Sunday, September 23, 2012

~ Sambal Hitam Pahang With LuV ~

Malam ni nak kongsi resepi kegemaran mak & my Encik Suami..Terkenal di negeri Pahang, aku pernah makan tapi tak pernah buat. Intai2 FB kawan.. dapat la resepi ni dari Faziatun Nisa' yang dikongsikan dlm FB Chef and Charity Club with Smile.
 
                           Sambal Hitam Pahang

1 cawan belimbing yg direbus

2 cawan ikan bilis
1 cawan cili padi
2 1/2 biji bawang holland
Gula
Garam
Kicap lemak manis
Minyak untuk menumis

Rebus belimbing dalam periuk tanpa air. Biar ia reneh dlm jusnya sendiri sehingga ia bertukar warna kecoklatan.

Hiris 1/2 biji bawang.
Blend cili, ikan bilis, bawang dan belimbing dlm food processor.
Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang di blend.
Goreng sehingga kering, perasakan dgn garam dan gula.
Masukkan sedikit kicap.
Tapis minyaknya dan sambal disimpan dalam bekas kedap udara.

~SElAmaT MeNCuba ~

No comments:

Post a Comment