Friday, June 13, 2014

NOTED

PERHATIAN SERIUS UNTUK SEMUA!



1.Kilang Bihun Beras Indah (KBBI) syarikat cina dimana sebelum ini telah ditarik lesen perniagaannya pada 2007 kerana beroperasi tanpa logo halal jakim serta beroperasi didalam kandang babi dimana berita ini telah keluar di buletin utama TV3. Tempat itu juga telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya kerana kilang ini hanya untuk mengaut keuntungan terus-terusan dengan beroperasi secara tidak halal, kotor dan jijik. KBBI akhirnya ditutup selama 2 tahun dan kini telah pandai pandai beroperasi semula dengan menggunakan nama syarikat yang baru iaitu daripada KBBI ditukar kepada KBB Resources.

2.Pemilik kilang bihun KKB Resources ini sebenarnya adalah pemilik yang sama bagi menternak babi. Mungkin tidak menjadi kesalahan jika ada lesen untuk menternak babi, cuma yang menjadi kesalahan adalah pemilik cina menggunakan kilang yang sama untuk membuat bihun dan menternak babi dalam masa yang sama.

3.Dan kandang ternak babi serta kilang bihun ini berkongsi saluran yang sama iaitu seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan. Penduduk di sekitar telah mengadu tentang pencemaran bau yang busuk dan tidak menyenangkan dimana jarak antara kilang babi/bihun dengan kawasan penduduk adalah sejauh 2 KM tetapi bau masih juga sampai tusuk ke hidung penduduk dikawasan tersebut. Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Ada beberapa orang penduduk kawasan telah terjejas kesihatannya kerana setiap hari menghidu bau busuk dari kilang babi/bihun ini.

4.Kini syarikat KBBI yang lama telah ditutup dan menukar lokasi kilang dengan menggunakan nama syarikat baru iaitu KBB Resources kini beroperasi seperti biasa dengan menggunakan jenama bihun yang sama. Antara nama syarikat bihun yang didaftarkan tetapi adalah pemilik yang sama adalah:

-KBB Resources Berhad
-Kilang Bihun Bersatu Sdn Bhd
-Kilang Bihun Bersatu (East Malaysia) Sdn Bhd
-Kilang Bihun Bersatu Beras Indah Sdn Bhd
-Bersatu Noodles Industries Sdn
-Twenty-Twenty Food Industry Sdn Bhd
-Rasayang Food Industries Sdn Bhd

5.Kesemua pemegang saham cina ini sangat pandai kerana telah appointed chairman Melayu untuk menipu bahawa syarikat ini milik Melayu. Chairman yang dibayar ini adalah Dato’ Sri Dr. Erwan Bin Dato’ Haji Mohd Tahir yang memegang jawatan Chairman sebagai stakeholder, tetapi dia tidak memegang apa apa peratus pemegang saham yakni shareholder di syarikat itu. Pemegang saham majoriti yang menguasai syarikat ini adalah cina iaitu:

-Chin Seak Huat
-Loh Choon Khiang
-See Toh Kean Yaw
-Khor Wooi Lip
*sumber rujukan dibawah

6.Antara jenama bihun dari syarikat KBB Resources ini adalah:
-Bihun Jati
-Bihun Cik Siti
-Bihun Silat
-Bihun Masjid
-Bihun Fatima
-Bihun Rumah Melayu
-Bihun Bersatu Melayu
-Bihun Kampung
-Bihun Kampung Halus
-Bihun Kampung Brownrice
-Bihun Kampung Twenty Twenty
-Bihun Laksa Kampung Kasar
-Bihun Kapal Layar
-Bihun Penang Laksa
-Bihun Ecobrown
-Bihun Serama Mas
-Bihun Serama
-Bihun Eka
-Bihun Eka cap Laksa Beras
-Bihun Eka cap Laksa Bihun
-Bihun Eka cap Bersatu Rumah Melayu
-Bihun Eka cap Rumah Melayu
-Bihun Eka cap Beehon Eknomi
-Bihun Eka cap Burung Layang Layang
-Bihun Eka cap Naga Dua
-Bihun Eka cap Beras Layang Layang
-Bihun Eka cap Masjid
-Bihun Eka cap AAA
-Bihun Eka cap Beehon
-Bihun Eka cap Fatima
-Bihun Eka cap Bihun Wangi
-Laksa Kampung Kasar
-Laksa Kampung Halus
-Laksa Silat Kasar
-Laksa Silat Halus

Sebagai gantian belilah bihun Melayu:
Sokong Bihun Melayu Jati Bumiputera Islam:
1.Faiza
2.HPA
3.Jasmine
4.Beras Era.


Sumber : share dari sahabat FB

Thursday, June 12, 2014

Pertemuan Yang mengHANCURkan

Perkongsian cerita dari laman http://media-havoc.blogspot.com/2014/06/kisah-benar-reunion-musnahkan-rumah.html

Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.

Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, kisah reunion yang meninggalkan titik hitam dalam hidup Nora (bukan nama sebenar) dan pasangannya Nasri (bukan nama sebenar).

Mahu tidak mahu Nora terpaksa menerima kenyataan yang suaminya kini telah kembali kepada bekas kekasih lamanya setelah menghadiri majlis reunion bekas pelajar universiti tempat mereka belajar.

Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah Nora.

"Saya telah bernikah dengan Nasri sejak lapan tahun lalu setelah setahun bercinta. Pertemuan semasa menghadiri satu seminar anjuran tempat kerja menemukan saya dan dia. Kami dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

"Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan suami penjawat awam. Sepanjang lapan tahun, tidak ada masalah yang berlaku dalam hubungan kami. Nasri seorang suami yang baik dan penyayang.

"Setiap tahun, kami selalu melancong ke luar negara dan juga menghabiskan masa bercuti dalam negara bila ada kelapangan. Pendek kata keharmonian rumah tangga kami sangat menyerlah.

"Sehinggalah hujung tahun lalu, kebahagiaan itu tergugat apabila suami bertemu semua dengan bekas kekasihnya pada zaman universiti dahulu. Ini semua gara-gara reunion rakan universiti yang dihadirinya.

"Saya tak kisah suami mahu ke majlis itu sebab saya percaya dengan kesetiaannya. Sebelum ini, saya tidak pernah cemburu atau buruk sangka dengan suami, sebab tahu dia ikhlas dalam perhubungan kami.

"Selesai majlis itu, saya nampak perubahan dalam dirinya. Tingkah laku, tutur kata dan sikapnya jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dia tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Setiap saat, telefon bimbit ada dalam genggamannya terutama pada waktu malam.

"Di rumah pun sama, dia tidak pernah letak telefon. Ke mana sahaja pergi mesti dipegangnya telefon. Kalau anak kami nak pinjam main game, dia akan marah-marah. Sebelum ini, suami tidak pernah meninggikan suara dengan anak.

"Pada hujung minggu, dia selalu menghabiskan masa di luar. Tidak seperti biasa membawa saya dan anak keluar bersiar-siar atau makan-makan. Jika tidak pun menemani saya dan anak di rumah.

"Tidak cukup dengan keluar di hujung minggu, dia mula out station, kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama selepas reunion tersebut. Itu pun saya masih tidak syak apa-apa sebab masih percayakan dia.

"Satu hari, dia memberitahu saya untuk out station selama tiga hari. Alasannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang stafnya. Saya tidak tanya banyak kerana saya tahu dia tidak bohong, malah saya tidak nampak tanda-tanda dia berbohong dengan saya.

"Sehinggalah semua rahsianya terbongkar, tiga bulan kemudian apabila saya terjumpa resit sewa hotel di dalam beg pakaiannya. Berderau darah saya melihat resit tersebut, makan minum untuk dua orang dan resit pembelian di sebuah kompleks membeli-belah di luar negara.

"Sehari suntuk saya menangis dan hati berdebar-debar. Perasaan saya mula tidak tenang. Saya mula syak yang bukan-bukan dan berdoa semoga apa yang saya syak tidak akan menjadi kenyataan.

"Tapi Tuhan tahu apa yang ingin diujinya untuk saya. Melalui seorang teman pejabat, saya dimaklumkan yang suami saya sudah bernikah lagi dengan kekasih lamanya di seberang.

"Lalu saya teringat permintaan dia untuk out station tiga bulan lalu. Saya yakin itulah masanya dia bernikah dengan kekasih lamanya itu. Saya tidak menangis. Saya tidak mahu jadi bodoh memikirkan kecurangan seorang lelaki bernama suami.

"Saya mahu buat penyelesaian dengan lelaki yang kononnya setia kepada saya tetapi beralih kasih.

"Mencari masa yang sesuai, saya bersemuka dengan suami. Saya tunjukkan sekali resit hotel dan pembelian yang saya jumpa. Juga saya beritahu dia yang rahsianya sudah terbongkar.

"Tanpa rasa sedih, saya ucap selamat pengantin baru kepadanya. Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, saya sudahkan kata-kata saya dengan, "saya nak abang bebaskan saya!"

Berulang kali saya sebut perkara itu.

"Saya tidak mahu lagi memberi dia peluang. Sekali kepercayaan saya hilang, saya tidak akan memberi peluang kedua kepadanya. Saya kecewa dan kesal dengan perbuatannya.

"Melihat saya menyerangnya bertubi-tubi, dia akhirnya mengalah. Dia mula berterus-terang dengan saya, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia mengaku telah menikahi perempuan itu secara rahsia di negara jiran.

"Kononnya, dia menerima perempuan itu kerana kasihan sebab sampai sekarang dia belum berkahwin kerana kecewa ditinggalkan dahulu.

Mudahnya lelaki menyusun kata.

"Dalam sekelip mata, dia terlupa kepada saya yang sudah lapan tahun berkorban untuknya. Menjaga makan, pakai, sakit demamnya. Hanya kerana jumpa semula bekas kekasih, sanggup dia bernikah lagi.

" Saya ralat kerana dia bertindak tanpa meminta izin saya, ajak saya berbincang sedangkan saya tahu, perbuatannya itu dalam keadaan tidak sedar sebab terkejut dengan kehadiran semula wanita itu dalam hidupnya. Mudah sungguh bagi lelaki.

"Apa pun semuanya sudah terlambat. Hati saya sudah terluka, pedih dan tidak mungkin akan terubat lagi. Saya kecewa yang amat sangat. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya kerana kecurangannya itu.

"Saya tidak menolak takdir. Saya reda tetapi saya kecewa dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan perasaan saya sebagai isteri.

"Sanggup pula berbohong untuk menghadiri majlis perkahwinan staf, sedangkan dia sendiri yang bernikah. Perlukah lagi saya menghormatinya sebagai suami setelah apa yang dia lakukan ini?

"Keluarga menentang keras keputusan saya terutama sebelah mentua. Tetapi saya nekad. Saya ada hak saya sendiri sebagai isteri. Saya tidak mahu selama-lamanya diperbodohkan. Jika dia sanggup menipu saya untuk bernikah lagi, tidak mustahil sepanjang perkahwinan kami nanti dia akan berbohong lagi untuk menyelamatkan dirinya untuk berpoligami.

"Walaupun saya sedih sebab anak terpaksa hilang kasih sayang ayah untuk tinggal sebumbung tetapi saya berjanji akan menjaga anak saya dengan sebaik-baik mungkin. Saya tidak kisah untuk berbaik-baik dengan dia demi anak.

"Saya harap permohonan saya untuk berpisah diterima. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya. Hati saya telah hancur dan jiwa saya telah lama hilang lenyap bersama kepercayaan saya kepadanya.

"Saya minta maaf kepada keluarga kerana tidak menerima nasihat mereka. Saya tahu apa yang terbaik untuk masa depan saya. Orang hanya memandang, yang menanggungnya saya. Saya benar-benar terluka hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ini.

"Saya nasihatkan para isteri di luar sana, hati-hati apabila suami anda menghadiri majlis reunion. Jika diajak, jangan lupa ikut sama. Jangan biarkan mereka pergi seorang diri. Banyak drama yang akan berlaku dalam majlis itu terutama apabila bertemu semula dengan rakan lama yang satu ketika pernah singgah di hati mereka.

"Semoga Allah lindungi saya dan anak untuk hari-hari mendatang dengan rahmat dan nikmatnya di dunia dan akhirat. Amin.’’ Nora menamatkan ceritanya.

Saya turut simpati dengan apa yang Nora lalui. Memang betul apa yang Nora katakan, sekali terguris hati selamanya hati akan tercalar. Siapa yang pernah melaluinya akan merasa peritnya apabila suami diambil orang.

Saya ucap syabas dan tahniah kepada Nora kerana berani bersemuka dengan suaminya secara berhemah. Jarang isteri bersikap terbuka tentang perkara orang ketiga dalam rumah tangga. Namun, Nora mengambil pendekatan berbeza setelah mendapatkan bukti-bukti yang sah.

Saya setuju dengan Nora bahawa reunion jika tidak digunakan dengan cara betul akan membawa masalah. Seelok-eloknya bawa pasangan masing-masing untuk dikenalkan kepada rakan-rakan lama agar tidak timbul perkara negatif di kemudian hari.

Apa pun semuanya terpulang kepada hati. Tepuk dada tanya selera. Jika nawaitu kita positif, maka akan positif juga akhirnya tetapi jika sebaliknya, hanya Allah jadi penentu.

Semoga Nora dan anaknya sentiasa dalam rahmat Allah dan tabah menghadapi hidup.

Menamatkan coretan, pesanan saya, jangan berputus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara.

Kuah Rojak

Jom cuba resipi ni..
1/2 cawan cili sos (life brand)
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan kicap
20 biji cili padi-diblend / 2 camca cili kering mesin
1/2 cawan gula
1 cawan gula merah
3 camca belacan dibahagi 2- separuh dibakar/pes otak udang
1/2 cawan air
1 bijan-digoreng tanpa minyak-sangai
Kacang tanah goreng tanpa minyak & ditumbuk kasar**- lagi banyak lagi best

1. Masak kesemua bahan (kecuali **) atas api sambil dikacau hingga mendidih
2. Bila agak pekat, masukkan bijan dan kacang tanah, angkat
3. Hidangkan bersama buah2an & sayuran yg disukai spt mangga muda, nanas, sengkuang dan mentimun

Khasiat Kunyit


1. Mampu melawan kanser
Kajian dari Universiti California Los Angeles mendapati enzim yang menyebabkan kanser di dalam badan pesakit dapat dikurangkan dan dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser.

2. Berpotensi sebagai ejen penghalang bengkak
Menurut Dr. Randy J. Horwitz, seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati penggunaan kunyit sebelum rawatan dijalankan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti arthritis rheumatoid.

3. Bahan antioksidan berkuasa
Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati kunyit mempunyai bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan.

4. Kunyit boleh meningkatkan paras antioksidan di dalam badan
Kunyit boleh meneutralkan kesan radikal bebas yang menyebabkan penyakit, kemudian merangsang mekanisme antioksidan semulajadi di dalam badan.

5. Kunyit membantu meningkatkan fungsi otak dan memori
Kebanyakan penyakit yang dikaitkan dengan memori adalah berpunca dari pengurangan bilangan sel-sel otak yang berhubung dan penurunan tahap hormon peningkat memori otak.

Kunyit meningkatkan kembali hormon peningkat memori, seterusnya meningkatkan penambahan bilangan sel-sel otak dan mengurangkan risiko mendapat nyanyuk.

6. Bermanfaat untuk mengurangkan kemurungan
Satu kajian ke atas 60 orang pesakit kemurungan mendapati kunyit lebih efektif untuk memulihkan masalah kemurungan berbanding penggunaan pil anti-kemurungan seperti prozac.

7. Kunyit mampu memperlahankan penuaan
Oleh kerana kunyit bersifat anti oksidan, ia juga boleh membantu mengurangkan proses penuaan dengan menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan kesan penuaan jelas kelihatan terutamanya pada kulit wajah.

~Doa Merawat Gaut~

Perkongsian daripada FB Anugerah...katanya,
Jika ahli keluarga atau kenalan anda yang sedang mendapat rawatan untuk sakit gaut, boleh baca kombinasi doa-doa ini untuk membantu mengurangkan sakit tersebut, Insya-Allah:

1. Baca Surah al-Fatihah


2. Baca selawat syifa'


Selawat Syifa Dalam Rumi
(BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM. ALLAAHUMMA SALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN THIBBIL QULUUBI WA DAWAA-IHAA  WA ‘AAFIYATI ABDAA NI WA SYIFAA IIHA. WA NUURIL ABSHAARI WA DIYAAIHAA  WA ‘ALAA AALIHII WA SHAHBIHII WA BARIK WA SALLIM).
3. Baca doa merawat gaut ini.
Kemudian, tiup pada tapak tangan dan sapu pada tempat yang sakit. Wallahu'alam.

Monday, June 9, 2014

♡Indahnya Persahabatan♡

Pertemuan di alam maya akhirnya mempertemukan kami pada 8/6/2014 di alam realiti.Terima kasih sahabatku sayang Rahidah Rahim kerana sudi hadir ke rumah. Semoga persahabatan berkekalan.

Sunday, June 8, 2014

6/6/2014 @21st Anniversary

5/6/2013...jam hampir 12.00 malam..hujan ribut masih belum reda...tok kadi masih belum sampai...si dara menanti dengan gelisah...dah lewat malam majlis belum lagi selesai...mata nak angkatpun dah tak larat...letih menunggu tok kadi yang tak sampai-sampai...
Teringat waktu itu...akhirnya 6/6/2013 tercatat sejarah.
Pejam celik-pejam celik.... rupa-rupanya dah 21 tahun masa berlalu....
Terima kasih suamiku Reduan Mohamad Nor kerana sudi berkongsi suka dan duka bersamaku. Semoga kasih sayang kita berpanjangan sehingga ke Jannah dalam lindungan kasih dan rahmat-Nya bersama putera-putera tersayang.

video



Jangan Tak Tahu...

Jangan Isi Minyak Penuh Tangki

gas-pump-with-dollars_100311666_m
JANGAN DERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK
Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki. 
Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, dimana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.
Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.
Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.
Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Keraana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah.
Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.
Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar.

.com/
Apabila anda mengisi minyak, jangan tarik picu pam ke mod High ( iaitu mengisi dengan laju). Jika kita perhatikan picu pam, ia mempunyai tiga peringkat : Low, Middle dan High. 
Anda perlu tarik picu pam pada mod Low, bagi mengurangkan wap yang dicipta semasa proses mengepam minyak.
Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.
Satu lagi tips yang penting adalah anda pelu mengisi apabila tangki petrol anda SEPARUH PENUH. Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong. 
self-service-gasoline
Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.
Peringatan yang terakhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol. JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.

Sumber :  http://v12gether.blogspot.com/2013/07/jangan-isi-minyak-penuh-tangki.html?m=1

Petang Yang Tak de Kerja

Masih mengintai laman....seronoknya tgk bunga berkembang...
belajar buat video tapi syg lagu tak berapa sesuai dgn gambar..
lagu ni je yang aku ada dlm lptop ni...malas nak dload...nak buat lagu mana ya...layan ajelah.....nilah namanya time xde kerja......

video

Wednesday, June 4, 2014

Believe in "Cause and Effect"

Perkongsian daripada seorang sahabat Fb. Aku rasa menarik sgt tulisan ni....

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,tapi satu batang mancis juga mampu membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.
Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat makan burung.Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.
Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .

SAMA2 DI RENUNG SIAPA KITA PD HARI INI DAN JGN BIARKAN MASA BERLALU TANPA SEBARANG AMAL SOLEH ; KEBAIKAN APATAH LAGI HARI2 YG BERLALU PENUH DENGAN DOSA DAN KEJAHATAN serta kedengkian pada orang lain..

Selamat beramal dan sampaikan pd orang lain

Tuesday, June 3, 2014

Tahukah Anda??

Perkongsian dari Legacy Secret Trading buat panduan.....
4 waktu terbaik minum air masak selain ketika haus?

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!

~Indahnya~

SubhanAllah! indahnya gambar ni kan...
Seekor burung sedang minum..

~Pesan Ustaz~

Kalau sayang, hargai.
Kalau benci, maafkan. 
Kalau diterima, manfaatkan. 
Kalau dikhianati, doakan.

Perkongsian daripada Ustaz Abet Lew

Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..
Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak...
Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi.
Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka...
Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia...menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita 'sempurna'
Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita.
Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.
Bila anak sedih. Pagang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih kita ada Allah. Allah sayang kamu wahai anakku...Allah jaga kita bila kita jaga perintah Allah..
Bila anak mendapat nikmat. Best tak aiskrim ini. Siapa beli. Ayah. Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi sedap..terima kasih Allah.
Bila anak menangis takut hantu. Wahai anakku ,Allah jaga kamu wahai anakku..hantu semua tak boleh buat apa. Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa
ALLAH Maha kuasa. Kita ada Allah.

Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya Allah.
Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik...
Anak nak jadi princess..jadi super power.. wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak..nak terbang kena pakai tudung macam umi..cantik. dalam syurga leh jadi princess...nanti kita sekeluarga ,masuk syurga.
Wahai anakku, ayah dan umi sangat sayang kamu kerana Allah.
Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya.

Wahai anakku kamu kena kenal Nabi saw. Dia sangat sayang pada kita..Dia sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat..
Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya anak mainan. Minta dengan Allah wahai anakku.Nanti Allah bagi insyaAllah. Atau Allah beri dalam syurga.
Ya Allah nak mainan..ya Allah..sukanya anak kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa ya Allah hidayat. Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.
Jika anak buat salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana ketika Musa as kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara' macam Nabi Musa. Dan anak kita tidaklah seperti firaun..Insya Allah anak kita jadi orang paling mulia dan percakapannya jadi lunak didengari. Kerana dengan menjaga lidah dan banyak sujud kepada Allah, seseorang itu dimuliakan oleh Allah
Nabi saw manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa mereka telah bawa kebaikan pada dunia.
Minta maaflah pada anak-anak jika kita salah. Anak-anak akan mudah dapat sifat Nabi saw. Orang lain buat salah, tapi Nabi saw rasa bertanggungjawab. Mudah mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.
Ya Allah sayangilah kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie, hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan jaga solat...Orang yang hidupkan sunnah Nabi saw dengan ikhlas...

Monday, June 2, 2014

~ Jadi Tukang Kebun La Pulak ~

  Apabila rumah dah berlaman, biarpun luasnya tak sampai sekangkang kera, namun perlu juga dibelai dan dimanja. Cuti sekolah..alhamdulillah, blhlah jadi tukang kebun kejap, potong2, gunting2 dan cari pasu buat semaian. Rupa2nya tak susah nak tanam pokok2 ni...siram tiap2 petang dan bagi baja sikit, membesarlah si pokok. Seronok rasanya pbila dapat menghidu bau wangi mawar yang ditanam sendiri. Biar lama menanti berbunga namun kepuasaannya tetap terasa.

.