Wednesday, August 31, 2011

ANdainya KaU MeNgErti

“Assalamualaikum.”
Kepalanya dikalih. Keningnya dijungkit ke arah suara yang memberi salam.
            “Saya Mikail Hafizam.”
Dahi Que dah berkerut tiga lapis. Sekelilingnya dipandang. Namun suaranya masih lagi tidak kedengaran.
            “Saya kawan Asyraf…yang mintak nak jumpa Iqtiyani.”
            “Ouh! Kenapa?”
            “Awak tak kenal saya?”
Kepala digelengkan dengan mata masih terlekat di tengah-tengah lautan.
            “…saya Ijam, the one yang awak pernah luahkan cinta awak.”
Que lipat maut. “Huh?”
            “Iqtiyani….don’t play fool with me. Dah hampir seminggu saya cuba berkomunikasi dengan awak. But you seem like dismissive…”
                “So what do you expect from me?” suaranya datar kedengaran.
            “So memang betul la awak gurl yang pernah mesej saya tu…” Ijam agak terkejut.
Ijam yang duduk jauh di hujung kayu dipandangnya sekilas. “Maaf, saya tak perasaan tadi. Pepe pun nice to meet you. Excuse me.”
Hajat dihatinya untuk melangkah pergi dari situ terbantut.
            “Why? Trying to escape?” Ijam jeling sekilas.
Tawa kecil yang meletus dai bibir Que menarik perhatian Mikail. Wajah kuning langsat itu diperhatikannya sejenak.
            “Perlu ke kenangan lama diungkit? Untuk apa?”
            “…saya tahu awak masih mencintai saya…”
Que tersenyum. Senyuman yang tak tertafsir maknanya, hanya dia yang mengetahui.
            “Tujuh tahun bukan satu jangka masa yang pendek. Tujuh tahun cukup untuk melupakan dan dilupakan. Tujuh tahun juga cukup untuk merawat segala duka yang terlakar…”
            “Bibir boleh mengatakan yang awak dah melupakan. Tapi hati awak sebenarnya masih lagi mengharapkannya…” Ijam pantas memotong.
Kepala dilipat maut. Gelak ketawa halusnya spontan terletus. “Mudahnya seorang lelaki…bila hati dah jatuh suka, ape pun sanggup dilakukan. Bila hati tak suka, seribu alasan meniti dibibir. Mikail Hafizam Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya…kerana keelokan paras itu dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah dengan sekelip mata.”
Ijam yang terkedu seribu bahasa dikerlingnya sekilas sebelum kembali menyambung bicara.
            “Penolakan awak kerana siapa saya ketika itu sudah cukup untuk memberikan sebuah jawapan yang pasti. Tiada ragunya lagi…
            Memang benar, saat hati dah mula sayang akal seakan-akan hilang kewarasan…sering menidakkan apa yang benar. Bukan mudah bangkit dari satu kelukaan…bukan mudah untuk kembali senyum saat diri terluka…bukan mudah untuk melupakan saat hati mula belajar menyayangi…
            Namun, kekecewaan yang hadir itu mengajar diri ini tabah. Tak kan mati hati ini hanya kerana cinta yang tak kesampaian…tak kan lumpuh jasad ini hanya kerana cinta yang tiada balasan…tak kan pernah diri ini mengaku kalah hanya kerana cinta seorang insan. Hati yang sering terluka kerana cinta, hanya secebis dari ujian-Nya.
            Pabila perahu hanyut tak berpenghuni, hanyutnya tidak akan lagi singgah di pelabuhan…begitulah hati yang terluka. Tak perlu diratapi kekecewaan yang hadir kerana tiada manusia yang bergembira sepanjang masa, namun ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara bilamana kita sedar hakikat sebenar kehidupan ini.
            Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
            Maaf andai terkasar bahasa…saya cuma manusia biasa yang dikurniakan seribu rasa. Saya pernah takut akan ketibaan hari ini... Takut kerana bimbang saya tak cukup kuat untuk mengetahui perasaan saya saat ini tiba…”
Ijam memandang Que penuh minat.
            “…alhamdulillah, doa saya selama ini dimakbulkan-Nya. Tiada dendam, tiada api kemarahan, tiada rasa benci disudut hati ini... Seribu kesakitan terpaksa ditempuhi hanya untuk melupakan. Tak sejerih untuk meraih sebuah cinta… Hati berkali goyah, minda seakan-akan mengaku kalah, jiwa seakan lemas dalam lautan nafsu…hanya iman didada menjadi tugu. Terus berdiri tegak, biar pun badai datang menimpa.
            Namun bila sekali hati dah redha akan ketentuan-Nya, rasa damai itu kembali menyapa. Tak lagi perlu untuk menjadi hipokrit, tak lagi perlu pelbagai alasan untuk mengelak…”
            “Means?” Ijam masih keliru.
            “Hati saya dah bebas dari belenggu cinta yang berpaksikan nafsu yang didorong oleh syaitan durjana.”
Jawapan pendek yang cukup padat dari ulas bibir Iqtiyani cukup membuatkan Ijam terdiam.
            “Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit di masa lalu…” tanpa nada dia menuturkan. Hanya mata yang masih lagi setia ditengah lautan.
            “Maaf andai terkasar bahasa. Urusan kita dah selesai, Alhamdulillah. Assalamualaikum.”
Langkah Que yang menjauh dipandang dengan ekor matanya. ‘Ya Allah…akhirnya dia mengenal makna cinta-Mu yang sebenar. Terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doaku.’ Kepalanya didongak ke langit, bibir tersenyum indah. Terasa dadanya amat lapang.


‘Nur Iqtiyani Bashir…seindah namamu setabah dirimu. Rupa parasmu dan perilaku mu tak pernah aku letakkan sebagai garis pilihanku. Aku hanya mahu menjadikan mu sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Hanya layak dilihat oleh zaujmu…
            …sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok. Menghiasi taman-taman yang indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kerana itu aku berharap engkau mampu berdiri teguh tanpa perlu bergantung pada insan yang bergelar lelaki, agar kelak engkau mampu membentengkan dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah s.w.t…
            Saat pertama kali aku terpandang wajahmu, diwaktu engkau khusyuk memberikan tumpuan di dalam kelas…hatiku seolah-olah goyah, jiwa seakan terpaku, debar jantungku maha hebat berdegup laju, sekan-akan sesak nafasku. Saat itu, aku sudah jatuh hati padamu Nur Iqtiyani bashir…
            …mengenali perwatakan mu, aku tak tegar untuk menyampaikan hasrat hati hinggalah kita terpisah membawa haluan masing-masing. Tiada kata-kata yang terucap. Hanya Dia Maha Mengetahui. Terus membesar dan menempa alam kematangan menjadikan aku mula mengenal hakikat kehidupan. Betapa jauhnya aku dengan-Nya…
            …saat itu engkau sekali lagi hadir menuntut jawapan yang mampu mengugat imanku. Saat aku mula bermujahadah, sekali lagi diri ini diuji. Cintaku pada mu dulu tak pernah mati. Di setiap doaku, mengharapkan engkau adalah jodohku. Namun saat engkau datang aku keliru… Namun aku bertuah, dalam kesamaran aku merangkak mencari arah, Dia menyuluhkan cahaya. Subahanallah Maha Suci Mu Ya Allah s.w.t...
            Nur Iqtiyani Bashir…maafkan aku andai kata-kata itu merobek sekeping hati lembut milikmu. Aku cuma mencuba untuk membuatkan engkau mengerti… agar kita tak terjebak dengan cinta palsu mainan syaitan durjana…
            Nur Iqtiyani Bashir…aku cuba mencari alasan yang kukuh terhadap tindakanku. Dan akhirnya aku menjumpainya… I haven’t found any entry in Islam that love before marriage is permitted. There’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. The reason quite enough strong to lead my decision...
            Nur Iqtiyani bashir…I want to build a family, a faithful one. I realize that I can never build it on what Allah s.w.t has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us.
            …a happy and blessed family come from Allah s.w.t, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah s.w.t doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah s.w.t on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning…

Maafkan aku, kekasihku…

-taken from Novel Just Ordinary-
by Dazz-

Saturday, August 13, 2011

Kerana Tak seorangpun SEMPURNA

Tak seorang pun sempurna.
Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak.
Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah
Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan khuatir untuk masa depan,
kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup, merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.
Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri,
semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.
Anda cuma mampu hidup sekali saja di dunia ini,
tetapi jika anda hidup dengan benar,sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingati.
Rasa takut bukanlah untuk dinikmati,tetapi untuk dihadapi.
Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah,dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya.
Persahabatan sejati adalah kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan di kala kita senang dan perisai ketika kita susah
Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,
Jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.
Kerana semua manusia itu baik kalau kita mampu melihat kebaikannya
Dan menyenangkan kalau kita mampu melihat keunikannya
Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan...kalau kita tidak mampu melihat kedua-duanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
Merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
Memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu,
Lebih tajam dari tusukan jarum,lebih pahit daripada hempedu dan lebih panas daripada bara.

Sesungguhnya hati adalah ladang,maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik
Kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya.

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.
Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Indahnya mutiara..namun Indah lagi mutiara yang terPILIH

Kerana DIA bukan MILIKMU

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria.
Pfftttt…sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan ada pada ketenteraman jiwa.
  
Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar pelbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan dengan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan terbukti, tidak setiap yang kita mahukan tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak ada satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa itu semua pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Padahal pada hakikat kegagalan adalah apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi natijah kita di dunia, entah rezeki, jabatan, kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, tidak akan kita dapat kita miliki, walau nyaris menghampiri kita, walau kita bermati-matian mengusahakannya.

Demikian juga bagi yang sedang berkeinginan tinggi terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar nilai kuasa Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik, berserah dalam doa kita tetapi benar-benar memohon kepada Allah: Harus dia Ya Allah... harus dia, kerana aku sangat mencintainya.Seakan kita yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksaan. Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah menghulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.
  
Wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Setelah kini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah kini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevannya dengan harapan kita akan berbahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup untuk di akhirat kelak!

Sudahlah, usah ditangisi apa yang bukan milikmu...
 

Bayangkan Andainya "Aku" Tak Setia

Just cerita untuk dikongsi....

Seketika wajah isteriku mengerut ketika pernyataan itu kuungkapkan semalam. Ada getar kemarahan yang siap terukir dari wajahnya, namun dia masih mencuba menahannya. Belum selesai tarikan nafasnya yang kesekian setelah pernyataan itu, dia terus membalikkan badannya memunggungi aku. Aku tersenyum, " berjaya … " fikirku.

Aku berjaya membuatnya semakin sayang kepadaku. Anda mampu saja melakukan hal yang sama (jika berani) untuk membuat sayang dan cinta pasangan anda tetap bergelora sepanjang masa. Memang, pernyataan itu mampu diimplikasi ketika anda tak segera mengklasifikasikannya. Seperti kejadian malam itu, setelah berbalik dan memunggungi, aku biarkan dia melakukan hal itu selama dia mahu. Kerana aku tahu, di benak hatinya terngiang-ngiang kata-kata: " bayangkanlah bila aku tak setia " dan di matanya, hanya diriku yang singgah di sana.

Dan itu terbukti, setelah beberapa minit aku fikir dia sudah tertidur dan bersikap bodoh dengan ungkapanku yang aneh itu, ternyata dia tidak mampu memejamkan mata dan terus memikirkan kata-kata itu. " Sayang ..., abangkan cuma berkata, bayangkan... dan itu belum tentu terjadi. Abang belum melanjutkan pernyataan berikutnya "

Selang satu jam dari pernyataan pertama, aku ucapkan pernyataan kedua, " Bayangkanlah, bila Abang pergi dahulu dari sayang kembali menghadap Allah ". Serta merta dia berbalik dan memelukku erat, beberapa titis air hening keluar dari sudut matanya yang cantik. Maaf, aku tidak mampu menceritakan kepada anda tentang kehangatan cinta dan sayang malam itu, jika anda tak melakukannya sendiri. Yang jelas, aku berjaya melakukan satu terapi yang tepat untuk tetap membuat isteriku sayang dan cinta kepadaku.

Bagaimana dan mengapa hubungan dapat berlangsung dan dapat gagal? Secara sederhana dapat dijelaskan, Anda tidak dapat menghargai apa yang anda anggap sebagai sesuatu yang memang sudah semestinya anda miliki. Inilah sebabnya mengapa orang-orang tidak merasa berbahagia dengan kehidupan yang mereka miliki. Mereka selalu menginginkan lebih banyak tapi tidak pernah bersyukur terhadap apa yang mereka miliki. Dan apabila anda tidak mensyukuri apa yang anda miliki, Anda akan mula beranggapan bahawa hal itu memang sudah semestinya anda miliki. Apabila anda memiliki anggapan yang demikian, maka anda tidak lagi menganggap berharga apa yang anda miliki. Dan apabila anda tidak menganggap berharga apa yang anda miliki, Anda tidak dapat menikmati apa yang anda miliki.

Hal yang sama juga berlaku dalam setiap hubungan. Dalam hal ini, bagi anda pasangan suami isteri, apabila pasangan anda menganggap anda sebagai orang yang memang sudah semestinya ada, maka dia tidak akan menganggap anda sebagai orang yang berharga dan dia akan mula mencari orang lain. Contoh sederhana, misalkan saja anda pergi berjumpa dgn doktor, dan doktor mengatakan bahawa anda akan kehilangan pendengaran, barangkali anda akan segera menyedari bahawa suara indah isteri anda tak akan pernah lagi didengari. Itu baru pendengaran, bayangkanlah jika tidak sekadar pendengaran yang hilang, misalnya, penglihatan atau bahkan pasangan anda pergi untuk selamanya.

Ada sebuah pesan Nabi agar kita sentiasa mengingat 5 hal sebelum datangnya 5 hal yang lain, yakni sihat sebelum datangnya sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, waktu lapang sebelum kesempitan tiba dan hidup sebelum mati. Pesan Nabi itu sentiasa mengingatkan kita bahawa rasa bersyukur kita akan muncul ketika diingatkan bahawa apa yang kita anggap sebagai sesuatu yang sudah semestinya kita miliki itu sesungguhnya belum tentu kita miliki (selamanya). Anda tidak mampu menganggap sesuatu yang sudah anda miliki kini sebagai hal yang tidak mungkin terpisah dari anda, kerana setiap waktu, semua yang anda miliki itu dapat saja hilang dan berpisah.

Anda pernah cemburu? Atau pasangan anda cemburu? Jangan khuatir, kerana itu justeru akan semakin mengeratkan hubungan anda. Apabila Anda atau pasangan anda sedikit mengkhuatirkan hubungan anda, ini ertinya bahawa di dalamnya ada unsur keraguan, sehingga kekhuatiran ini tidak akan menghilangkan keangkuhan dan tidak bersyukur. Untuk itu, anda perlu menciptakan unsur ketidakpastian agar anda tidak kehilangan kasih sayang untuk lebih mengeratkan hubungan.

Tanpa adanya unsur keraguan akan muncul perasaan bahawa " Anda akan selalu ada ". Apabila perasaan seperti ini muncul, maka pasangan anda tidak akan lagi menganggap bahawa anda orang yang luar biasa, sehingga hilanglah penghargaannya kepada anda. Jika pasangan anda sudah menganggap bahawa anda memang sudah semestinya ada, padamlah perasaan kasih sayang. Tapi jangan takut, dalam waktu sedetik anda dapat menghidupkan kembali perasaan sayang dan hubungan akan (semakin) menjadi erat dengan cara memperkenalkan unsur keraguan.

Satu kesalahan yang sering kita lakukan dan sangat disayangkan, ketika kita merasa tidak aman terhadap sebuah hubungan, kita justeru lebih memparahkannya dengan menegaskan bahawa anda selamanya miliknya, sehingga hilanglah unsur keraguan yang menyedarkan bahawa anda tidak selalu mesti ada. Sepintas lalu, setiap pasangan yang diberi kata-kata penegasan, bahawa anda miliknya selamanya, akan tersenyum. Padahal kalau mahu direnungi lagi, hal itu jelas merupakan kesalahan yang fatal. Inilah fakta tentang karektor manusia. Jadi, jika ingin terus disayang dan dicinta, ingatkanlah selalu pasangan anda agar sentiasa menganggap bahawa setiap saat dia boleh saja berpisah dan kehilangan anda. Berani mencuba? Hmmm …

Rujukan:
David J Lieberman, penulis buku Get Anyone To Do Anything

Bayangkan apabila "Aku" tak setia...

KEMBALI TERSENYUM

•Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Kerana walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan


"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Monday, August 8, 2011

~~PANAHAN SENGSARA~~

Malam ini gelap,
Suram sekelam nuraniku,
Hatiku kian mati diulit hawa nafsu,
Sepi ku parah dimamah rindu,

Secubit rindu jadi seribu sendu,
Lidah bak seabad kelu,
Cinta tulus lecur dicarik sembilu,
Hati sakit kian pedih dipahat rindu

Kasih jadi dendam
Menghakis bagai api membaham sekam
Wajahmu tidak tegar kulupakan
Manjamu membisul kesumat rindu

Langit tidak lagi biru di mataku
Merah ditakluk jajahan senja berdarah
Malam pasti tak secerah siang
Unggas bersiul berarak pulang

Bintang tetap menghias langit malam
Hatiku yang ditutup mendung kesunyian
Bakal pasti bulan dibayangi awan
Rindu sudah tenggelam di ufuk kesyahduan …

~~AIR MATA CINTA~~

Titis hujan yang melambai di kaca jendela,
Mencari deruan aliran sungai,
Aku mencari ruangan di hatimu,
Kutemukan telaga,
Sebuah genangan sunyi,
Tanpa ombak tanpa nyanyi,
Lalu kutenggelam dalam bening puisi,
Itulah yang istimewa tentang dirimu,
Ketika segayung hujan,
Membasuh telapak tanganmu,
Aku terhanyut di situ,
Lautan teduh dalam dakapanmu,
Maka aku menyapa hujan,
Memelukmu deras,
Mencium parasmu dengan kucupan rintik,
Yang tak pernah tuntas,

Di telapak tanganmu,
Aku mengembara tanpa berhenti,
Menyusuri garis - garis sungai keberuntunganku,
Setiap garis adalah makna,
Membawaku pada muara bernama CINTA...

~CiNtA Si Mawar Putih~

~Diri ini~

Di saat aku ditimpa bencana, aku seringkali memohon kepadaMu..
Ketika bencana itu hilang, aku melupakanMu. Telah terlalu banyak janji- janji manis kutabur padaMu.
Aku sering memungkiri janji-janjiku padaMu.
Betapa hinanya aku di sisiMu…

Ku akui aku seringkali membiarkan diri ini tewas pada pautan nafsu.
Aku biarkan diri ini tertipu dengan benda yang dipanggil fitrah..
Aku biarkan diri ini tenggelam dan alpa dalam nikmat dunia yang palsu..
Aku telah jadikan semua itu sebagai puncak dan matlamat pencarianku.. betapa hinanya aku di sisiMu.

Aku telah menjadi semakin berani.
Berani meletakkan nasib ditangan ku sendiri..
Berani meletakkan diriku dalam golongan yang rugi.
Mengorbankan segalanya untuk benda yang tidak pasti..
Betapa hinanya aku di sisi Ilahi.

Ya ALLAH…janganlah Kau condongkan hatiku kepada kesesatan setelah Kau beri hidayah..
Kau penuhi permohonanku dan mudahkanlah perlaksanaan keperluanku.
Kau bantulah aku dalam memperbaiki amal ibadahku padaMu..
Kau bersihkanlah hatiku dari noda dan dosa..
Janganlah Kau tolak untuk memenuhinya sedangkan Engkau telah memberiku jaminan untuk itu.
Janganlah Kau tutup pintuMu sedangkan Engkau telah memerintahkan aku mengetuknya.

Anugerahkanlah aku segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhiratku dan masukkanlah aku ke dalam golongan yang berbuat baik kerana permohonan yang ku pohon dariMu dan yang mendapat hasilnya dari memohonnya dariMu, yang mendapatkan Kurnia dariMu kerana bertawakal kepadaMu dan yang mendapat perlindungan kerana melindungkan diri di bawah naunganMu.

Amin ya Rabb....

~~RINDU PERSAHABATAN~~

Persahabatan
Tiada juga keajaiban
Yang ada hak kebersamaan
Untuk selalu terus berjalan

Persahabatan
Bukan permainan
Bukan sebuah ujian
Bukan pula sebuah khayalan

Persahabatan
Adalah jambatan
Sebuah impian
Bila beza ungkapan
Bukan itu bunga perbalahan
Persahabatan
Untk mencapai satu tujuan
Nilai persahabatan
Selalu berharap semua teman
Menemukan kebahagiaan
Meski diri terbalut kesedihan

Namun
Persahabatan
Adalah perwujudan
Kasih sayang yang terlewatkan
Sebuah cinta yang tak terungkapkan
Nilai persahabatan
Akan selalu berbuah keindahan
Kerana persahabatan
TIDAK akan hilang di makan dek zaman....

Thursday, August 4, 2011

PERSAHABATAN

Bukanlah hanya tentang bagaimana MELUPAI
Tetapi lebih tentang bagaimana MEMAAFI

Bukanlah hanya tentang bagaimana MENDENGAR
Tetapi lebih tentang bagaimana MEMAHAMI

Bukanlah hanya tentang bagaimana MELIHAT
Tetapi lebih tentang bagaimana MERASAI

Bukan hanya tentang bagaimana MELEPASI
Tetapi lebih tentang bagaimana MENJAGAI

Bukan hanya tentang bagaimana MENERIMA
Tetapi lebih tentang bagaimana MEMBERI

Kadang kadang di saat seseorang melontarkan kata kata dalam kemarahan,boleh jadi itu adalah luahan kebenaran yang sudah lama terbendung dan tidak mampu lagi untuk disimpan.Dan itulah hakikat kepahitan untuk didengari serta dirasai.

Dan ada kalanya di saat seseorang melemparkan kata kata dalam kemarahan,boleh jadi itu cuma amukan emosi dan nafsu yang tidak terkendali hingga ada yang terluka oleh tusukan kata kata ibarat duri menusuk hati. Dan itulah hakikat yang belum tentu boleh diyakini kebenarannya.

Kadang kala kata kata manis dan lembut itu tidak semestinya bermaksud baik dan adakalanya kata kata pahit dan kasar itu tidak semestinya berniat buruk.
Walau apapun berusahalah untuk berkata baik serta berniat baik agar kebaikan itu akan sentiasa menjadi melodi indah di pita rakaman hati dan tertayang cantik pada visual hati kita.

Tuesday, August 2, 2011

PERSAHABATAN KITA

Sahabat bukanlah MATEMATIK yang dapat dihitung nilainya....
Bukan Ekonomi yang merupakan MATERI…
Bukan juga PPKN yang dituntut oleh ilmu…
Tapi sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa
Persegi punya 4 titik,,,
Segitiga punya 3 titik,,,
Garis punya titik awal dan titik akhir,,,
Tapi persahabatan kita seperti Lingkaran yang tidak mempunyai titik awal dan akhir…!!!
Aku mungkin bukan teman yang “sempurna” yang kamu cari…
Bukan juga yang “terbaik” di antara semua…
Tapi, satu yang pasti… aku salah satu teman yang akan selalu “Mengingatimu”…
Milikilah sebuah “hati” yang takkan pernah membenci…
Sebuah “senyuman” yang takkan pernah pudar…
Sebuah “sentuhan” yang takkan pernah menyakiti,,,
Sebuah “cinta” yang takkan pernah pindah ke lain hati…
Dan sebuah “Persahabatan” yang takkan pernah saling mengkhianati….
Sendiri bukan bererti sepi…
Bersama belum tentu bahagia,,,
Cinta belum tentu indah…
Menangis belum tentu juga sedih…
Berpisah jangan disesali,,,
Tapi, berpisah dengan “sahabat” itulah yang amat disesali….!!!!
Mungkin aku bukan siapa-siapa di matamu,,
Aku cuma mungkin sepenggal iklan dalam hidupmu…
Tapi, aku ingin kau tahu…
Aku akan tetap di sini untukmu…