photo 627201q5jaigt1eg.gif

Wednesday, November 23, 2011

Kongsi Resepi Dari Dapur Kecilku (Sally Rashid)


Puding Roti Kastad berlapis

Bahan :

* 3 keping roti
* 3 sudu makan tepung kastad
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu cair
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 peket agar2 (20gm)
* 1/2 cawan gula halus
* 2 sudu makan mentega
* 4 cawan air (1200 ml)
* pewarna (saya letak merah sebab nampak cantik dan terang)

Cara :

* Masak agar2 bersama 3 cawan air dan gula halus
* Blend roti, telur, tepung kastad, susu cair, susu pekat & mentega bersama 1 cawan air
* Bahagikan agar2 yang telah larut tadi kpd 2 bahagian yg sama banyak.
* Masukkan bahan2 yg diblend tadi ke dalam satu bahagian agar. Kacau sehingga masak dan sebati.
* Dalam bekas yg lagi satu..masukkan pewarna pilihan ke dalam agar2 dan panaskan dgn api yg kecil.
* Tuangkan agar yg berkastad tadi kedalam acuan. Kemudian perlahan2 tuangkan adunan yang berwarna tadi ke bahagian atas lapisan pertama tadi.
* Potong apabila puding betul2 sejuk. Sedap dimakan sejuk2




(http://sally-rashid.blogspot.com)




KEK GULA HANGUS




Bahan:

* 1 cawan tepung gandum (tepung naik sendiri)
* 1 cawan gula pasir (3/4 cawan)
* 4 biji telur gred A (5 biji telur Gred C)
* 1 cawan air
* 1/2 tin susu pekat manis
* 1 1/2 sudu makan butter (marjerin jer)
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* sedikit esen rosa (tak letak pun tak pe)

Cara :
* 1 cawan air tadi...masukkan sedikit ke dalam gula dan jadikan gula hangus. Bila gula dah hangus masukkan lebihan air tadi secara perlahan2 (bimbang meletup ke tangan) dan masukkan butter (margerin) sehingga cair
* Biarkan sejuk
* Dalam bekas lain pukul telur hingga kembang.
* Masukkan susu, tepung dan soda..pukul hingga sebati
* Masukkan gula hangus tadi. Kacau rata
* Masukkan esen ros
* Masukkan dalam loyang..perap lebih kurang 4-5 jam supaya bila kukus nanti akan jadi sarang yg cantik. (jgn usik2 adunan)
* Selepas 4-5 jam...kukus adunan selama 45 min - 1 jam..(terpulang kepada ketebalan adunan)

Nota : adunan kek ini agak cair...jgn risau kerana memang gitu gayanya..hehe


No comments:

Post a Comment