photo 627201q5jaigt1eg.gif

Sunday, March 6, 2011

PERSAHABATAN

Sahabat,
di saat dikau kecundang,
tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..
tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
kerana kau selalu ada di saat aku memerlukan..
Andai hatimu pernah dilukai,
izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..

Duhai sahabat,
ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
namun apakan daya, aku tidak mampu,
hanya dengan perbuatan aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..


Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
kerana agama yang kau junjung,
sekalipun engkau pernah kecundang,
takkan aku biarkan engkau rebah semula,
akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..


Akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
selagi mana kasih Allah bersama kita,
selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..


Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
bimbinglah aku ke jalanNYA,
semoga jannah Firdaus menjadi pengakhiran kita..

Tanpamu Sahabat...Siapalah Aku...
Kata mereka.....
"Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."

Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan...

Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi...
Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.

Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan?

Bukan mudah untuk mencari teman yang baik.
Kadang-kala ia sudah berada di hadapan mata
Tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari.
Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita,
Tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul
Kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.

Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur.

Kerana ia tersimpan didalam hati.
Yang sukar dijangka dan diketahui oleh orang lain.
Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata.
Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus.
Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati.
 Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri.
Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.

Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara.

Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita.
Masakan di sebalik madu itu ada racun.
Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu,
Kelak hati itu akan tertutup untuk menerima orang lain.
Itulah kekecewaan.
Yang melukakan dan sukar dirawat.
Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.

Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita

Dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita.
Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah.
Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman.
Kelak nanti ia akan menguntungkan kita.
Jika ada kesalahan, maafkanlah.
Jika ada kelemahan, perbaikilah.
Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia.
Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.

Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka.

Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka.
Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal.
Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...




No comments:

Post a Comment