photo 627201q5jaigt1eg.gif

Thursday, September 27, 2012

~ApaM GuLa hAngus~

Macam2 versi ada tapi yang ni aku nak kongsi dari Secuit Rasa...nampak cute je apamnyer...
cute kan..gebuss gitu..
Jom kita cuba...
Resepi : Apam gula hangus
resepi dari : Puan Zuriana Abd Latif

Kongsi Dari Blog Secuit Rasa

Bahannya:


2 biji telur (guna telur omega tapi dibuang pusatnya)

1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 sudu Bsr margerine
2 sudu Bsr susu pekat
11/2 cwn tepung gandum
1 susu teh ( kfc) soda bikarbonat
sedikit esen vanila ( blh ditambah ikut cita rasa)

*  tepung dan soda bikarbonat diayak bersama ketepikan.


Cara:


1.     Masak gula pasir tanpa air sehingga keperang-perangan.Kacau sehingga sebati

2.     Bila  gula dah larut dan berwarna perang tutup api sebentar.Add 1 cwn air .Buka api kembali kacau gula sehingga larut.( hati-hati semasa addkan air akan ader sidikit percikan gula)
3.     Blend telur,minyak,susu dam margerine sehingga sebati dan telur menjadi kembang ( lebih kurang 3 minit)
4.     Add gula yg telah dihanguskan tadi.Kisar rata lagi sehingga sebati.
5.     Bila semua bahan dah sebati addkan tepung yg tlh diayak bersama soda bikarbonat tadi ke dlm blender kisar lagi sehingga sebati.
6.     Panaskan kukusan dan addkan bhn kisar kedlm loyang yg tlh disapukan dgn sedikit mentega.
7.     Kukus selama 40~ 45 minit @ sehingga masak( bila dicucuk dgn lidi ..lidi x basah)


* Bole juga diletakkan di dlm acuan lompang dan alaskan dgn cwn kertas....

No comments:

Post a Comment