Friday, September 12, 2014

CINTA ZULAIKHA DAN NABI YUSUF AS

Apabila Zulaikha mengejar cinta Nabi Yusuf a.s
bayangan Nabi Yusuf a.s. semakin menjauhinya
sehingga dia menderita dalam cintanya
memamah kehidupannya sehingga tua…

Akhirnya Zulaikha menyedari
keindahan Nabi Yusuf a.s. adalah bayang bagi penciptaNya
Maka dia mengatakan
kenapa dia perlu membuang masa dalam kehidupan
mengejar hanya bayang- bayang
kenapa tidak mengejar yang Empunya bayang-bayang...

Maka Zulaikha mengambil keputusan
memalingkan jiwa, akal dan tubuhnya
mencari cinta Empunya bayang-bayang
sehingga dia mencapai keasyikan yang tiada nilainya
fana segala bayang-bayang
maka nyatalah keindahan empunya bayang-bayang...

Ketika itu keindahan Dzat Jamal yang dicintai
dengan kebesaran dan keagunganNya
menyalin jiwanya
dengan persalinan cinta dariNya
jiwanya disaluti cahaya emas makrifat
jiwanya penuh dengan tajalli Jamal Allah
namun Dia tersembunyi dari dilihat
pada kehidupan alam ini…

Ketika Nabi Yusuf a.s. diperintah Allah agar berkahwin dengan Zulaikha
lalu baginda berkata:
" bagaimana aku berkahwin dengannya usianya yang lanjut rupa dan tubuhnya bagaikan mayat yang berjalan"

Maka Allah berfirman:
" Kecantikan di sisi Allah adalah hati.."

Lalu keindahan hati Zulaikha dizahirkan Allah
sehingga bersinar kecantikannya
lantas tersilau Nabi Yusuf a.s. dengan keindahan itu
lalu dia menjadi pemuja Zulaikha
ditarik bajunya sehingga koyak
ketika Zulaikha sedang asyik dengan Tuhannya...

Maka Baginda menyedari
Zulaikha tidak lagi memandang akan keindahan dirinya
tetapi memandang hanya pada Dzat Ahadiah
Raja bagi segala keindahan…

Karamah yang berlaku pada Zulaikha
dizahirkan Allah ketika di alam ini
itulah hakikatnya di akhirat nanti
keindahan seseorang berubah berdasarkan keindahan hati
segala keindahan tubuh akan hilang
yang akan zahir adalah keindahan jiwa
yang bertali makrifat dengan Allah…


... Indahkan jiwamu wahai para pencinta
kerana Allah mencintai keindahan
namun Allah tidak melihat keindahan tubuhmu
melainkan mencintai keindahan jiwamu…

InFo







Sunday, September 7, 2014

Petua Hadapi UPSR

Tips Perkongsian Daripada Dr. Shukri Abdullah



Rahsia Saraf-saraf Tangan

Perkongsian daripada Rahsia Hawa
Rahsia Tanda-Tanda Penyakit Melalui Jari

Asas 5 Jari
Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Cuba periksa tapak tangan masing-masing...kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah2 tu mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab??? itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.

Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda..Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermaknaanda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Jika Ada tanda-tanda seperti diatas berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk kepastian.Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan..nanti penyakit lain pulak yang datang. Walallahua'lam.

Friday, September 5, 2014

Dari ILhAm SeOrAnG LelAKi

Perkongsian cerita...
 Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.
waaa... mana isteri ku...
Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.
fuuu.. lega..
“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..
lelaki tu pun berfikir...
Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…
hahaha... takde yg nak marah ku...
Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.
Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???
ingat balik..
And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!
SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

P/s : Hargailah ISTERI anda!!!!

Kek Gula Hangus

[Rahsia Hawa]
 Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan :

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Menyediakan:

1. Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.

2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.

3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.

4. Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.

5. Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.

6. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.

7. Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.

8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.

9. Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan adunan ini selama
3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.

10. Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)

copypaste. selamat mencuba

Thursday, September 4, 2014

Rahsia Otak Cerdik Anak Taat Sepantas 7 Hari


Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:
 
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin!!! Wallahua'lam

Dari kelab muslimin arrashidin