Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..
Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak.
Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang
diuji tanpa anak...
Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi.
Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka...
Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai
manusia...menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai
anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi
kita nak mereka seperti kita 'sempurna'
Memegang tangan anak
rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani
dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita.
Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah
dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.
Bila anak sedih. Pagang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih
kita ada Allah. Allah sayang kamu wahai anakku...Allah jaga kita bila
kita jaga perintah Allah..
Bila anak mendapat nikmat. Best tak
aiskrim ini. Siapa beli. Ayah. Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang
bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi
sedap..terima kasih Allah.
Bila anak menangis takut hantu. Wahai
anakku ,Allah jaga kamu wahai anakku..hantu semua tak boleh buat apa.
Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa
ALLAH Maha kuasa. Kita ada Allah.
Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan
kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya
Allah.
Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau
kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan
sesuatu yang lebih baik...
Anak nak jadi princess..jadi super
power.. wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak..nak terbang kena
pakai tudung macam umi..cantik. dalam syurga leh jadi princess...nanti
kita sekeluarga ,masuk syurga.
Wahai anakku, ayah dan umi sangat sayang kamu kerana Allah.
Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya.
Wahai anakku kamu kena kenal Nabi saw. Dia sangat sayang pada kita..Dia
sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat..
Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya anak mainan.
Minta dengan Allah wahai anakku.Nanti Allah bagi insyaAllah. Atau Allah
beri dalam syurga.
Ya Allah nak mainan..ya Allah..sukanya anak
kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa ya Allah hidayat.
Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.
Jika anak buat
salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana
ketika Musa as kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya
berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara' macam Nabi Musa. Dan
anak kita tidaklah seperti firaun..Insya Allah anak kita jadi orang
paling mulia dan percakapannya jadi lunak didengari. Kerana dengan
menjaga lidah dan banyak sujud kepada Allah, seseorang itu dimuliakan
oleh Allah
Nabi saw manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak
pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan
dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa
mereka telah bawa kebaikan pada dunia.
Minta maaflah pada
anak-anak jika kita salah. Anak-anak akan mudah dapat sifat Nabi saw.
Orang lain buat salah, tapi Nabi saw rasa bertanggungjawab. Mudah
mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.
Ya Allah sayangilah
kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie,
hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan jaga solat...Orang yang hidupkan
sunnah Nabi saw dengan ikhlas...
No comments:
Post a Comment