Monday, February 14, 2011

Solatlah Kamu Di Belakang Imam Sebelum Kamu Disolatkan Di Hadapan Imam

Sebagai seorang Islam,sembahyang adalah dituntut dan ada di antara kita yang sering mengabaikannya dan sering juga melewatkan waktu, perkara ini ditanya oleh sahabat nabi berhubung dengan perkara tersebut di atas.
“Ya Rasullallah, apakah seksa orang yang meninggalkan sembahyang dan melewatkan sembahyang?"

Orang yang melewatkan sembahyang itu hukumnya haram, dan  berdosa. Seksa orang itu, Allah subhanahu wata’ala taala akan membalasnya dengan 15 seksa, 6 seksa di dunia, 3 diseksa diterima ketika hendak mati, 3 seksa berlaku di dalam kubur dan 3 seksa diterima semasa hari kiamat.

1. Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalaupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong). Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi manafaat dalam hidupnya.

2. Allah subhanahu wata’ala taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.

3. Segala apa kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah subhanahu wata’ala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.

4.Tidak dimakbulkan oleh Allah subhanahu wata’ala akan doanya., Doa ditolak.

5. Tidak diakui ia masuk golongan Islam. Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.

6. Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya, terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kaya raya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.

Bertanya kepada sahabat itu, "Ya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, apakah seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajal matinya"
7. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam Adalah matinya sehina-hinanya, mencabut rohnya dengan bengis dan tiada belas kasihan.

8. Matinya dalam kelaparan bukan tiadanya makanan yang disediakan tetapi nafasnya tiada lagi, perutnya lapar tetapi tiada dapat makan. Walaupun sesuap pun kerana sakitnya sewaktu rohnya akan keluar.

9. Matinya dalam keadaan dahaga , walaupun sekiranya dituangkan air dimulutnya, air yang ada didunia ini, mulutnya tidak memberi bekas akan dahaga kerana sakit.

Bertanya sahabat, "Ya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ,apakah seksa yang akan diterima di dalam kuburnya"
10. Sabda rasulullah Allah subhanahu wata’ala taala sempit akan kuburnya berselisih akan kedua tulang rusuknya, kuburnya gelap,

11. Diazabkan dengan api neraka dan ia berbalik-balik di atas bara api neraka siang dan malam.,

12. Didatangkan ular bernama ‘Sajahul ikrak’ yang mana matanya dari api dan kukunya dari besi dan panjang kukunya kira-kira satu hari perjalanan dengan suaranya, bagai guruh ia datang kepada si mati sambil berkata’ Akulah Sajahul Iqrak’ yang disuruh oleh tuhanku memukul sekiranya si mati meninggalkan sembahyang Subuh hingga ke Zuhur, Zuhur hingga ke Asar, dari Asar hingga ke Maghrib, Maghrib hingga ke Isyak. Begitulah seterusnya hinggalah hari kiamat. Tiap kali dipukulnya si mati tenggelam 70 hasta masuk ke dalam bumi, maka dicungkil balik dengan kukunya, begitulah diulang-ulang dipukulnya tidak berhenti-henti hingga hari kiamat.

Menurut riwayat Ibnu Abas (r.a) berkata aku dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Bermula orang meninggalkan sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah subhanahu wata’ala tidak terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya walaupun ia boleh mengucap.

Bertanya sahabat, "Ya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam,apakah pula seksa yang diterima pada hari kiamat"

13. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam,"Pertama dihalau oleh malaikat azab kepada neraka jahanam"

14. Memandang Allah subhanahu wata’ala taala kepadanya dengan pandangan murka dan dihisab dengan berat hingga jatuh daging mukanya.

15. Dihisab oleh Allah subhanahu wata’ala taala dengan kiraan yang halus dan dihantar ke neraka iaitu seburuk-buruk tempat kediaman.

Hanya sekadar ingatan buat diriku dan teman-teman:
Semoga kita tidak melengah-lengahkan sembahyang dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment