seorang lelaki berbangsa lain mampu memartabatkan Bahasa, Budaya/ Sastera negara kita...mengapa tidak KITA?

Pertahankan Bahasa...Sastera milik kita...Identiti kita..
Memang dunia ini panggung wayang yang besar, nanti kita akan melihat cerita-cerita yang tidak pernah masuk akal dimainkan orang.:
~Sasterawan Negara Keris Mas~
"Kalung Mutiara" dalam mastika, November 1948.