Saturday, August 13, 2011

Kerana DIA bukan MILIKMU

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria.
Pfftttt…sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan ada pada ketenteraman jiwa.
  
Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar pelbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan dengan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan terbukti, tidak setiap yang kita mahukan tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak ada satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa itu semua pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Padahal pada hakikat kegagalan adalah apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi natijah kita di dunia, entah rezeki, jabatan, kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, tidak akan kita dapat kita miliki, walau nyaris menghampiri kita, walau kita bermati-matian mengusahakannya.

Demikian juga bagi yang sedang berkeinginan tinggi terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar nilai kuasa Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik, berserah dalam doa kita tetapi benar-benar memohon kepada Allah: Harus dia Ya Allah... harus dia, kerana aku sangat mencintainya.Seakan kita yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksaan. Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah menghulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.
  
Wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Setelah kini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah kini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevannya dengan harapan kita akan berbahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup untuk di akhirat kelak!

Sudahlah, usah ditangisi apa yang bukan milikmu...
 

No comments:

Post a Comment