photo 627201q5jaigt1eg.gif

Thursday, June 12, 2014

Khasiat Kunyit


1. Mampu melawan kanser
Kajian dari Universiti California Los Angeles mendapati enzim yang menyebabkan kanser di dalam badan pesakit dapat dikurangkan dan dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser.

2. Berpotensi sebagai ejen penghalang bengkak
Menurut Dr. Randy J. Horwitz, seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati penggunaan kunyit sebelum rawatan dijalankan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti arthritis rheumatoid.

3. Bahan antioksidan berkuasa
Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati kunyit mempunyai bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan.

4. Kunyit boleh meningkatkan paras antioksidan di dalam badan
Kunyit boleh meneutralkan kesan radikal bebas yang menyebabkan penyakit, kemudian merangsang mekanisme antioksidan semulajadi di dalam badan.

5. Kunyit membantu meningkatkan fungsi otak dan memori
Kebanyakan penyakit yang dikaitkan dengan memori adalah berpunca dari pengurangan bilangan sel-sel otak yang berhubung dan penurunan tahap hormon peningkat memori otak.

Kunyit meningkatkan kembali hormon peningkat memori, seterusnya meningkatkan penambahan bilangan sel-sel otak dan mengurangkan risiko mendapat nyanyuk.

6. Bermanfaat untuk mengurangkan kemurungan
Satu kajian ke atas 60 orang pesakit kemurungan mendapati kunyit lebih efektif untuk memulihkan masalah kemurungan berbanding penggunaan pil anti-kemurungan seperti prozac.

7. Kunyit mampu memperlahankan penuaan
Oleh kerana kunyit bersifat anti oksidan, ia juga boleh membantu mengurangkan proses penuaan dengan menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan kesan penuaan jelas kelihatan terutamanya pada kulit wajah.

No comments:

Post a Comment