photo 627201q5jaigt1eg.gif

Wednesday, October 29, 2014

Kenangan Batik Sekolah

Mampu berkongsi 3 koleksi batik yg disponser oleh pihak sekolah...walaupun harga batik berpatutan namun kami tetap menawan.












Sunday, October 19, 2014

Adenium

Adeniumku baru belajar berkembang..dan aku juga baru berjinak2 dengan adenium ni...mmg menggoda pandangan, sejuk mata memandang.








Friday, October 17, 2014

Kerabu Timun

Perkongsian daripada Aneka Resepi Kerabu

PUding RoTI

 Copy from Rahsia HAWA



Bahan-bahan:
4 keping roti
4 sudu besar gula pasir
2 biji telur
2 sudu besar butter
1 tin susu cair ideal- 375ml @ susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan cornflakes
kismis, badam, gajus- ikut suka hati je nak letak banyak mana… } bahan kering
2 biji aprikot (dihiris), 2 biji kurma (dihiris), 2 biji buah tin (dihiris) } bahan kering
* kalau tak ada buah tin dan kurma takpa, aprikot pun ok.
caranya:
1. sapukan roti dengan butter- sebelah bahagian roti sahaja.
2. potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan.
3. masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.
4. susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.
* di dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.
kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. biarkan roti kembang sekejap.
* masukkan adunan ke dalam pengukus. kukus dalam api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.
~ boleh di makan semasa panas atau sejuk (simpan dalam peti ais).
~ sedap dihidangkan semasa sejuk la sebab boleh dimakan dengan aiskrim vanilla atau sirap strawberi..
~ saiz hidangan untuk 2 orang sahaja ye..nak lebih sila adjust sendiri..hehee..
~ selamat mencuba!

Thursday, October 16, 2014

Sedondon

Hari ni sesi bergambar dengan murid-murid Tahun 6. Sementara menunggu giliran kelas, cikgu possing2 dulu...sedar tak sedar je dah nak sampai ke penghujung 2014.