photo 627201q5jaigt1eg.gif

Monday, February 14, 2011

Benarkah Cemburu itu BUTA?

Benarkah cemburu itu BUTA?

Cemburu tidak harus dipersempitkan kepada terjejasnya perasaan kasih dan sayang antara pasangan kekasih atau suami isteri sahaja. Ini kerana selain kekasih, suami atau isteri, banyak lagi yang disayangi oleh manusia dalam hidupnya yang membuatkan dia berasa CEMBURU.

Sejajar dengan ini, Imam Fudhail ‘Iyadh r.m. mentakrifkan cemburu itu sebagai perubahan bentuk kata-kata seseorang akibat berubahnya suasana hati yang bergelegak kerana marah. Ini disebabkan ikut sertanya orang lain dalam sesuatu yang dirasakan khusus milik dirinya.

Sesuatu yang menjadi hak milik dan kepunyaan seseorang tidak terhad kepada pasangan hidupnya sahaja. Ia termasuk juga harta benda, kemuliaan dan nama baik, keharmonian rumah tangga, ketaatan anak-anak, keakraban kaum keluarga yang dimiliki.

Sebenarnya bukan semua cemburu itu tidak baik. Ada cemburu yang baik dan terpuji malah disukai Allah. Nabi s.a.w. ada bersabda: “Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi.” (Riwayat Abu Daud)

Cemburu yang tiada lagi asas untuk ragu dan sangsi inilah yang dikatakan cemburu buta. Bagi cemburu sedemikian, pintu kemungkinan berlakunya kesilapan atau salah sangka sudah tertutup rapat. Sesuatu yang dicemburukan itu diyakini benar berlaku tanpa selidik dan usul periksa. Sebaliknya cemburu yang baik itu ada asasnya dan disusuli dengan usul periksa.

Meluahkan rasa cemburu juga perlu secara kasih dan sayang, bukannya dengan melulu. Justeru cemburu yang baik itu harus dipandu oleh akal, bukan dengan emosi semata-mata.

No comments:

Post a Comment