photo 627201q5jaigt1eg.gif

Wednesday, June 29, 2011

INDAHNYA IMAN

Bila kau memandang segala-gala dari Tuhanmu
yang Maha mencipta,

yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya,
untuk sesuatu yang sia-sia.


Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,

kerana Dia tahu hati yang sebeginilah,
selalunya lebih lunak dan mudah,
untuk akrab dan dekat denganNya..."

"Apabila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan airmatamu. Apabila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu. Apabila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. Apabila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya"
Hayatilah kata-kata indah ini semoga ianya boleh menjadi penawar hati yg sedang berduka....


No comments:

Post a Comment