photo 627201q5jaigt1eg.gif

Monday, July 1, 2013

Wacana Tunas Cipta-DBP

Hari ini 2 Julai 2013, berkesempatan menghadirkan diri untuk Seminar Sehari/ Wacana Tunas Cipta "Benarkah Sastera Melayu Tiada Nilai?" yang telah diadakan di Dewan SJK(C) Khee Chee anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).



Agak terpegun dengan sasterawan negara yang tidak asing lagi iaitu Dr.Lim Swee Tin, Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia. Insan sastera yang serba boleh.Sempat juga aku rakamkan syair yang dilagukan..Memang cukup Indah...
 

Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin berpengalaman luas dlm bidang penulisan kreatif telah menghasilkan lebih 60 buah buku secara perseorangan, manakala lebih 120 buah lagi dlm bentuk antologi bersama pengarang-pengarang lain. Aku amat kagum dengan kesungguhannya memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
Memang benar, "Sastera Dapat Memanusiakan manusia"
Mengapakah SASTERA semakin ditinggalkan?
Tanpa SASTERA bagaimana kita dapat mengidentitikan budaya kita...Aku mulai terfikir...Jika seorang lelaki berbangsa lain mampu memartabatkan Bahasa, Budaya/ Sastera negara kita...mengapa tidak KITA?

Pertahankan Bahasa...Sastera milik kita...Identiti kita..
Memang dunia ini panggung wayang yang besar, nanti kita akan melihat cerita-cerita yang tidak pernah masuk akal dimainkan orang.:
~Sasterawan Negara Keris Mas~
"Kalung Mutiara" dalam mastika, November 1948.


No comments:

Post a Comment