photo 627201q5jaigt1eg.gif

Wednesday, November 23, 2011

MUFFIN KELADI COKLAT CHIP


MUFFIN KELADI COKLAT CHIP


Sumber asal resepi:Anika Muffin } tajuk asal
Sumber: Aneka Roti
http://resepi.mesra.net/cgi-bin/print.cgi?ID=4805
Sumber/Olahan:Rohaisha Mesra Selera


Bahan-Bahan:

400 gm tepung gandum
350 ml minyak jagung(minyak masak pun boleh)-saya guna minyak masak
200 ml air suam
250 gm gula pasir
30 gm serbuk penaik
20 gm tepung jagung
20 gm susu tepung
3 biji telur
coklat chip-(secukupnya)-saya tambahkan item ini. sy masukkan coklat chip dalam adunan & sebahagiannya untuk taburan
Badam hiris-taburan secukupnya-(sy tambahkan item ini)

Bahan perisa: Coffee Emulco,Keladi,Pisang,Blaccurrent-saya guna 2 sudu kecil perisa & pewarna keladi

Cara:
1-Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu
tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan.
Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel.
2-Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolehlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang.
3-Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai diletakkan di dalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan.

Cadangan Hidangan:

Muffin ini boleh ditambah dengan pelbagai perisa dan hiaslah atasnya mengikut kreativiti masing-masing.

Tambahan:

Juadah ini sangat mudah disediakan dan sedap rasanya tak perlu menggunakan mesin pemutar kek.

No comments:

Post a Comment