Dah lama menjadi koleksi...akhirnya hari ni terlayan juga ASAM PEDAS UNTUK DIA..
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku
bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku.
Buat pertama kalinya, asam pedasku
mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak
majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya.
Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin
membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja
di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.
Setelah berfikir
panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat.
Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan
teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak
dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan
menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun
halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku.
Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku
hamil anaknya!
No comments:
Post a Comment